Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Miller Juara Lagi Dua Kali Berturut-Turut, Marquez Nyaris Podium di Le Mans
Auto Terkini

Miller Juara Lagi Dua Kali Berturut-Turut, Marquez Nyaris Podium di Le Mans

AryonBy Aryon16/05/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PELUMBA Australia, Jack Miller daripada Ducati Team menafikan kemenangan di laman sendiri buat duo pelumba Perancis, Johann Zarco (Pramac Ducati) dan Fabio Quartararo (Monster Energy Yamaha) dalam Kejuaraan Dunia MotoGP 2021 di GP Le Mans sebentar tadi.

Saingan agak mencabar berikutan cuaca hujan pada awal perlumbaan yang menyaksikan enam pelumba tersingkir kerana terbabit kemalangan, termasuk ramai dikenakan penalti pusingan panjang (long-lap penalty) akibat memandu laju di lorong pit untuk menukar jentera masing-masing.

Paling mengecewakan sudah tentu Marc Marquez (Repsol Honda) yang buat kali pertama mendahului pelumba lain sejak GP Valencia 2019 selepas memintas Quartararo ketika menukar jentera.

Namun, juara dunia lapan kali itu dikecewakan apabila tergelincir di selekoh akhir yang meletakkan dia dari kedudukan pertama ke posisi ke-18. Marquez sekali lagi tersungkur ketika saingan berbaki 10 pusingan lagi.

Quartararo yang asalnya mengambil posisi Marquez pula terpaksa akur kepada kekuatan jentera Miller apabila ditinggalkan lebih 5 saat di belakang. Ini diburukkan lagi dengan penalti diberikan yang membuka peluang kepada Zarco untuk memintas. Mujurlah pusingan sudah hampir ke penghujung kerana Francesco Bagnaia berada kurang dua saat di belakangnya.

Menarik mengenai Miller, sebelum memintas Quartararo, dia dikenakan dua kali penalti pusingan panjang, tetapi masih mampu mengejar lawannya itu.

Dalam perkembangan lain, pelumba negara Hafizh Syahrin di kelas Moto2 mencatatkan keputusan terbaik setakat musim ini apabila menamatkan pelumbaan di kedudukan ke-16, di depan rakan pasukannya, Barry Baltus dengan beza hampir 2 saat.

BACA >>> Akhirnya Ducati Menang dengan Miller, Quartararo Hilang Punca, Bagnaia Konsisten

KEPUTUSAN GP PERANCIS 2021
  1. Jack Miller AUS Ducati Team (GP21) 47m 25.473s
  2. Johann Zarco FRA Pramac Ducati (GP21) +3.970s
  3. Fabio Quartararo FRA Monster Yamaha (YZR-M1) +14.468s
  4. Francesco Bagnaia ITA Ducati Team (GP21) +16.172s
  5.  Danilo Petrucci ITA KTM Tech3 (RC16) +21.430s
  6. Alex Marquez SPA LCR Honda (RC213V) +23.509s
  7. Takaaki Nakagami JPN LCR Honda (RC213V) +30.164s
  8. Pol Espargaro SPA Repsol Honda (RC213V) +35.221s
  9. Iker Lecuona SPA KTM Tech3 (RC16) +40.432s
  10. Maverick Viñales SPA Monster Yamaha (YZR-M1) +40.577s
  11. Valentino Rossi ITA Petronas Yamaha (YZR-M1) +42.198s
  12. Luca Marini ITA Sky VR46 Avintia Ducati (GP19)* +52.408s
  13. Brad Binder RSA Red Bull KTM (RC16) +59.377s
  14. Enea Bastianini ITA Avintia Ducati (GP19)* +62.224s
  15. Tito Rabat SPA Pramac Ducati (GP21) +69.651s
  16. Franco Morbidelli ITA Petronas Yamaha (YZR-M1) +4 laps
  • Marc Marquez SPA Repsol Honda (RC213V) DNF
  • Aleix Espargaro SPA Aprilia Gresini (RS-GP) DNF
  • Miguel Oliveira POR Red Bull KTM (RC16) DNF
  • Alex Rins SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR) DNF
  • Lorenzo Savadori ITA Aprilia Gresini (RS-GP)* DNF
  • Joan Mir SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR) DNF
2021 French GP Auto Terkini Fabio Quartararo GP Le Mans GP Perancis Jack Miller Johann Zarco Kejuaraan Dunia MotoGP 2021 MotoGP 2021 sukan permotoran
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.