Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»MOT Peruntuk RM3.5j untuk Tambah 10,000 Kuota MyLesen B2!
Auto Terkini

MOT Peruntuk RM3.5j untuk Tambah 10,000 Kuota MyLesen B2!

SyafieBy Syafie11/07/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Kementerian menambah 10,000 kuota untuk MyLesen B2 seluruh negara.
KEMENTERIAN Pengangkutan Malaysia (MOT) mengumumkan penambahan 10,000 kuota baharu bagi program MyLesen B2 di seluruh negara.

Ini langkah yang dijangka memberi impak besar kepada golongan belia dan keselamatan jalan raya.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, penambahan ini melibatkan peruntukan RM3.5 juta dan bakal memberi lebih banyak peluang kepada individu, terutama belia untuk memiliki lesen memandu motosikal (kelas B2) secara sah.

Setakat ini, 15,000 kuota diperuntukkan untuk 2025, dan 14,581 peserta berjaya menyertainya. Untuk separuh kedua tahun ini, kita tambah lagi 10,000 kuota baharu.”

Lesen Sah, Kurang Kemalangan

Penambahan itu bukan sekadar memberikan lesen percuma, tetapi langkah strategik untuk mengurangkan penunggang motosikal tanpa lesen yang sering menjadi penyumbang utama statistik kemalangan jalan raya, terutama di kawasan luar bandar.

Dengan lesen sah, mereka lebih sedar tentang aspek keselamatan, peraturan lalu lintas, dan tahu tanggungjawab sebagai pengguna jalan raya.”

Lesen Ditarik Balik Jika Terlibat Aktiviti Haram

Dalam pada itu, Loke juga menyokong tindakan menarik balik lesen peserta MyLesen yang didapati terlibat dalam kegiatan lumba haram atau aktiviti berbahaya di jalan raya.

Jika sudah diberi peluang, tetapi disalah guna untuk aktiviti tak bertanggungjawab, tindakan tegas seperti batalkan lesen perlu diambil.”

Sekolah Diminta Pantau Pelajar Bawa Motosikal

Beliau turut menggesa pihak sekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) supaya bekerjasama memastikan pelajar yang menunggang motosikal ke sekolah mempunyai lesen sah.

Kita faham keperluan pelajar luar bandar. Tapi mereka juga perlu patuh peraturan dan ambil lesen sah. Pihak sekolah boleh bantu pantau perkara ini.”

Kuota Negeri Sembilan: 1,000 Tempat Dikhaskan

Bagi Negeri Sembilan sahaja, sebanyak 1,000 kuota MyLesen B2 diperuntukkan. Inisiatif itu dijangka memberi manfaat besar kepada penduduk luar bandar, pelajar lepasan sekolah dan mereka yang memerlukan lesen sah bagi urusan pekerjaan atau pendidikan.

Program MyLesen B2, Apa Anda Dapat?

  • Latihan dan kelas teori percuma
  • Kos ujian ditanggung sepenuhnya
  • Lesen memandu kelas B2 sah untuk motosikal hingga 250cc
  • Latihan praktikal di institut memandu bertauliah
  • Program dibiayai sepenuhnya Kerajaan (MOT)

SUMBER: SinarHarian

Anthony Loke Siew Fook Auto Terkini Jabatan Pengangkutan Jalan mylesen b2
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    LaLaport Transportation Hub (LTH)
    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.