Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Mod ‘Quiet’ Ford Mustang GT (2018) Tukarkan Bunyi Ekzos Sesenyap Honda Jazz
Roda4

Mod ‘Quiet’ Ford Mustang GT (2018) Tukarkan Bunyi Ekzos Sesenyap Honda Jazz

Han OthmanBy Han Othman19/04/20183 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ANDA mungkin sukakan kemerduan deruman ekzos enjin V8, tetapi tidak semua orang menyukai bunyi bising itu, terutama ketika mata baru sama mahu pejam. Penyelesaiannya, Ford Mustang GT (2018) menawarkan opsyen sistem ekzos aktif yang didatangkan dengan mod Quiet (senyap).

Sama seperti kereta lain yang dilengkapkan sistem ekzos aktif, opsyen paip Mustang GT (2018) mampu melaraskan jumlah kebisingan dilepaskan paip ekzos menerusi injap yang dibuka dan ditutup semasa mod operasi dengan menetapkan input terotel. Tambahan kepada mod Quiet, Mustang GT (2018) turut menawarkan mod Normal, Sport dan Track.

BACA >>> 4 Fakta Menarik Tentang Ford Mustang 2018

Ekzos aktif Mustang GT mampu menghamburkan kebisingan yang sama kuat seperti bunyi blender sedang mengisar makanan. Namun, apabila mod senyap diaktifkan, bunyi yang terhasil daripada enjin 5.0L V8 berkuasa 460hp itu akan direndahkan kepada 72 desibel ketika dihidupkan.

SESENYAP HONDA JAZZ

Kini, bunyi Mustang GT (2018) anda sudah jadi sesenyap dalam kabin Honda Jazz automatik yang sedang dipandu pada kelajuan 112kmj.

Sistem ekzos aktif Mustang GT (2018) diasingkan daripada fungsi penghidup senyap atau ‘Quiet Start’ yang mana pemandu boleh menetapkan masa bilakah kereta pony mereka dihidupkan dalam mod Quiet. Contohnya, jika anda perlu keluar bekerja ketika jiran-jiran sebelah rumah sedang tidur, anda boleh menetapkan masa menghidupkan Mustang anda dalam mod Quiet sekitar awal jam pagi.

BACA >>> Inilah Sebab Ford Mustang 2016 Cuma Dapat Rating 2-Bintang dalam Euro NCAP?

Ford Mustang 2018 akan di pasaran, Oktober ini pada harga jualan AS$26,485 (RM113,289) untuk model 4-silinder EcoBoost, dan AS$35,995 (RM153,968), V8 GT. Jika menambah ciri ekzos aktif pada Mustang GT, anda perlu mengeluarkan sejumlah tambahan AS$895 (RM3,828), termasuk AS$2,000 (RM8,555) bagi pakej 301A untuk kawalan suhu automatik dual zon, sistem infotainment skrin sentuh 8-inci, pencahayaan dalaman ambien dan lain-lain. Ini bermakna, Ford Mustang GT (2018) dengan sistem ekzos aktif berserta ciri lain berharga AS$38,890 (RM166,352).

* Harga Ringgit Malaysia (RM) dalam artikel ialah nilai tukaran langsung dengan Dolar Amerika (USD), dan tidak sama dengan harga sebenar di pasaran tempatan, termasuk negara lain.

SUMBER: Road and Track

Ford Ford Mustang 2018 Ford Mustang GT (2018) mod Quiet Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
Auto Terkini

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

28/07/2026
Mercedes-AMG A45 S Final Edition
Roda4

Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

28/07/2026
Suzuki meterai MoU FLUX |
Auto Terkini

FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

28/07/2026
Porsche Cayenne Turbo Electric previu di Malaysia
Roda4

Porsche Cayenne Turbo Electric Tayang di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2 Juta!

28/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Nissan GT-R NISMO 2020
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

By Abang Hirata28/07/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.