Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Siapakah Layak Digelar Pelumba ‘Game Changer’ MotoGP?
Autotainment

Siapakah Layak Digelar Pelumba ‘Game Changer’ MotoGP?

AryonBy Aryon01/09/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BAGI generasi baharu MotoGP, siapa yang tidak terpukau melihat aksi adinda Marc Marquez mengekang Honda RC213V ditunggangnya. Dalam banyak aksi, pelumba Repsol Honda itu dilihat mengasah siku dan lutut di atas trek dengan gaya belok melampau hingga boleh mencapai sudut miring 70º!

Dengan tayar belakang yang dilihat menggelincir atau menggelupur, secara logik kasar, Marquez sepatutnya sudah mencium tar atau tergolek di sudut trek setiap kali melakukan aksi tersebut (walaupun dia banyak kali juga terjatuh). Tetapi, skil itulah yang memberikan dia kelebihan yang tidak mampu dikekang pelumba lain dan memberikannya gelaran juara dunia.

BACA >>> Marquez Tidak Akan ke Yamaha Selagi Ada Rossi dan Jarvis

Namun, bagaimanakah skil seseorang pelumba MotoGP itu dicapai hingga sampai ke satu tahap yang dirasakan tidak munasabah. Faktanya, semua skil pelumba MotoGP yang kita tonton sekarang ada proses evolusi tersendiri dan tidak wujud tiba-tiba.

Kenapa skil mengasah lutut dan siku cuma dapat dilihat ketika era Marquez dan tidak pada era kekanda Valentino Rossi, atau lebih lama lagi, Mick Doohan, atau Kenny Roberts? Jadi asas kesimpulan awal yang boleh diberikan, tanpa pelumba terdahulu, memang mustahil Marquez dapat mencapai skil seperti apa dia miliki hari ini.

Sekarang, kita akan belajar tentang proses evolusi tersebut dan siapakah yang layak digelar pengubah permainan aka game changer?

PROSES EVOLUSI

Setiap revolusi ada daya pencetusnya yang dinamakan game changer. Pelumba game changer ialah mereka yang muncul tiba-tiba dengan gaya menunggang baharu dan menguasai perlumbaan dalam jangka masa lama, atau menjadi penanda aras baharu untuk diikuti dan diatasi.

Tidak seperti Fomula Satu (F1), situasi dominasi seseorang pelumba secara tiba-tiba jarang sekali berlarutan lama melainkan jentera itu terlalu superior (ambil situasi Lewis Hamilton dan Mercedes). Dalam MotoGP pula ada dua perkara saling berhubung kait, iaitu teknologi jentera dan teknik lumba baharu yang radikal. Kedua-dua mesti saling melengkapi untuk membolehkan pelumba itu berada pada aras lebih tinggi berbanding pelumba lain.

Ya, memang hal elektronik dan mekanikal sentiasa jadi aspek sangat penting sebagai respon kepada pelumba di atas. Tetapi asasnya, setiap pengeluar akan cuba mengatasi game changer dengan menghasilkan teknologi inovatif yang membolehkan pelumba mereka meniru gaya game changer itu, atau sekurang-kurangnya menyaingi rentak kelajuannya.

Inilah sebab utama kenapa MotoGP seronok ditonton. Ini kerana semua proses tersebut – diatasi dan mengatasi – sentiasa tiada penghujung kerana pengeluar sentiasa perlu menyesuaikan teknologi dengan teknik menunggang seseorang game changer!

EFEK KENNY ROBERTS

Game changer pertama pada era moden ialah pelumba Amerika Syarikat (AS), Kenny Roberts pada lewat 1970-an. Teknologi era itu menetapkan had enjin yang ketat untuk jentera lumba kelas premier. Ini memaksa pelumba menunggang dengan gaya old-school dan linear gara-gara enjin 2-lejang 500cc yang terlalu berkuasa hingga sukar ditampung casis dan tayar.

BACA >>> #RetroAuto: Kenny Roberts – Pelumba GP Legenda yang Cipta Skil Seret Lutut

Bagaimanapun, Roberts, yang lahir daripada trek motocross, berjaya melepasi batasan tersebut apabila mengeksploitasi kelemahan casis dan tayar dengan memecut mengatasi cengkaman tayar sedia ada menerusi kawalan terotel yang superior. Secara serentak beliau menggunakan lututnya sebagai indikator untuk mengetahui seberapa jauh beliau boleh membelok laju.

Hasilnya, Roberts muncul sebagai pelumba asteroid yang memusnahkan semua pelumba dinosaur 70-an.

ERA SELEPAS ROBERTS – MELEPASI BATASAN

Pasca Roberts, muncul ramai pelumba AS dan Australia daripada trek motocross yang bukan saja meniru, tetapi memperhalusi gaya pelumba Yamaha itu.

Akhirnya, teknik Roberts itu menjadi semacam satu big bang dalam arena perlumbaan motosikal yang mencetuskan inovasi teknikal baharu untuk mengekang tahap kebuasan enjin 500cc. Jentera lumba selepas itu walaupun kekal dalam rekabentuk klasik sportbike, tetapi mampu beraksi lincah seperti teknik motocross ala Roberts.

VALENTINO ROSSI

Selepas dominasi Roberts berakhir yang menyaksikan pelumba Eropah silih berganti memenangi arena GP, muncul seorang lagi game changer bernama Valentino Rossi (belum lagi berstatus kekanda).

