Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini – Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?
Roda2

Moped 150 Modenas Sah Dilancarkan Tahun Ini – Mampukah Cabar Y15ZR & RS150R?

Abang GYLBy Abang GYL25/01/201754 Comments
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

moped 150 modenasSEKIAN lama menunggu, akhirnya sah model moped 150 Modenas bakal diperkenalkan secara rasmi tahun ini.

Menurut Modenas, pembuatan enjin moped 150cc dibikin khas oleh juruteranya sendiri.

Seramai sembilan jurutera Modenas ‘berkampung’ hampir 3 tahun di Universiti Graz, Austria untuk memastikan pembikinan enjin berjalan lancar.

Kami turut dimaklumkan pembangunan enjin moped 150 Modenas sudah siap dan sedang menjalani ujian di Malaysia. Lebih menarik, Modenas turut merancangkan menjadikan model moped ini sebagai jentera perlumbaan dalam saingan Cub Prix nanti.

rs150r-vs-y15zrHARGA

Jika Yamaha Y15ZR dan Honda RS150R dijual pada harga sekitar RM9,000, berapa pula harga perlu diletakkan oleh Modenas?

Berdasarkan pemerhatian, kami menjangkakan model moped 150 Modenas perlu dijual sekitar RM7,000 hingga RM8,000. Jika melebihi angka itu, ia akan menyukarkan jentera berkenaan bersaing dengan pesaing lain.

Persoalannya, mampukan moped 150 Modenas ini memikat hati anda? Bolehkah ia bersaing dengan Yamaha Y15ZR dan Honda RS150R?

Sama-sama kita nantikan.

BACA >>> Yamaha Y15ZR Atau Honda RS150R? Kami Ada Jawapannya…

Honda RS150R Modenas Moped moped 150 modenas Yamaha Y15ZR
Abang GYL

Artikel Berkaitan

Harley Davidson-Malaysia anjur Hari Trek 2026 di Sepang
Auto Terkini

Harley-Davidson Malaysia Anjur Hari Trek Pertama di Sepang

21/01/2026
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
Roda2

Yamaha NMAX 155 ABS 2026 Perkenal Warna Baharu untuk Jepun!

20/01/2026
Auto Terkini

Honda CRF1100L Africa Twin 2026 Tampil Grafik Lebih Segar dan Pilihan Warna Baharu

19/01/2026
Interkom ASMAX untuk penunggang
Aksesori

NKS Distributors Lancar Dua Peranti Interkom ASMAX, Empat Model Evangelion Edisi Terhad

19/01/2026

54 Comments

  1. izanudin yahaya on 26/01/2017 04:21

    reka bentuk menarik teta milik yamaha y15zr….itu terbukti tiada tandingannya….

    Reply
  2. fadzil on 26/01/2017 21:30

    Enjin moped baru 6 speed terbaik tetap menjadi milik honda rs 150…itu juga terbukti tiada tandingannya…hehehee…

    Reply
  3. TokMoh on 27/01/2017 03:19

    YAMAHA@HONDA@MODENAS
    150 CC TETAP TERBAIK BGI SAYA..SY SOKONG PERMOTORAN MALAYSIA..

    Reply
    • lan on 13/01/2018 18:23

      Berapa harga nya

      Reply
  4. bikers malaysia on 27/01/2017 09:15

    modenas… ehmm…. tahniah la sebab mencuba untuk memikat penguna dan pencinta 2 roda … tapi rasanya ok juga la sebab mencabar dunia permotoran dgn mengetengahkan model 150 ni… apa pun teruskan usaha..

    Reply
    • Awanglokan on 10/08/2017 22:00

      Klu super moped ymaha tu hmpt taik hrap lawa sekli tengok baik angkt honda lawa pun dn laju 6speed

      Reply
      • Noris on 17/08/2017 19:54

        Hahahahahahaha nape tak power ke yalah 150 tu nasib tak beli

        Reply
  5. b on 27/01/2017 23:27

    harga agak membebankan…cecah rm10,000.00 agak mahal juga..

