Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik
Auto Terkini

Mforce.Cas Tawar Rebat RM2,400 untuk Motosikal Elektrik

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam03/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik

PENGEDAR motosikal tempatan, Mforce Bike Holdings Sdn Bhd memperkenalkan program Mforce.Cas, iaitu inisiatif baharu yang menawarkan rebat sehingga RM2,400 bagi pembelian motosikal elektrik (EV) terpilih untuk rakyat Malaysia.

Program itu diperkenalkan sebagai langkah menggalakkan penggunaan mobiliti hijau, selain membantu pengguna menghadapi ketidaktentuan harga bahan api yang memberi kesan kepada kos perjalanan harian.

Dengan motosikal EV, pengguna dapat menikmati kos operasi lebih rendah, lebih senyap dan lebih mesra alam.

Rebat Hingga RM2,400, Terbuka kepada Semua

Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik

Mforce memaklumkan, program itu terbuka kepada semua golongan masyarakat, yang membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia beralih kepada pilihan pengangkutan lebih ekonomik dan lestari.

Inisiatif tersebut dijangka memberi manfaat besar, terutama pengguna yang menggunakan motosikal untuk perjalanan jarak dekat dan rutin harian.

Tempoh Program Mforce.Cas

Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik

Program Mforce.Cas berlangsung 1 April – 30 Jun 2026, dan orang ramai disarankan mengambil peluang tersebut sementara stok masih ada bagi menikmati rebat ditawarkan.

Sesuai Mobiliti Harian

Motosikal EV di bawah program berkenaan sesuai digunakan untuk pelbagai kegunaan seperti:

  • Ke tempat kerja
  • Ke sekolah atau institusi pengajian
  • Urusan harian di kawasan sekitar
  • Perjalanan dalam bandar

Selain menjimatkan kos, pengalaman tunggangan juga lebih lancar dan senyap berbanding motosikal konvensional.

Model Lulus JPJ, Ada VTA

Logo JPJ

Semua motosikal EV yang ditawarkan di bawah program Mforce.Cas mendapat pengesaha Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Ini bermakna setiap model EV Mforce:

  • Patuh piawaian keselamatan dan teknikal
  • Layak didaftarkan untuk kegunaan jalan raya Malaysia
  • Beri keyakinan dari segi kualiti dan keselamatan

Lebih Jimat, Kurang Selenggara

Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, motosikal EV kini menjadi pilihan lebih relevan kerana:

  • Kos tenaga lebih rendah berbanding petrol
  • Penyelenggaraan minimum kerana kurang komponen mekanikal
  • Tidak terkesan secara langsung dengan turun naik harga bahan api
  • Operasi lebih senyap dan mesra alam

Program itu secara langsung menyokong usaha mengurangkan emisi karbon dan meningkatkan kesedaran terhadap penggunaan teknologi EV dua roda.

Jenama Terlibat

Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik

Pengguna boleh menikmati rebat bagi pembelian model motosikal EV daripada jenama di bawah rangkaian Mforce seperti:

  • Ezi
  • Zeeho
  • Yadea
  • QJMotor

Semua jenama itu menawarkan teknologi moden dan kecekapan tenagayang tinggi.

Cara Mohon Mforce.Cas

Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian menerusi portal rasmi, dengan proses mudah dan percuma.

Langkah permohonan adalah seperti berikut:

  • Layari laman rasmi mforcecas.my
  • Daftar akaun menggunakan e-mel sah
  • Sahkan akaun menerusi pautan verifikasi
  • Lengkapkan maklumat peribadi
  • Tunggu kelulusan dalam tempoh 24 jam
  • Terima kod QR sebagai bukti kelulusan
  • Gunakan kod QR di pengedar sah untuk pembelian

Komitmen Mforce Terhadap Mobiliti Hijau

Logo Mforce

Mforce menegaskan komitmen syarikat untuk:

  • Sedia solusi mobiliti mampu milik
  • Galak penggunaan teknologi EV
  • Sokong pengurangan emisi karbon
  • Perkasa kesedaran mobiliti hijau

Secara keseluruhan, program Mforce.Cas dilihat sebagai langkah tepat pada masa untuk mempercepat penggunaan motosikal EV di Malaysia, terutama ketika kos bahan api terus menjadi kebimbangan pengguna.

Maklumat lanjut dan permohonan, boleh layari laman web mforcecas.my

Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
Mforce.Cas tawar rebat RM2,400 untuk motosikal elektrik
Auto Terkini Mforce Bike Holdings Sdn Bhd MForce motorcycle mforce.cas motosikal elektrik motosikal EV Program Mforce.Cas Rebat elektrik rebat motor elektrik
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    Auto Terkini

    Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

    08/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    08/07/2026
    Auto Terkini

    Mangsa Letupan Rakyat Malaysia Terima Pampasan RM80K Daripada Kerajaan Thailand

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.