Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Mesej Suara Tentera Akan Pukul Orang Tak Duduk Rumah, PALSU!!!
Auto Terkini

Mesej Suara Tentera Akan Pukul Orang Tak Duduk Rumah, PALSU!!!

Han OthmanBy Han Othman22/03/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

KENYATAAN MEDIA ATM BERKAITAN ‘PENULARAN RAKAMAN NOTA SUARA (VOICE MESSAGE) ‘ANGGOTA TENTERA DIBERI KUASA PUKUL ORANG AWAM’ DAN MESEJ MOHON BANTUAN VETERAN ATM MENGUATKUASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN’

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Buang berkata, TUDM menafikan sekeras-kerasnya rakaman nota suara dan mesej informasi seperti perkara tajuk adalah menggambarkan kaedah yang diguna pakai ATM dalam membantu PDRM menguat kuasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Masyarakat diminta berhenti menyebarkannya SERTA-MERTA kerana mesej atau informasi tersebut boleh mengundang pelbagai spekulasi dan mencetuskan suasana panik dalam kalangan rakyat.

Rakaman nota suara (voice message) dan mesej informasi yang tular menerusi aplikasi WhatsApp dan lain-lain medium media sosial adalah seperti berikut:

Assalamualaikum, Selamat Petang semua sekali, saya nak telefon sorang-sorang saya tak mampu. Jadi saya maklum dalam group ni jelah. Kami semua sekali angkatan tentera dah buat persiapan. Nampaknya kalau sesiapa yang melanggar arahan Perintah Kawalan ni dengan tak cakap banyak terus pukul ……” – berdurasi 39 saat.

“Pihak Kementerian Pertahanan Akan Memohon Bantuan Veteran Tentera Ketiga Tiga Perkhidmatan Untuk Membantu Pihak Berkuasa Dan Negara Bagi Menjalankan Peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Orang Awam Seluruh Negara….”

Adalah ditegaskan, mana-mana individu yang didapati menyebarkan berita palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998. Masyarakat juga tidak perlu bimbang apabila melihat kehadiran anggota ATM daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan iaitu darat, laut dan udara kerana ini tugas sekunder ATM di waktu aman iaitu berperanan membantu pihak berkuasa awam dalam memelihara keamanan negara.

Sebaliknya, orang ramai perlu bekerjasama dalam mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan agar usaha membendung penularan Covid-19 dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ATM Auto Terkini Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Buang Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Aston Martin Vanquish 25, Kuasa 835 PS dan 1,000Nm, Bukti V12 Sentiasa Dihormati!

22/07/2026
Auto Terkini

MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

22/07/2026
Mercedes-Maybach GLS 2027
Auto Terkini

Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

22/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

22/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.