• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Mitsubishi Tawar Kamera Pemuka Sebagai Aksesori Pilihan untuk Xpander Cross

Mitsubishi Tawar Kamera Pemuka Sebagai Aksesori Pilihan untuk Xpander Cross

January 19, 2021 By AO Leave a Comment

71
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MITSUBISHI Indonesia melengkapkan Xpander Cross baharu dengan pilihan kamera pemuka (dashcam) sebagai ciri baharu untuk model kenderaan utiliti sukan (SUV) itu.

Kamera pemuka ditawarkan itu adalah jenis Blackvue DR750S-1CH definisi tinggi penuh (full HD) 1080 piksel dan 60 bingkai per saat (fps) dengan memori 32GB, manakala sudut lebar 139º. Saiz dan spesifikasi diberikan tersebut sudah cukup untuk merakamkan keseluruhan pandangan depan kereta.

BACA >>> Mio MiVue 792 - Kamera Pemuka Kenderaan Premium dengan Ciri Bantuan Pemandu

Menurut Mitsubishi, kamera pemuka ini juga mampu merekodkan halaju kenderaan dan lokasi kenderaan menerusi GPS, serta berfungsi baik dalam kondisi kurang cahaya seperti pemanduan kurang cahaya atau malam. Ini kerana model ini menggunakan sensor SONY Starvis CMOS.

Memori 32GB diberikan juga besar yang membolehkan kamera pemuka ini menyimpan banyak rekod tanpa perlu kerap memformat dan memadamkan data dalam kad memori MicroSD. Malah, selepas penggunaan lebih 24 jam tanpa henti, peranti ini akan diboot semula (reboot) untuk mengekalkan prestasi.

Jika suhu peranti terlalu panas atau lebih 80ºC, kamera pemuka dimatikan automatik untuk menjaga hayat. Ciri lain disediakan ialah WiFi bina dalam (built-in), yang membolehkan fail diakses telefon pintar dan serasi untuk penggunaan dengan sistem storan berasaskan simpanan awan (cloud).

Kamera pemuka ini merakamkan semua insiden jalanan yang berlaku sepanjang pemanduan, membabitkan detik masa kejadian, lokasi dan posisi kenderaan dipandu. Ini termasuk sebarang respons dan tindakan pengguna lain dalam radius rakaman yang juga penting untuk dijadikan bukti kejadian.

Pilihan kamera pemuka ini Dashcam Blackvue DR750S-1CH 32GB boleh dimiliki pada harga Rp3.97 juta (RM1,150), tidak termasuk cukai VAT. Memang mahal, tetapi bagi produk yang dijadikan unit rasmi sesebuah jenama, ia pasti berbaloi dimiliki.

BACA >>> Polis Britain Naik Taraf Kamera Perangkap Halaju Baharu, Kini Ada Mod Malam

SUMBER: AutoNetMagz

mitsubishi-xpander-cross-dashcam-6
mitsubishi-xpander-cross-dashcam-1
mitsubishi-xpander-cross-dashcam-2
mitsubishi-xpander-cross-dashcam-3
mitsubishi-xpander-cross-dashcam-4
mitsubishi-xpander-cross-dashcam-5

Artikel Berkaitan

71
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Auto Terkini Tagged With: Crossover, Dashcam, Kamera Pemuka, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Mitsubishi, Mitsubishi Indonesia, Mitsubishi Xpander Cross, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Bila Nak Selesai? Pandu Proton Exora Tak Sampai 2,000km, Tapi OCH Sudah Bocor
    Bila Nak Selesai? Pandu Proton Exora Tak Sampai 2,000km, Tapi OCH Sudah Bocor
  • Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
    Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
  • #TahukahAnda: 8 Sebab Cermin Depan Kereta Anda Boleh Retak, Pecah
    #TahukahAnda: 8 Sebab Cermin Depan Kereta Anda Boleh Retak, Pecah
  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my