Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»MINI John Cooper Works GP Edisi Terhad di Malaysia 10 Unit Sahaja, Harga RM377k!
Auto Terkini

MINI John Cooper Works GP Edisi Terhad di Malaysia 10 Unit Sahaja, Harga RM377k!

Azizi HBy Azizi H28/08/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MINI Malaysia memperkenalkan model prestasi tinggi John Cooper Works GP untuk pasaran Malaysia yang didatangkan dalam edisi terhad 10 unit daripada 3,000 unit seluruh dunia. Tiga unit sudah ditempah dan kini cuma tinggal tujuh unit sahaja.

John Cooper Works GP didatangkan dengan enjin 4-silinder 2.0L TwinPower Turbo berkuasa 306hp dan tork 450Nm, manakala hantaran kuasa ke roda disalurkan menerusi  transmisi Steptronic 8-kelajuan. Pecutan 0-100kmj dapat dibuat sepantas 5.2 saat dengan kelajuan maksimum 265kmj.

BACA >>> MINI Electric Kini di Malaysia dengan Ansuran Bulanan Serendah RM2.4k

Luaran kereta tampil sporty dengan warna Grey Metallic (kelabu) yang dipadankan aksen merah pada sisi pintu, depan dan spoiler.

Kelihatan lencana GP pada penutup enjin, spoiler, rim, sil pintu, kit aero dan beberapa bahagian lain yang menyerlahkan ciri unik model ini. Bahagian bumbung dan perumah cermin sisi disemburkan warna Melting Silver (perak).

Penampilan model MINI paling berkuasa ini disempurnakan lagi dengan rim JCW GP dwi-tona 18 inci yang dibalut tayar prestasi dan ekzos kembar GP 90mm jenis keluli tahan karat di tengah bampar.

BACA >>> Toyota GR Yaris – Hot-Hatch Rali Jadian dengan Kuasa 257hp, 360Nm!

Menjengah ruang kabin, stereng kereta dipasangkan salutan jenama Walkpapa. Sistem navigasi MINI Visual Boost ditawarkan standard dengan skrin sentuh 8.8 inci yang siap dengan konektiviti Apple CarPlay.

Juga ada panel hitam kluster instrumen digital pada kolum stereng. Skrin warna 5 inci resolusi tinggi itu memaparkan spidometer digital dan dalam bentuk skala, termasuk paparan spesifik seperti maklum balas sementara dan paparan kekal selepas mod GP diaktifkan.

John Cooper Works GP boleh dimiliki pada harga RM377,470.90, tidak termasuk cukai dan dipakejkan bersama program Bantuan Jalanan 5 Tahun MINI Malaysia yang juga ditawarkan untuk semua kenderaan MINI baharu.

Jika mengambil pakej pembiayaan BMW Group Financial Services, model edisi terhad ini boleh dibawa pulang pada ansuran bulanan serendah RM4,184 selama lima tahun dengan pinjaman sebanyak 80 peratus.

Senarai program Bantuan Jalanan MINI terdiri daripada perkhidmatan bantuan kemalangan 24-jam, bantuan menerusi telefon dan hotline, servis tunda percuma dan apabila diperlukan (lebih 200km dari rumah), penukaraan kereta, jaringan Internet tanpa had, penginapan, solusi servis mobiliti dan servis  penghantaran.

Bantuan Jalanan MINI boleh diakses dengan menghubungi 1800-88-8808.

BACA >>> MINI John Cooper Works GP (2020) Bakal Hadir dengan Kuasa Lebih 300hp!

GALERI
hot-hatch Kompak MINI John Cooper Works GP (2020) Mini Malaysia Roda4
Azizi H

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Caj Jalan Genting Highlands Bermula Khamis Ini, Harga Mula Caj RM3.30

    26/05/2026
    Sistem tol MLFF di Lebuhraya Sungai Besi
    Auto Terkini

    Pakar: Nak Buat Tol Tanpa Palang (MLFF)? Selesaikan Dulu Budaya Elak Bayar Tol!

    25/05/2026
    Auto Terkini

    Cik B Terima Lamborghini Urus RM2 Juta Sempena Hari Jadi ke-21

    25/05/2026
    Auto Terkini

    TERKINI! Loke Arah JPJ Buka Semula Sistem Tukar Milik Online Hari Ini Juga!

    25/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    By Abang Hirata25/05/2026
    Foto acah Honda City facelift
    Auto Terkini

    Honda India Dedah Foto Acah Honda City Facelift, Foto Bocor di Internet, Apa yang Baharu?

    By Syafie20/05/2026
    Denza B8 2026
    PHEV

    Denza B8 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

    By Syafie22/05/2026
    Ferrari HC25 2026
    Roda4

    Ferrari HC25 2026 – Roadster One-Off Khas untuk Seorang Pelanggan

    By Abang Hirata18/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.