Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Bikin Auto»Mitsubishi Lancer Evolution X GSR SST – Raja Jalanan
Bikin Auto

Mitsubishi Lancer Evolution X GSR SST – Raja Jalanan

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju12/03/20161 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Mitsubishi Lancer Evo 10_modifikasi_pandulajudotcom (7)

MUSTAHIL peminat automotif tidak kenal Lancer Evolution X (Evo X), yakni siri Evo terbaharu, dan mungkin terakhir dikeluarkan Mitsubishi. Menggunakan kod enjin 4B11, Evo X boleh dikatakan model paling canggih dengan menggunakan sistem transmisi klac gandaan, Twin Clutch Sportronic Shift Transmission (SST) 6-kelajuan yang dipadukan bersama kuasa legenda enjin Mivec Turbo.

Sistem Kawalan Semua Roda Super (S-AWC) pada roda stereng membolehkan kereta ini beroperasi dalam tiga persekitaran berbeza, kering, tidak rata atau basah dan licin.

Mitsubishi Lancer Evo 10_modifikasi_pandulajudotcom (13)

Malah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan khidmat jentera ini sejak 2008, di mana pemandunya perlu menjalani latihan pemanduan khas selama tiga minggu! Ini kerana bukan mudah mengawal jentera ini walaupun tampil dengan enjin standard berkuasa kuda 291hp pada 6,500rpm dan pecutan 0 hingga 100kmj di bawah lima saat.

Justeru tidak dinafikan klon-klon Evo X dapat dilihat di mana-mana atas jalan raya negara ini. Hanya peminat kereta sejati yang dapat memastikan yang mana tulen atau terkena sumpahan.

Mitsubishi Lancer Evo 10_modifikasi_pandulajudotcom (11)

PRESTASI:

Evo X yang dipaparkan kali ini datang dari negara jiran, Singapura. Turbo asal dikekalkan dengan sokongan blow-off HKS SSQV dan paip ekzos wide mouth custom sebesar tiga inci.

Sistem penyejukan diberikan saiz lebih besar berjenama ARC, manakala radiator menggunakan label Koyorad. Bahagian kepala silinder turut diubah dan set injap spring Tomei ditempatkan bersama aci sesondol berdurasi lebih tinggi Cosworth MX1.

Mitsubishi Lancer Evo 10_modifikasi_pandulajudotcom (15)

Bagi memastikan sistem bahan api sentiasa mencukupi untuk proses pembakaran enjin, Evo X milik Amirul ini disokong sistem pam minyak Sard, pelaras tekanan Sard Fuel Regulator dan penyuntik berkapasiti 1100cc buatan FIC.

Beberapa aksesori lain turut ditempatkan seperti penapis pod terbuka Cosworth, palam pencucuh NGK Racing dan tangki tadah minyak (oil catch tank) Cusco. Segala gas buangan dihamburkan menerusi peredam bunyi Trust Full Catback.

Mitsubishi Lancer Evo 10_modifikasi_pandulajudotcom (14)

Transmisi kekal standard 6-kelajuan klac gandaan SST dan dijaga rapi sistem penyejuk HKS. Bagi mendapatkan lebih keseronokan, kotak komputer Evo X ini ditala semula berdasarkan kesesuaian pemanduan menerusi proses tuning ECU Reflash hasil kerja Gary daripada Uber Garage.

Penyerap hentak TEIN Monoflex dan strut bar Cusco dalam enjin dipasang demi kestabilan badan kereta. Rim Rota IKR bersaiz 18 inci mengambil alih tugasan rim asal dengan tayar Achilles 123S. Jenama Brembo masih dikekalkan kepercayaan untuk menguruskan sistem brek standard kereta ini.

Mitsubishi Lancer Evo 10_modifikasi_pandulajudotcom (5)

DALAMAN:

Di bahagian dalaman, komponen asal Evo X kekal seperti sedia ada, cuma stereng asal ditukarkan kepada Nardi Torino. Papan pemuka dihiasi meter-meter buatan Defi, Blitz ID3 Boost Controller dan Apexi Turbo Timer.

Mitsubishi Lancer Evo 10_modifikasi_pandulajudotcom (6)

LUARAN:

Rekabentuk luaran cuma ditambah bahagian gentian karbon untuk bonet depan Varis, fender Seibon dan lips Ralliart yang harganya pasti ‘menarik’. Jentera milik Amirul ini dinaik taraf oleh pihak Uber Garage, Carfeels di Singapura dengan begitu memuaskan sekali bersama talaan seikhlas hati daripada Gary.

Mungkin harga Evo X yang terlalu mewah menjadi faktor kenapa kita jarang melihat kelibat kereta prestasi tinggi ini atas jalan raya negara ini. Kita tunggu sajalah 4 atau 5 tahun akan datang. Mungkin banyak, tapi biarlah yang asli, bukan klon.

Gambar : Shah Bahulu@Adam Photography

Mitsubishi Lancer Evo 10_modifikasi_pandulajudotcom (8)SPESIFIKASI:

Mitsubishi Lancer Evolution X GSR SST (CZ4A)

ENJIN ASAL 4B11T Mivec
MODIFIKASI Stock Turbo TD05, Cosworth MX1 Cam with Tomei valve spring, Cosworth open pod, 1100cc FIC Injector, Full Race manifold, Custom 3′ widemouth downpipe, Custom 3′ testpipe, Trust full catback exhaust, NGK racing spark plug, Greddy UICP, HKS SSQV Blow off, Sard Fuel Pump, Sard Fuel Regulator, ARC Intercooler, Koyorad Radiator, Oil Cooler, Cusco Oil Catch tank
TRANSMISI SSP SST Clutch kit, HKS Transmission cooler
ELEKTRONIK ECU Reflash (350whp)
SUSPENSI & CASIS TEIN Monoflex, Cusco Front Strur bar, Whiteline ARB
BREK Brembo standard EvoX
RODA Rota 18 inci IKR with archilles 123S tyre
DALAMAN Recaro seat, Nardi torino steering, 3 Defi BF Amber, Pioneer Double Din, Blitz ID3 Boost Controller, Ultra Gauge, Apexi Turbo Timer
LUARAN Varis Ver2 CF Bonnet, Seibon CF Fender, Ralliart CF Lips
BENGKEL Uber Garage, Carfeels, Singapura. Tuner: Gary Uber Garage
PEMILIK Amirul

Evo X HKS Mitsubishi Mitsubishi Lancer Evolution X GSR SST Modifikasi PDRM Proton Tuner
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    12/05/2026
    Zeekr 9X by MANSORY
    Bikin Auto

    #BikinAuto: Zeekr 9X by MANSORY, SUV Ultra Mewah Jadi Lebih Ganas dengan Rim 24 Inci, Pintu ‘Suicide’!

    05/05/2026
    Ducati Multistrada V4 Rally DFM
    Bikin Auto

    #BikinAuto: Ducati Multistrada V4 Rally DFM, Kustom dari Kilang Macam Kereta Mewah!

    22/04/2026
    Bikin Auto

    #BikinAuto: Kit BULLDOG STYLE Untuk Honda Super-ONE

    15/04/2026

    1 Comment

    1. Ibrahim on 02/09/2016 20:02

      Apa bezanya klon dgn ori admin?? & Apa kurangnya klau inspira convert ke evo x klon?? ~newbie lg hehe

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    Aksesori

    Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

    By Syafie08/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.