    Reply
  6. nas on 29/01/2017 07:45

    Ramai orang Malaysia kalau produk Malaysia keluar barang lagi baik dari negara lain pun dia tetap pilih buatan negara lain. Jenis suka dijajah dan pilih jenama dari kualiti.

    Reply
    • Fadlizam on 01/03/2017 22:54

      Kenyataan ini amat tepat sekali. Orang kita memang sangat mengagungkan barangan luar negara walaupun barangan yang sama atau lebih kualiti di cipta oleh orang tempatan. Ini kerana orang Malaysia sangat ramai yang tidak boleh berfikir bahawa membeli barangan ciptaan tempatan akan mewujudkan berkali2 ganda peluang pekerjaan tempatan berbanding membeli barangan ciptaan syarikat asing, bermakna ekonomi negara bertambah maju. Mereka lebih rela kekayaan mengalir keluar dan semakin menyebabkan kerja kerja yang tidak memerlukan skill semakin lama semakin hilang. Menyebabkan kehilangan pekerjaan orang tempatan semakin serius. Satu hari nanti bila dah jadi miskin balik baru terduduk..

      Usaha Modenas harus disokong cuma lebih untung jika universiti2 tempatan yang di gunakan untuk membangunkan teknologi2 perintis dan termaju berbanding universiti di Austria. Dengan cara lebih banyak duit akan bekerja di dalam Malaysia daripada mewujudkan peluang pekerjaan di negara asing. Lebih baik melabur mebangunkan sumber kepakaran tempatan sendiri. Peningkatan produktiviti sumber manusia atau merintis teknologi memerlukan pelaburan wang serta skop dan visi jangka masa panjang

      Reply
      • Kabus on 11/03/2017 02:03

        Setuju n sokong.

        Reply
      • Misbahul on 11/03/2017 10:15

        1je nak cakap sebab apa orang malaysia pilih jenama asing, ada nampak perlumbaan cubprix jenama malaysia ni menang? Dari segi specification enjin pon kena titik beratkan. Ada nampak modenas juara dilitar lumba or sprint test? Sukar dipercayai. Jika kereta malaysia menyertai mana2 perlumbaan litar disepang. Enjin juga pakai buatan honda, toyota dan lain2. Sebab specification enjin untuk diubah suai adalah terbatas. Sama juga macam motor buatan malaysia, fikir logik. Orang nak amik sebab laju dan selesa.

        Reply
      • Joe on 12/03/2017 23:27

        Mcm mana pun tetap akan ciplak enjen kawasaki. SO boleh pakai la

        Reply
        • ZORRO on 06/04/2017 17:05

          SEMUA MOTO DLM DUNIA PUN CIPLAK MOTO ORANG PUTIH DULU. DULU2X KAT JEPUN ADA MESIN MITSUBISHI DEN KAWASAKI AJE. SYKT NI LAH YG BUATU8NTUK ENJIN JEPUN DULU (INDUSTRI BERAT JEPUN DULU) TERUTAMANYA KAPAL TERBANG, KAPAL LAUT, KERETA KEBAL, ROKET DLL. JEPUN PUN TIRU DARI RUSIA, GERMAN,PERANCIS,AMERIKA DLL. LAST2X BARU LAH JEPUN BOLEH BUAT ENJIN SENDIRI.

          Reply
          • losmas on 01/03/2019 07:11

            Dlm dunia ini semua copy and paste…

        • AZMI issmail on 04/02/2020 22:00

          Amboi,kangar,,,biasa la orang melayu,kalau bukan orang melayu yang kayakan bangsa asking siapa lagi.apa pun tahniah buat modenas,buatan malaysia terbaik.,sokong lah dan pakat sokong barangan malaysia

          Reply
      • Mfaz on 21/06/2017 07:33

        Sama mcm proton,semenjak proton tidak menjadi pilihan rakyat malaysia,ramai usahawan tempatan gulung tikar dan pekerja proton kais pagi mkn pagi shj.