Rossi dikatakan bakat serba boleh yang pernah dilahirkan dalam dunia perlumbaan motosikal di planet Bumi ini. Apa yang membezakan beliau dengan pelumba lain ialah kemampuannya menyerap teknologi jentera untuk diserasikan dengan skil berlumba miliknya dan kemudian mendesak abiliti jentera itu menjangkaui had.

BACA >>> #2018ArgentinaGP: “Marquez Tak Ada Telur” – Rossi Geram Tidak Terkata

Kemahiran unik inilah yang membolehkan beliau menguasai pentas 125, 250, 500 dan akhirnya kategori baharu MotoGP. Pada masa itu, tiada siapa tahu adakah gaya berlumba GP lama (dengan gaya menunggang superbike) akan berkesan dengan jentera baharu MotoGP.

Tetapi semua itu tidak jadi masalah buat Rossi yang cukup pakar menguasai setiap sudut selekoh. Malah, musim pertama MotoGP pada 2002, beliau nampak cukup bersahaja merangkul kejuaraan dengan menaiki semua podium dipertandingkan setiap litar antarabangsa sepanjang tahun tersebut ketika pelumba lain masih bergelut mengemudikan jentera masing-masing.

Mungkin ada bertanya kenapa Rossi layak digelar kekanda MotoGP? Sebabnya, beliau ialah pelumba yang pernah menjadi juara dunia dengan tiga pengeluar ternama berbeza: Aprilia, Honda dan Yamaha. Beliau cuma gagal bersama Ducati (2011-2012), itupun masih dalam kelompok 10 terbaik, dan tahun depan umurnya 40 tahun!

MELAWAN ROSSI

Satu-satunya pelumba yang dilihat hampir menyamai bakat Rossi ialah Jorge Lorenzo. Mungkin sebab bimbang Rossi berterusan menguasai arena MotoGP, format teknikal jentera diubah supaya jadi lebih kompetitif. Dan Lorenzo ialah satu-satunya pelumba yang meraih manfaat daripada perubahaan tersebut.

Lorenzo berjaya mengungguli banyak siri perlumbaan  dengan gaya menunggang lebih ke dalam untuk disesuaikan dengan teknikal baharu jentera.

MARC MARQUEZ

Akhir sekali ialah kemunculan game changer terbaharu – adinda Marc Marquez yang bukan saja mengeksploitasi kelebihan tayar baharu yang lebih mencengkam, tetapi mendesak komponen itu melebihi batasan cengkaman.

Di tangan pelumba lain, jika bahagian depan jentera menggelincir, situasi itu biasanya akan berakhir dengan kemalangan, tetapi tidak bagi Marquez. Keberanian, dan kemampuannya mengimbangkan jentera meletakkan dia sebagai rookie pertama meraih podium kelas premier selepas kali terakhir dilakukan Roberts. Indah bukan?

BACA >>> Marquez Jalani Pembedahan Bahu, Jangka Cergas Semula Sebelum Ujian Sepang 2019

Bagaimanapun, kitaran evolusi tetap berterusan. Pesaing Honda kini masing-masing cuba mengatasi gaya menunggang Marquez dengan membangunkan jentera yang memiliki keseimbangan terbaik. Malah, pelumba senior seperti Rossi, Lorenzo dan lain-lain mula mengubah gaya berlumba masing-masing untuk meniru atau melakukan improvisasi daripada gaya Marquez.

MASA HADAPAN

Jika melihat era baharu MotoGP sepanjang dominasi Marquez, kita dapat menyaksikan kemunculan Maverick Vinales dan Alex Rins daripada Moto2 yang memiliki kemampuan seperti Marquez, juga memiliki potensi berkembang semakin baik dalam masa beberapa tahun akan datang. Jadi, segalanya sukar diramal kerana game changer sentiasa akan muncul. Mungkin saja pelumba itu baru berusia 8 tahun yang suatu hari nanti bakal menetapkan penanda aras baharu MotoGP. Tetapi asasnya tetap sama, tanpa pemula, perintis atau game changer, memang mustahil evolusi berlaku.

SUMBER: RedBull

autotainment GP Grand Prix (GP) Jorge Lorenzo Kenny Roberts Marc Marquez MotoGP roda2 Skil Lumba Valentino Rossi
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 1200 Rasmi Di Malaysia – Adventure Touring Premium Dari RM51,888

    17/04/2026
    Honda CBR150R Stealth Edition 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399

    17/04/2026
    Roda2

    Mforce Dilantik Pengedar Eksklusif ZXMOTO di Malaysia

    16/04/2026
    Aksesori

    Castrol Malaysia Peluas Komitmen Cub Prix, Lancar Minyak Enjin Skuter POWER1 ULTIMATE Scooter 10W-40

    16/04/2026

    1 Comment

    1. Khairil Nizam on 13/01/2020 15:59

      sate juga membawa arena kpd powerslide

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

    By Syafie14/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    By Abang Hirata13/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Aveta Serra 125 2026
    Roda2

    Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

    By Syafie13/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Honda ZR-V Cross Touring 2026 MUGEN
    Aksesori

    MUGEN Perkenal Kit Aero Honda ZR-V 2026

    By Abang Hirata10/04/2026
    Honda CBR150R Stealth Edition 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399

    By Shazwan Hisam17/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.