Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»MMM Perkenal Program Max Certified untuk Miliki Kereta Mitsubishi Terpakai
Auto Terkini

MMM Perkenal Program Max Certified untuk Miliki Kereta Mitsubishi Terpakai

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize31/05/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MITSUBISHI Motors Malaysia (MMM) sebagai pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia secara rasmi melancarkan program kereta terpakai, Max Certified yang menawarkan kereta terpakai di bawah kendalian wakil pengedar itu sendiri.

Di bawah program itu, selain dapat mencuci mata melihat pelbagai model Mitsubishi terpakai di semua pengedar MMM seluruh negara, pelanggan juga boleh menukar kenderaan Mitsubishi mereka dengan model baharu.

Menurut MMM, semua kereta terpakai di bawah Max Certified sudah menjalani pemeriksaan menyeluruh 150 poin yang dilakukan pakar Mitsubishi terlatih secara profesional bagi memastikan kenderaan dijual menggunakan alat ganti tulen dari pusat servis sah, bebas kemalangan besar, bebas kerosakan akibat banjir, dan ada rekod servis lengkap dari Pusat Servis MMM sah.

Max Certified juga memberikan waranti 12 bulan untuk setiap kereta terpakai dijual membabitkan baik pulih dan/atau penukaran enjin, transmisi, stereng dan komponen elektrik akibat kerosakan mekanikal.

Pembeli di bawah program Max Certified juga akan menerima e-baucar perkhidmatan bernilai RM500 yang boleh ditebus di Pusat Servis MMM ketika melakukan servis berkala.

Semua kenderaan pramilik Mitsubishi yang dijual di bawah program itu adalah berusia di bawah tujuh tahun dengan jarak perbatuan kurang 180,000km ketika dijual.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MMM, Shinya Ikeda berkata, Max Certified mensasarkan meningkatkan pengekalan pelanggan dan pembelian semula model Mitsubishi lain.

Sementara MMM berusaha ke arah memperkenalkan model baharu kepada rakyat Malaysia, kami juga berharap dapat menawarkan kepada mereka yang berminat membeli kereta Mitsubishi terpakai dengan platform lebih mudah diakses dan boleh dipercayai,” katanya.

BACA >>> Satu Lagi Pusat 4S Mitsubishi Buka di Johor!
BACA >>> MMM Jual Lebih 24k Kenderaan Sepanjang 2022, Mitsubishi Xpander Paling Laris!

Kereta Mitsubishi Terpakai Kereta Pramilik Kereta terpakai max certified Mitsubishi Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) Shinya Ikeda
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Pemenang Peraduan BHPetrol ‘Beli dan Menang, Mencari OKB’ Diumumkan, Hadiah Keseluruhan RM300,000!

    13/06/2026
    Auto Terkini

    BMW M Concept Neue Klasse Diperkenalkan, Bayangan Masa Depan Model Prestasi Elektrik BMW M

    13/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: MG HS Hybrid+ Dipratonton – SUV Segmen-C Bakal Cabar Honda CR-V e:Hev?

    12/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Wuling HuaJing S Dipamerkan Buat Kali Pertama di Luar China

    12/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    Alpinestars Supertech R10
    Aksesori

    Alpinestars Supertech R10 Rasmi di Malaysia, Harga RM3,999 – RM4,799

    By Shazwan Hisam08/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.