Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»Michelin Brand Experience 2023 Kembali ke SIC, Uji Tayar Michelin Pilot Sport 5, Michelin Primacy SUV+
Aksesori

Michelin Brand Experience 2023 Kembali ke SIC, Uji Tayar Michelin Pilot Sport 5, Michelin Primacy SUV+

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize12/06/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PENGELUAR tayar terkemuka dunia, Michelin kembali menganjurkan Michelin Brand Experience 2023 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) selang dua tahun sejak wabak Covid-19.

Acara yang berlangsung selama tiga hari itu memberi peluang kepada pengunjung merasai sendiri kehebatan tayar Michelin Pilot Sport 5 dan Michelin Primacy SUV+ baharu.

Pengarah Urusan Michelin Malaysia, Singapura dan Brunei, Prichapakorn Dangrojana teruja mengadakan acara berkenaan kerana memberi peluang kepada Michelin untuk merapatkan hubungan dengan jaringan wakil pengedar dan komuniti yang menyokong Michelin.

Beliau berkata;

Menerusi acara Michelin Brand Experience 2023, kami mahu menonjolkan dua komponen yang menunjangi DNA Michelin – Inovasi dan Kelestarian, seperti dicerminkan produk tayar baharu kami, Michelin Pilot Sport 5 dan Michelin Primacy SUV+ yang hadir dengan jangka hayat dan prestasi maksimum.”

Berbekalkan sokongan rakan kenderaan rasmi, Mercedes-Benz Malaysia, lebih 215 warga media, wakil pengedar dan kakitangan dalam rangkaian Michelin diberi peluang menikmati pengalaman ‘Ride and Drive’ mengujakan.

Tayar Michelin baharu jelas mempamerkan kehebatan di samping membuktikan janji ‘Performance Made to Last’.

Michelin Brand Experience 2023 menyajikan aktiviti memandu seperti sesi gymkhana bersama tayar Michelin Pilot Sport 5, yang mana pemandu dapat mengalami sendiri daya cengkaman dan pengendalian luar biasa tayar tersebut di selekoh tajam dan juga permukaan jalan basah.

Sesi pandu uji di SIC melibatkan Michelin Primacy SUV+ mendedahkan manfaat tayar itu dari segi keselesaan berpanjangan, selain demonstrasi Michelin Pilot Sport 5 dan MICHELIN Primacy SUV+ dalam kondisi jalan basah/haus untuk menunjukkan prestasi pembrekan berbeza berbanding tayar pesaing lain.

Pengalaman unik lain yang disajikan kepada pengunjung meliputi peluang pandu siar di SIC Utara, diiringi pasukan pengajar Michelin bertauliah, selain aktiviti perlumbaan simulator.

Maklumat lanjut mengenai tayar Michelin Pilot Sport 5 dan Michelin Primacy SUV+, boleh klik pautan ini: Michelin Pilot Sport 5 dan Michelin Primacy SUV+

BACA >>> Michelin Pilot Sport 5 Masuk Pasaran Malaysia April Ini, Harga Anggaran RM700 Seunit
BACA >>> Michelin Primacy SUV Khas Untuk Pemilik Kenderaan SUV

aksesori Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Michelin Brand Experience 2023 Michelin Pilot Sport 5 Michelin Primacy SUV Prichapakorn Dangrojana SUV Tayar
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    Auto Terkini

    Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.