Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Mitsubishi Xpander Versi Dipertingkat Dikesan Di Indonesia, Lancar Bulan Depan?
Auto Terkini

Mitsubishi Xpander Versi Dipertingkat Dikesan Di Indonesia, Lancar Bulan Depan?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju15/10/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

MITSUBISHI di Indonesia nampaknya bakal memperkenalkan model Xpander versi dipertingkat tidak lama lagi selepas foto sedutan video model kenderaan pelbagai guna (MPV) itu tular di media sosial semasa sesi rakaman video diadakan di jalan raya.

Model itu sudah menerima pembaharuan desain. Berdasarkan foto, bentuk asal Mitsubishi Xpander masih sama tetapi menerima lampu utama baharu yang lebih tirus dan memanjang ke sempadan gril.

BACA >>> Mitsubishi Xpander Limited Edition (2021) Lancar Di Vietnam, Harga Mula RM115k!
BACA >>> Thailand Lancar Mitsubishi Xpander Passion Red Edition Sempena Ulang Tahun ke-60

Ada juga lampu siang (DRL) LED pada bahagian atas seperti model semasa. Ia juga kekal dengan set lampu kabus dipasang pada bahagian sisi bawah, berbentuk bulat. Gril Xpander versi dipertingkat disaluti tona hitam.

Perubahan bahagian depan membawa pembaharuan lebih segar pada produk MPV Mitsubishi walaupun lampu depan itu nampak seakan-akan gaya Nissan X-Trail T33. Rim aloi dipasang jenis dwi-tona dan bercorak baharu. Mitsubishi Xpander itu dikatakan kekal dengan lampu belakang sedia ada.

BACA >>> Jualan Mitsubishi Malaysia Terus Naik Sepanjang April 2021, Xpander Paling Laris

Bahagian belakang pula nampak sedikit sporty dengan garis badan dan aksen hitam. Foto agak kabur dan perincian lain gagal dikesan.

Model itu mungkin dilancarkan semasa Pameran Kenderaan Antarabangsa Indonesia GAIKINDO (GIIAS) 2021, dijangka pertengahan bulan depan. Mungkin juga lebih awal untuk menarik perhatian pencari MPV baharu atau selewat-lewatnya Disember ini.

BACA >>> Mitsubishi Xpander Laku Keras di Malaysia Sampai Kena Tunggu 6 Bulan!
BACA >>> Mitsubishi Tawar Kamera Pemuka Sebagai Aksesori Pilihan untuk Xpander Cross
BACA >>> Nak Pilih SUV atau 4WD? Apa yang Beza?
BACA >>> #GIIAS2016: Debut Mitsubishi XM Concept Perkenal Gaya MPV, Cita Rasa SUV

SUMBER: AutonetMagz

Mitsubishi Mitsubishi Indonesia Mitsubishi Xpander Facelift MPV Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Mercedes-AMG A45 S Final Edition
    Roda4

    Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.