        Reply
    • Mat Rempit on 09/03/2017 12:45

      Modenas pun bukannya 100% buatan M’sia…baju luar je buatan tempatan. Enjin tak tau ke Kawasaki punye

      Reply
      • ABG GYL on 09/03/2017 15:17

        Enjin Modenas bagi model moped 150 100% dibikin khas oleh jurutera Modenas sendiri

        Reply
        • Azroy SBT on 21/06/2017 14:40

          ya, Abg GYL……… Mat Rempit…. dah baca ke info tu…. 3 tahun deme berkampung di Austria nak bina moped ni….

          Reply
  7. Fadly omar on 01/02/2017 09:10

    Berilah sokongan pada jentera keluaran negara kita, sokongan kita membantu ekonomi negara. Apapun salute pada modenas kerana mengeluarkan jentera ini, segmen 150cc yang semakin panas, harap harga berpatutan dan berprestasi tinggi, syabas…

    Reply
  8. Hamdan Hassan on 06/02/2017 09:04

    Product baharu seperti biskut atau minuman yg di berikan di supermarket risikonya kecil utk kita mencubai. Motorsikal adalah mahal. Pengguna motor kapchai bukan orang kaya. 5 tahun nak bayar bank.
    Sekiranya harganya jauh murah, orang berani cuba. Lagipun banyak jenama motor yang kurang popular, adalah testimony menunjukan motorsikal mereka hampas.
    Saya berani lihat dan tunggu orang lain beli dulu.

    Reply
  9. Awanglokan on 14/02/2017 18:28

    Aku plih antara modenas ngn sym sbb hrga mmpu milik dn thn lasak honda dn suzuki yelh otai thn lasak dua biji jenama aku pakai modens 120 dinamik 4t dn skuter sym jet 125 thn lask bro boleh setkt ni xder lgi masaalh pendawaian signal ok tu klu ada rezeki ingt nok angkt t2 250 cc

    Reply
    • Misbahul on 11/03/2017 10:18

      Tahan lasak tak macam yamaha lc v1, pakai 10tahun tidak pernah turun enjin. Selalu ulang alik kerja highway 76km. Selalu jugak full throttle. Bandingkan plisss jenama malaysia cokia.

      Reply
  10. Awanglokan on 14/02/2017 18:32

    Bgus tu modenas bila nok kuar model cc besar tabik spring kt jurutera modens buat yg trbaik

    Reply
  11. ABBAS on 21/02/2017 17:38

    Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd, atau lebih dikenali sebagai Modenas ialah syarikat pengeluar motosikal nasional yang menghasilkan pelbagai model motosikal kecil 200cc untuk pasaran tempatan dan antarabangsa. Ibu pejabat dan kilangnya terletak di Gurun, Kedah, Malaysia.

    Sejarah syarikat tersebut bermula pada tahun 1990-an. Selepas kejayaan syarikat automotif nasional PROTON, kerajaan telah merancang untuk melancarkan projek motosikal nasional. Modenas ditubuhkan pada 1995 dan majoriti sahamnya dipegang oleh Kawasaki, Nissho Iwai, Khazanah Holdings Berhad dan DRB-Hicom Berhad.

    Reply
  12. Kaki modified turbo motor injection on 21/02/2017 19:04

    Mai video top speed guna standard factory setting dlu..baru leh sembang leh lwn ka x..pastu spare part jgn buat ada mcm2 grade mcm emos dlu..ada part grade A,B..

    Reply
  13. hairol on 21/02/2017 19:23

    terbaekkk…
    harap lagi power

    Reply
  14. cub on 21/02/2017 21:54

    Modenas kan ada sentuhan teknologi kawasaki utk enjin. Start daripada kriss.

    Reply
  15. Acat on 21/02/2017 23:03

    Kalu design cam ilustrasi tu, xcun…menda pertama org tgok…design dia

    Reply
  16. Khairul on 21/02/2017 23:54

    Tahniah modenas. Cuma knp persoalannya mampu cabar rs150 dan y15 je? Knp belang tidak termasuk? Belang x laju ke?

