Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Mitsubishi ASX Facelift Tampil Lebih Mengancam untuk Pasaran Eropah
Roda4

Mitsubishi ASX Facelift Tampil Lebih Mengancam untuk Pasaran Eropah

Han OthmanBy Han Othman13/02/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MITSUBISHI memperkenalkan kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak, ASX (2020) versi dipertingkat @ facelift untuk pasaran Eropah dengan wajah dan  enjin baharu yang akan didedahkan kepada umum sempena Pameran Motor Geneva 2019, Mac ini.

ASX (2020) mendapat rekabentuk lebih segar untuk luaran dan dalaman, termasuk dilengkapkan sistem infotainment terkini dan enjin aspirasi natural (NA) petrol 4-silinder 2.0L baharu.

BACA >>> Mitsubishi ASX Juro (2019) dengan Wajah Dynamic Shield Kini di UK

Rupa luaran ASX (2020) mendapat rombakan major dengan mengadaptasi bahasa rekabentuk ‘Dynamic Shield’ yang turut diterapkan kepada model Mitsubishi lain seperti Eclipse Cross, Outlander dan Shogun Sport. ASX (2020) diberikan bampar baharu, gril lebih segar, bonet lebih dalam, lampu utama LED direka semula dan plat skid baharu di bampar depan dan belakang.

Ada tiga warna baharu diperkenalkan untuk model facelift ini: Red Diamond (merah), Sunshine Orange (jingga) dan Oak Brown (coklat).

Di dalam, ASX (2020) mendapat versi baharu sistem Smartphone-link Display Audio Mitsubishi. Saiz skrin ditingkatkan daripada 7 kepada 8 inci, dan turut menyokong aplikasi navigasi TomTom, kemas kini trafik masa sebenar dan pengingat senggara. Tambahan lain, rakaman video yang disimpan dalam memori USB kini boleh dipaparkan pada sistem infotainment kereta. Menarikkan?

Enjin NA yang ditawarkan ASX (2020) mampu menjana kuasa 148hp dan tork 195Nm. Pembeli juga boleh memilih sistem pacuan sama ada empat roda (4WD) atau roda depan (FWD), termasuk pilihan transmisi manual 5-kelajuan atau automatik CVT dengan INVECS-III. Menariknya, kotak gear CVT diberikan mod Sport 6-kelajuan untuk mendapatkan pemanduan prestasi.

BACA >>> Mitsubishi ASX Juro (2019) dengan Wajah Dynamic Shield Kini di UK

Spesifikasi lengkap dan harga ASX (2020) dijangka diumumkan pada pelancaran SUV tersebut di Geneva nanti.

Eropah Geneva Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Mitsubishi Mitsubishi ASX Mitsubishi ASX (2020) Pameran Motor Geneva 2019 Roda4 SUV
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

22/07/2026
Mercedes-Maybach GLS 2027
Auto Terkini

Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

22/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

20/07/2026
Volkswagen ID. Cross 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

21/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.