Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Mitsubishi Triton Makin Laris, Jualan Sepanjang 2019 Meningkat
Auto Terkini

Mitsubishi Triton Makin Laris, Jualan Sepanjang 2019 Meningkat

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju03/02/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MITSUBISHI Motors Malaysia (MMM) mengumumkan peningkatan 2.4 peratus jualan trak pikap Triton (2019) untuk pasaran tempatan, iaitu 5,792 unit sepanjang 2019 berbanding tahun terdahulu.

MMM mengakui segmen trak pikap mengalami penurunan agak drastik hingga 21 peratus sepanjang 2019. Menariknya, Triton menjadi satu-satunya jenama trak pikap yang mencatatkan kenaikan jualan positif.

Selain mencatatkan angka jualan tertinggi, pasaran saham Mitsubishi juga meningkat daripada 3.8 peratus kepada 16.5 peratus setakat Januari hingga Disember 2019. Malah, Triton (2019) sendiri menyumbang 71.2 peratus saham syarikat selepas dilancarkan, Januari tahun lalu.

BACA >>> Mitsubishi Triton (2019) Lebih Seksi dan Garang Kini di Malaysia, Harga Bermula RM100k

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MMM, Tomoyuki Shinnishi berkata, Mitsubishi akan terus menghasilkan trak pikap dengan pengendalian terbaik daripada varian premium, Triton Adventure X hingga Triton Quest 4×2 bagi memenuhi pelbagai urusan harian dan keperluan pelanggan.

“Pencapaian kami termasuk menduduki ranking nombor satu dalam JD Power 2019 menerusi Kajian Indeks Perkhidmatan Pelanggan Malaysia (CSI) Pasaran Massa. Ini tahun kedua berturut-turut MMM menduduki ranking nombor satu dan kekal dalam tiga kedudukan teratas selama lima tahun berturut-turut.

“Dari segi jualan, MMM menduduki tempat teratas dalam JD Power 2019, menerusi Kajian Indeks Kepuasan Jualan (SSI). Keputusan ini mencerminkan kepuasan pemilik kereta (pelanggan) selain pengalaman terbaik di pusat khidmat pelanggan kami,” katanya.

BACA >>> Tesla Cybertruck – Trak Pikap Elektrik Paling Kebal dengan Harga Tak Masuk Akal

Debut Triton(2019) Januari tahun lalu, menonjolkan rekabentuk serba baharu menerusi konsep rekabentuk Dynamic Shield berserta kualiti dan ciri-ciri keselamatan dipertingkat.

Beberapa bulan kemudian, MMM mengambil langkah positif menaik taraf varian Triton Adventure X dan Triton AT Premium. MMM seterusnya melengkapkan barisan trak pikap edisi Triton menerusi pelancaran varian Triton Knight edisi terhad dan Triton Quest baharu.

Triton juga satu-satuny trak pikap yang menawarkan pakej waranti 5 tahun atau 200,000km (mana satu tiba dulu).

BACA >>> Mitsubishi Triton Knight (2020) – Edisi Terhad 120 Unit, Cuma RM137.9k Sahaja

Auto Terkini J D Power 2019 jualan Mitsubishi 2019 Mitsubishi Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) Mitsubishi Triton Mitsubishi Triton (2019) Rekod jualan Tomoyuki Shinnishi Trak pikap Triton 2019
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam21/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.