    Reply
    • Janji go on 24/02/2017 04:40

      Belang part sush skit msuk msia pn blkg 125z tpi best juga naik belang klu da buat

      Reply
  17. Don on 22/02/2017 04:59

    Sayaa sngt berhrap modenass 150 tidak menggunakn injector Dan reka bentuk badan jangan terlalu menonjol

    Reply
  18. set belang utaqa on 22/02/2017 08:23

    Kami suzuki belang tengok je…tp ape2 pn dari 2009 smpai sekarang alhamdulillah enjin x de msalah…..
    Klau dri segi kelajuan..alhamdulillah jugak.

    Reply
  19. Hamba Allah on 22/02/2017 11:34

    Kalau modenas buat motor yg sama mcm dinamik 1st model…xde cdi cut…enjin power dan tahan lasak walaupon harga murah..kompom ramai yg beli tu…

    Reply
  20. Yans on 22/02/2017 16:12

    idea utk moped modenas 150 cc

    1) reka bentuk dr aspirasi zx6r (lampu blkng led x , lampu hadapan seakan2 zx10r yg terkini, lampu led sisi mcm zx6r )
    2) enjin ( blok serta piston dr kawasaki super elektrofusion, tambahan teknologi bajaj D-TSI, serta Kymco supercharge teknologi, ekjos tec dr bajaj , sistem dohc 6 speed, kawasaki fuel direct injection technolgy
    3) kerangka dr tubular frame, swingarm blkng gunakan dr kawasaki double r/dinamik
    4) monoshock boleh laras
    5) helmet in seperti honda future
    6) immobiliser utk elak kecurian
    7) caj telefon mcm ct115s

    sekadar idea dr fan modenas.. hehe..

    Reply
    • Ni Zam on 23/04/2018 13:03

      Tambah lagi up grade moped class:
      1-block ada water jacket radiator cooler,
      2-kulit enjin heat transfer left&right alluminum mixed,
      3-enjin oil cooler,
      4-double rear shock absorber for 2
      5-auto clucth 250cc balance enjin
      6-up side down front fork
      7-kick starter back up low batt e-starter
      8-sport rim 18inch front&back
      9-10 ltre petrol tank
      10-5 inch poron cussion seat
      11-digital & analog meter
      12-stainless steel exzoss pipe

      Reply
  21. Ir joe on 23/02/2017 09:48

    Masalah utama modenas ialah enjin n vibration body.. If engineer mereka mampu atasi masalah ni.. Product boleh terjual dgn success nya.. Nk atasi honda n yamaha tu agak payah ckit sbb mmg product dorg tiptop especially honda.. Prformance honda better.. In term of design n stylish yamaha still on top..

    Reply
    • Dee on 16/03/2017 07:32

      Honda pon gegar teruk..rs150r gegar jugak sikit..

      Reply
      • ZORRO on 06/04/2017 17:11

        YAMAHA LAGENDA AKU PUN SAMA GAK. GEGAR2X. DEN TGK ORG KAT LADANG AMIK GETAH LANTUN NGAN DURIAN PAKAI MODENAS OK JE DEN TENGOK. FIRST MODEL PULAK TU

        Reply
  22. Akim on 25/02/2017 19:10

    Tahniah ke atas modenas.. Rekaan moto 150cc bgus dan mantap. Saya sokong buatan tempatan. Selama saye pakai modenas alhamdulillah enjin still elok lagi. Moto ni tak kesah jenama ape pon..klu kite jaga dgn elok insyallah moto tu xde problem. Moto klu jenama bmw ke honda ke or yamaha.. Klu x jaga,sama je akan rosk.. Pikir2 kan lah

    Reply
  23. sekapai on 05/03/2017 14:18

    Jangan jadi macam ttr 200 dah la.. Promosi bukan main.. Orang yg minat pun dah jadi benci sebab dah bosan tunggu tak keluar2. Dah 3 tahun warwarkan.. Yg keluar bochure dan video kat youtube saja.

