Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»MOT, KKR Lancar Ops Bersepadu dan Kempen Keselamatan Sempena Tahun Baru Cina
Auto Terkini

MOT, KKR Lancar Ops Bersepadu dan Kempen Keselamatan Sempena Tahun Baru Cina

Han OthmanBy Han Othman17/01/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

MENJELANG Tahun Baru Cina 2023 yang bakal disambut pada 22 dan 23 Januari ini, Kementerian Pengangkutan (MOT) bersama Kementerian Kerja Raya (KKR) melancarkan Ops Bersepadu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Kebangsaan 2023.

Mengekalkan tema sama, ‘Pandu Cermat, Sampai Selamat’, Ops Bersepadu dan kempen  itu akan bermula 18-28 Januari ini dengan melibatkan penglibatan pelbagai agensi bawah MOT dan KKR seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia, Jabatan Kerja Raya (JKR), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), dan PLUS Malaysia.

Ada empat teras utama ditekankan, iaitu:

  • Pendidikan dan Advokasi
  • Penguatkuasaan
  • Pencegahan dan Pemantauan
  • Penilaian

Seramai 2,000 anggota penguat kuasa JPJ terlibat secara langsung dalam, dan antara inisiatif dilaksanakan adalah:

  • Kaedah penyamaran atas bas ekspres
  • Pemantauan melalui Enforcement Based Station (EBS) di 14 lokasi tumpuan sepanjang lebuh raya.
  • Pelaksanaan Perception Of Being Caught (POBC)
  • Ops Khas Motosikal

JPJ juga sudah mengadakan Pra Ops Tahun Baru Cina, bermula 14-17 Januari ini melibatkan pemeriksaan bas ekspres di 77
depoh dan 28 terminal bas utama seluruh negara bertujuan memastikan bas ekspres sentiasa berada dalam keadaan layak berada atas jalan (roadworthiness).

LARANGAN KENDERAAN BARANGAN

Seperti setiap tahun, Perintah Larangan Pemanduan Kenderaan Barangan juga dilaksanakan dua hari sebelum dan dua hari selepas perayaan, iaitu:

  • 20-21 Januari (sebelum)
  • 24-25 Januari (selepas)

Larangan tersebut bertujuan mengelak risiko nahas jalan raya akibat percampuran aliran trafik kenderaan berat dan kenderaan ringan di jalan raya atau lebuh raya, termasuk mengelak kesesakan lalu lintas.

7 KESALAHAN UTAMA

Ada tujuh kesalahan lalu lintas utama dikuatkuasakan sepanjang Ops Bersepadu dan kempen tahun ini, iaitu:

  • Memotong barisan
  • Memotong di garisan kembar
  • Tidak mematuhi lampu isyarat merah
  • Memandu melebihi had laju
  • Menggunakan telefon bimbit ketika memandu
  • Tidak memakai tali keledar atau helmet
  • Memandu di lorong kecemasan

KAWASAN BLACKSPOTS

KKR juga sudah mengenal pasti kawasan kerap berlaku kemalangan (blackspots) menerusi Program Menaik Taraf Infrastruktur Keselamatan Jalan Raya dalam usaha memperbaiki dan memperelok jalan raya Persekutuan bagi mengurangkan kadar kemalangan akibat faktor kejuruteraan jalan.

Sebagai rekod, pada 2022, sebanyak 53 lokasi blackspots sudah dibaik pulih dengan kos RM17.2 juta, manakala 40 lokasi berisiko kemalangan akibat jalan gelap sudah dipasang lampu jalan dengan kos RM4.7 juta.

Program pembaikan dan keselamatan jalan raya ‘kos rendah dan berimpak tinggi akan diteruskan pelaksanaan pada 2023 supaya aspek keselamatan jalan raya dapat dipertingkat.

KKR juga sudah mengenal pasti 76 lokasi blackspots tahun ini dengan mewartakan pengurangan had laju
sementara sebagai salah satu langkah keselamatan dan pemantauan, iaitu:

  • Pengurangan had laju 10kmj, menjadikan 80kmj (Jalan Persekutuan) dan 70kmj (Jalan Negeri) berkuatkuasa bermula 18-27 Januari 2023.

SASAR KURANG KEMATIAN JALAN RAYA 50 PERATUS


MOT dan KKR serius mahu mencapai sasaran pengurangan jumlah kematian dan kecederaan akibat kemalangan jalan raya sekurang-kurangnya 50 peratus menjelang 2030 berdasarkan Resolusi Persidangan 74/299 (31) Ogos 2020 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Semua pengguna lebuh raya dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal mengikut Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (Travel Time Advisory) yang akan dikeluarkan syarikat konsesi lebuh raya dalam masa terdekat.

Maklumat trafik terkini boleh didapati daripada Pusat Pengurusan Trafik LLM yang beroperasi 24 jam sehari sepanjang musim perayaan ini menerusi talian 1800-88-7752 atau akaun Twitter @LLMinfotrafik atau Pusat Khidmat Pelanggan lebuh raya.

Pengguna juga diharapkan dapat menjadi sebahagian anggota penguatkuasa dengan melaporkan kesalahan lalu lintas sepanjang
tempoh Ops Bersepadu dengan menyalurkan aduan menggunakan aplikasi MyJPJ menerusi menu e-Aduan@jpj atau melalui aduan e-mel JPJ aduantrafik@ipj.gov.my.

Auto Terkini Jabatan Kerja Raya (JKR) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) JPJ Kementerian Kerja Raya (KKR) Kementerian Pengangkutan Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Kebangsaan 2023 Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) LLM Ops Bersepadu Tahun Baru Cina 2023 Plus Malaysia
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Aston Martin Vanquish 25, Kuasa 835 PS dan 1,000Nm, Bukti V12 Sentiasa Dihormati!

22/07/2026
Auto Terkini

MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

22/07/2026
Mercedes-Maybach GLS 2027
Auto Terkini

Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

22/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

22/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.