Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»MOTO: Fazli Sham Juara CP130 Cub Prix 2015 Pusingan Pertama
Auto Terkini

MOTO: Fazli Sham Juara CP130 Cub Prix 2015 Pusingan Pertama

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju15/03/2015
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Fazli in action at finnish lineKEJUARAAN Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2015 pusingan pertama yang berlangsung di Temerloh, Pahang menyaksikan juara dua kali daripada Petronas Yamaha Maju Motor, Ahmad Fazli Sham muncul juara bagi CP130.

Tampil cemerlang di antara pelumba terpanntas pada sesi ujian masa, semalam, aksi Fazli pada sesi kelayakan SuperPole walau bagaimana sedikit perlahan apabila sekadar mencatat masa keempat terpantas dengan trio berpengalaman Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing menguasai ketiga-tiga petak di barisan depan diketuai Mohd Zamri Baba, Norizman Ismail dan Elly Idzlianizar Ilias.

Fazli in ActionMeskipun begitu, dengan pengalaman yang ada, pelumba paling senior di grid CP130 itu berjaya menempatkan diri di kedudukan kedua sebaik pelumba dilepaskan, berada di belakang Norizman dan Zamri mengekori di kedudukan ketiga.

Saingan sengit d iantara tiga pelumba senior ini berterusan sehingga ke pusingan kelapan sebelum Zamri memintas untuk merampas kedudukan pertama daripada Norizman namun tindakan itu membuka ruang buat Fazli untuk memintas kedua-dua pelumba itu seterusnya memimpin perlumbaan sehingga ke garisan penamat.

Podium CP130Fazli menamatkan 18 pusingan perlumbaan dengan masa 13:30.577s, 0.754 dihadapan Zamri dan Norizman ketiga, 13:38.604s.

” Jentera kami berada pada keadaan yang begitu baik pada perlumbaan pertama ini. Meskipun kami (PETRONAS Yamaha Maju Motor) masih menggunakan jentera 2014, namun ia sudah diperbaharui dan dipertingkatkan kuasa ke tahap terbaik. Pada masa sama, krew pasukan juga berjaya mendapatkan pelarasan terbaik untuk suspensi jentera,” jelas Fazli yang kini mendahului kedudukan keseluruhan pelumba.

Podium CP115KATEGORI CP115

Sementara itu, kejayaan cemerlang pasukan Maju Motor bukan hanya di kelas CP130, sebaliknya pelumba muda mereka yang berusia 15 tahun, Kasma Daniel Kasmayudin turut mencipta kejayaan apabila muncul naib juara bagi kategori CP115 setelah menamatkan 15 pusingan perlumbaan dengan masa 11:29.983s.

Pada masa sama, pasukan Motul Yamaha YY Pang meneruskan aksi cemerlang dicapai  musim 2014 apabila dua pelumba mereka, Tengku Amirul Haffirudin dan Mohd Izzat Zaidi Salehan menamatkan perlumbaan di atas podium.

Tengku Amirul muncul juara dengan masa 11:25.748s manakala Izzat di tempat ketiga dengan masa 11:31.692s. Manakala, pelumba rookie, Khairul Idham Pawi kecewa apabila terpaksa menamatkan saingan seawal pusingan pertama akibat masalah mekanikal jentera.

Podium WiraKELAS WIRA

Selain itu, saingan kelas Wira menyaksikan Saiful Izman Ahmad Zamani (Felda AFB Tech Caldinals Racing) meraih kemenangan pertama dalam kategori Wira setelah menamatkan 12 pusingan perlumbaan dengan masa 9:28.930s.

Tempat kedua dimenangi Mohd Harith Farhan Baharin (Kozi Yam Honda Racing) dengan masa 9:29.138s dan ketiga, Nazirul Izzat Mohd Bahauddin (elf KC Racing), 9:30.807s.

Pusingan kedua kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2015 pula bakal berlangsung di Batu kawan,Pulau Pinang bermula 11 hingga 12 April 2015.

KEPUTUSAN

CP130

  1. Ahmad Fazli Sham (PETRONAS Yamaha Maju Motor) 13:30.577s
  2. Mohd Zamri Baba (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing) 13:31.331s
  3. Norizman Ismail (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing) 13:36.804s
  4. Elly Idzlianizar Ilias (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing) 13:38.733s
  5. Mohd Adib Rosley (Motul Yamaha YY Pang) 13:38.948s

CP115

  1. Tengku Amirul Haffirudin (Motul Yamaha YY Pang) 11:25.748s
  2. Kasma Daniel Kasmayudin (PETRONAS Yamaha Maju Motor) 11:29.983s
  3. Mohd Izzat Zaidi Salehan (Motul Yamaha YY Pang) 11:31.692s
  4. Mohd Emir Firdaus Hasan (Jetron Apido Team PJM) 11:32.113s
  5. Mohd Azam Omar (PETRONAS Yamaha CKJ) 11:32.244s

WIRA

  1. Saiful Izman Ahmad Zamani (Felda AFB Tech Caldinals Racing) 9:28.930s
  2. Mohd Harith Farhan Baharin (Kozi Yam Honda Racing) 9:29.138s
  3. Nazirul Izzat Mohd Bahauddin (elf KC Racing) 9:30.807s
  4. Amirul Hakim Mohd Rizal (Persendirian) 9:31.045s
  5. Mohd Khairul Ikhwan Ajis (Yamalube AHM) 9:31.218s
Kategori Wira_pandulaju.com
Kategori CP130_pandulaju.com
Kategori CP115_pandulaju.com
Fazli_pandulaju.com
Fazli_action_pandulaju.com
Ahmad Fazli Sham elf KC Racing Elly Idzlianizar Ilias Felda AFB Tech Caldinals Racing Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing Kasma Daniel Kasmayudin Kategori CP115 Kategori CP130 Kategori Wira KEJUARAAN Cub Prix AAM Malaysia Petronas 2015 Kozi Yam Honda Racing Mohd Harith Farhan Baharin Mohd Izzat Zaidi Salehan Mohd Zamri Baba Motul Yamaha YY Pang Nazirul Izzat Mohd Bahauddin Norizman Ismail Petronas Yamaha Maju Motor Saiful Izman Ahmad Zaman Tengku Amirul Haffirudin
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Ferrari Purosangue Handling Speciale, Pakej Khas Tajamkan Lagi Pengendalian

    30/04/2026
    Auto Terkini

    Jacar Lancar Di Malaysia – Platform Penjagaan Kereta Telus, Tiada Caj Tersembunyi

    29/04/2026
    Auto Terkini

    KTM 450 Rally Replica 2027: Jentera Ala Juara Dakar Kini Ke Garaj Peminat!

    29/04/2026
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz GLC Electric L dan CLA 260 L Lebih Panjang Untuk China

    28/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Keeway RKR250 2026
    Roda2

    Sportbike 250cc Keeway RKR250 2026 Masuk Malaysia, Harga RM13,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Roda2

    Morbidelli T252X Masuk Malaysia, 33.5 HP, 20 Nm, Dari RM16,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Roda2

    Ikon Superbike Dengan Warna Baru dan Edisi Khas – Suzuki Hayabusa 2026

    By Shazwan Hisam23/04/2026
    Helmet YOHE lancar di Malaysia
    Aksesori

    YOHE Rasmi Lancar Empat Model Helmet, Harga Mula RM319!

    By Syafie21/04/2026
    Morbidelli F252 2026
    Roda2

    Morbidelli F252 2026 Pencabar Baharu Naked Bike 250cc, Harga RM14,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.