• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Mitsubishi ASX Facelift Tampil Lebih Mengancam untuk Pasaran Eropah

Mitsubishi ASX Facelift Tampil Lebih Mengancam untuk Pasaran Eropah

February 13, 2019 By AO Leave a Comment

103
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MITSUBISHI memperkenalkan kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak, ASX (2020) versi dipertingkat @ facelift untuk pasaran Eropah dengan wajah dan  enjin baharu yang akan didedahkan kepada umum sempena Pameran Motor Geneva 2019, Mac ini.

ASX (2020) mendapat rekabentuk lebih segar untuk luaran dan dalaman, termasuk dilengkapkan sistem infotainment terkini dan enjin aspirasi natural (NA) petrol 4-silinder 2.0L baharu.

BACA >>> Mitsubishi ASX Juro (2019) dengan Wajah Dynamic Shield Kini di UK

Rupa luaran ASX (2020) mendapat rombakan major dengan mengadaptasi bahasa rekabentuk 'Dynamic Shield' yang turut diterapkan kepada model Mitsubishi lain seperti Eclipse Cross, Outlander dan Shogun Sport. ASX (2020) diberikan bampar baharu, gril lebih segar, bonet lebih dalam, lampu utama LED direka semula dan plat skid baharu di bampar depan dan belakang.

Ada tiga warna baharu diperkenalkan untuk model facelift ini: Red Diamond (merah), Sunshine Orange (jingga) dan Oak Brown (coklat).

Di dalam, ASX (2020) mendapat versi baharu sistem Smartphone-link Display Audio Mitsubishi. Saiz skrin ditingkatkan daripada 7 kepada 8 inci, dan turut menyokong aplikasi navigasi TomTom, kemas kini trafik masa sebenar dan pengingat senggara. Tambahan lain, rakaman video yang disimpan dalam memori USB kini boleh dipaparkan pada sistem infotainment kereta. Menarikkan?

Enjin NA yang ditawarkan ASX (2020) mampu menjana kuasa 148hp dan tork 195Nm. Pembeli juga boleh memilih sistem pacuan sama ada empat roda (4WD) atau roda depan (FWD), termasuk pilihan transmisi manual 5-kelajuan atau automatik CVT dengan INVECS-III. Menariknya, kotak gear CVT diberikan mod Sport 6-kelajuan untuk mendapatkan pemanduan prestasi.

BACA >>> Mitsubishi ASX Juro (2019) dengan Wajah Dynamic Shield Kini di UK

Spesifikasi lengkap dan harga ASX (2020) dijangka diumumkan pada pelancaran SUV tersebut di Geneva nanti.

103
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Eropah, Geneva, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Mitsubishi, Mitsubishi ASX, Mitsubishi ASX (2020), Pameran Motor Geneva 2019, Roda4, SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my