• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MINI John Cooper Works GP (2020) Bakal Hadir dengan Kuasa Lebih 300hp!

MINI John Cooper Works GP (2020) Bakal Hadir dengan Kuasa Lebih 300hp!

February 14, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter


MINI Cooper ialah model klasik yang berjaya dihidupkan kembali. Terima kasih kepada BMW atas teknologi dan paling penting berjaya mengekalkan DNA jenama British. Walaupun nampak comel dan riang, MINI Cooper sebenarnya turut hadir dalam model serius. Contohnya, MINI John Cooper Works GP yang dikhususkan untuk pemandu yang mahukan kuasa daripada kereta moden klasik ini.

Tahun depan MINI John Cooper Works GP akan dilancarkan dengan kuasa luar biasa, lebih 300hp seperti dijanjikan pengeluar British itu. Sebagai perbandingan, Honda Civic Type R berkuasa 306hp. Jadi, MINI Cooper cuma sedikit kurang berkuasa daripada model tersebut.

BACA >>> 12 Fakta Pantas | MINI Cooper S Baharu Lancar di Malaysia, Harga Bermula RM226,888!

Kuasa dihasilkan daripada teknologi MINI TwinPower Turbo dan MINI John Cooper Works GP ini bakal menjadi MINI terpantas dan paling berkuasa dibenarkan dipandu atas jalan. Lebih menarik, pengeluaran model ini dihadkan kepada 3,000 unit sahaja seluruh dunia.

LEGASI JOHN COOPER WORKS GP

Model konsep MINI John Cooper Works GP kali pertama ditayangkan pada September 2017 sempena Pameran Motor Frankfurt. Model ini tampil menyerlah dengan apron aka gril depan dan belakang besar, spoiler bumbung dan pelbagai komponen ringan. Ia meneruskan apa yang ditinggalkan dua model John Cooper Works GP terdahulu (foto atas).

MINI masih tidak mendedahkan rupa sebenar John Cooper Works GP yang kini memasuki fasa pembangunan di litar lumba. Satu karakter John Cooper Works ialah suspensi yang dibangunkan tepat mengikut output tinggi kuasa enjin. Lagi perkara yang difokuskan ialah ciri aerodinamik dan berat optimum supaya benar-benar menyelerakan untuk 'dibelasah' pemandu.

BACA >>> Mini John Cooper Works Clubman & Countryman - Paling Power dalam Keluarga Mini

MINI berhasrat menjadikan edisi John Cooper Works GP ini sebagai kereta lumba unggul. Rekod masa dicatatkan model terdahulu di Nürburgring-Nordschleife ialah 8 minit 23 saat dan ia sebenarnya lebih pantas berbanding kereta sport lain.

Menyorot kembali sejarah, model 2012 dikeluarkan 2,000 unit sahaja, sama seperti edisi terdahulu, MINI Cooper S dengan John Cooper Works GP Kit yang dikeluarkan pada 2006. Kedua-dua model itu kini sudah mencapai status rare dan menjadi buruan pengumpul barangan. 

Model baharu yang bakal dikeluarkan nanti juga sudah diintai peminat MINI dan John Cooper Works.

BACA >>> MINI 1499 GT Bangkitkan Semula Nostalgia Model Klasik Ikonik British

MINI JOHN COOPER WORKS GP CONCEPT

MINI John Cooper Works GP.01
MINI John Cooper Works GP.02
MINI John Cooper Works GP.03
MINI John Cooper Works GP Concept.01
MINI John Cooper Works GP Concept.02
MINI John Cooper Works GP Concept.03
MINI John Cooper Works GP Concept.04
MINI John Cooper Works GP Concept.05
MINI John Cooper Works GP Concept.06
MINI John Cooper Works GP Concept.07
MINI John Cooper Works GP Concept.08
MINI John Cooper Works GP Concept.09
MINI John Cooper Works GP Concept.10
MINI John Cooper Works GP Concept.11

MINI JOHN COOPER WORKS GP (2012)

MINI John Cooper Works GP 2012.01
MINI John Cooper Works GP 2012.02
MINI John Cooper Works GP 2012.03
MINI John Cooper Works GP 2012.04
MINI John Cooper Works GP 2012.05
MINI John Cooper Works GP 2012.06
MINI John Cooper Works GP 2012.07
MINI John Cooper Works GP 2012.08

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Jenama, Roda4 Tagged With: John Cooper Works, John Cooper Works GP, John Cooper Works GP Kit, Mini, Mini Cooper, Mini Cooper S, MINI John Cooper Works GP

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
    Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
  • Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
    Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
  • Perodua Ativa (2021) Lancar dengan A.S.A 3.0, Harga Mula Serendah RM61,500!
    Perodua Ativa (2021) Lancar dengan A.S.A 3.0, Harga Mula Serendah RM61,500!
  • Kena Paksa Tukar Balik Ekzos Standard
    Kena Paksa Tukar Balik Ekzos Standard

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my