Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»MOT Sokong SPRM Tahan Penguat Kuasa Terlibat Kartel Tonto
Auto Terkini

MOT Sokong SPRM Tahan Penguat Kuasa Terlibat Kartel Tonto

SyafieBy Syafie04/03/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Anthony Loke-Siew Fook | Tonto

KEMENTERIAN Pengangkutan (MOT) menyokong penuh tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan pegawai penguat kuasa disyaki orang tengah kartel tonto berhubung aktiviti rasuah perlindungan haram terhadap kenderaan perdagangan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, beliau dimaklumkan lebih awal mengenai operasi bersepadu dijalankan bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi mempertahan imej, kredibiliti dan integriti jabatan daripada elemen negatif.

Bocor Maklumat Operasi

Loke berkata, sebelum ini pihaknya menerima pelbagai aduan seperti dari pengusaha lori berhubung kebocoran maklumat operasi penguatkuasaan kepada pihak luar.

Menurut beliau, situasi itu menyebabkan operasi besar-besaran bagi menangani isu lori membawa muatan berlebihan kurang berkesan apabila pengusaha tertentu hanya mematuhi had muatan pada hari operasi selepas menerima maklumat awal.

Hasil siasatan dan pengintipan, didapati memang ada pihak dalaman terlibat, maka tangkapan sudah dibuat,” katanya.

13 Individu Direman

SPRM menahan 13 individu termasuk tiga anggota penguat kuasa yang dipercayai mendalangi kartel tonto melibatkan perlindungan haram terhadap pemilik lori di seluruh Semenanjung.

Perintah reman tiga hari sehingga 27 Februari dikeluarkan Mahkamah Majistret Putrajaya bagi membantu siasatan lanjut.

Amaran Tegas

Loke berharap tindakan tegas itu menjadi amaran keras kepada mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti rasuah dan kebocoran maklumat operasi.

Jangan rasa dan jangan ingat kita tak tahu apa yang anda buat, termasuk pengusaha lori yang membayar tonto untuk mendapatkan maklumat. Mereka juga sedang dikenal pasti,” katanya.

MOT menegaskan tiada kompromi terhadap mana-mana pegawai yang mencemarkan integriti penguatkuasaan dan menjejaskan keselamatan serta keadilan di jalan raya.

SUMBER: SinarHarian

Anthony Loke Siew Fook Auto Terkini Kartel Tonto Kementerian Pengangkutan (MOT) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.