    Reply
  24. ahjib on 11/03/2017 12:37

    tolong la keluar cc besar sekali. bukan besar mana pon, 250cc atau 400cc cukup dah. tak abis2 main cub

    Reply
    • Syaril on 12/03/2017 21:50

      Cc sja besar tp kuasa kurang…cth gt128

      Reply
    • Arip on 12/03/2017 23:36

      Modenas ni untuk cc kecik jaa bawah 250 kalau x silap

      Reply
  25. Syaril on 12/03/2017 21:49

    Oke lh modenas berani cabar jenama permotoran luar negara, tp rasanya mcm keluarannya gt128 atau 130cc yg mna cc blhlh dikatakan besar namun kuasa spt kriss 100 cc sja dan barang2 utk modi bgi cantik jarang2 boleh dapat, tak spt barang yamaha dn honda..harap modenas perbaiki kualiti barangan yg mereka keluarkan, harga kalau hampir sama dengan honda dan yamaha yg sma cc org ramai pasti berangapan baik lg beli honda atau yamaha yg mana harga hampir sma,..

    Reply
  26. ZBS on 09/04/2017 01:22

    YAMAHA@HONDA@MODENAS@ BINELLI
    150 CC TETAP TERBAIK BGI SAYA
    SY SOKONG PERMOTORAN MALAYSIA
    Bentuk fizikal ikut citarasa masing2
    Sy percaya dgn performance parts yg ada di
    pasaran, jentera motor2 ni mampu mengatasi kelajuan motor yg berkuada 250c
    (std)

    Reply
  27. Van Arobie on 26/05/2017 11:57

    Asik bercakap tentang jentera atau bahan api sedia ada cuba modenas cadangkan kpd kerajaan ambil suatu langkah besar dan bertanggung jawab terhadap sesama manusia buat tenaga gantian enjin dari tenaga kinetik pulak kalau ufo dgn sistem magnet nya … kita pun perlu sedia maklum mungkin tidak lama lagi sistem elektricity yg besar didunia akan lumpuh hancur luluh bila kesan hentaman meteor terhempas kebumi …

    Reply
  28. Ibrahim on 21/06/2017 00:02

    Design biarla cantik. Nak kata jenama Jepun tu bermutu…. tu zaman dulu. Skrg ni mileage baru 20k engin dh bersepai. Aku akan sokomg modenas…

    Reply
  29. pancoqboy on 03/07/2017 22:40

    Modenas memang terbaik.. Rekaannya memang menarik..

    Reply
  30. Herbalist on 16/08/2017 01:10

    Kalau 3 tahun planning tapi enjin still sohc, tak tahulah nak cakap ape.

    Reply
  31. john on 03/01/2018 08:59

    Kriss mmg terbaik

    Reply
  32. gero on 22/01/2018 11:28

    lepas pru nampaknya model tunggu madey naik tahta dulu kut

    Reply
  33. WanRS on 07/09/2020 11:40

    Reka bentuk menarik…..

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/20261
Warga asing bawa lori sampah
Auto Terkini

JPJ Tak Halang Warga Asing Bawa Lori Sampah Kalau…

By Syafie21/01/2026
Pemegang lesen memandu yang tamat tiga tahun tidak layak mendapat subsidi RON95
Auto Terkini

Tiada Lagi Bukti Perjalanan Luar Negara untuk Lesen Memandu Fizikal, Caj RM20

By Syafie23/01/2026
Lepas L8
Roda4

Lepas Umum Perluas Rangkaian di Malaysia, Debut Separuh Pertama 2026

By Syafie23/01/2026
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/20261
Yamaha NMAX 155 ABS 2025 | Japan
Roda2

Yamaha NMAX 155 ABS 2026 Perkenal Warna Baharu untuk Jepun!

By Abang Hirata20/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.