• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mesej Suara Tentera Akan Pukul Orang Tak Duduk Rumah, PALSU!!!

Mesej Suara Tentera Akan Pukul Orang Tak Duduk Rumah, PALSU!!!

March 22, 2020 By Azhan O Leave a Comment

FacebookTwitter

KENYATAAN MEDIA ATM BERKAITAN 'PENULARAN RAKAMAN NOTA SUARA (VOICE MESSAGE) 'ANGGOTA TENTERA DIBERI KUASA PUKUL ORANG AWAM' DAN MESEJ MOHON BANTUAN VETERAN ATM MENGUATKUASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN'

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Buang berkata, TUDM menafikan sekeras-kerasnya rakaman nota suara dan mesej informasi seperti perkara tajuk adalah menggambarkan kaedah yang diguna pakai ATM dalam membantu PDRM menguat kuasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Masyarakat diminta berhenti menyebarkannya SERTA-MERTA kerana mesej atau informasi tersebut boleh mengundang pelbagai spekulasi dan mencetuskan suasana panik dalam kalangan rakyat.

Rakaman nota suara (voice message) dan mesej informasi yang tular menerusi aplikasi WhatsApp dan lain-lain medium media sosial adalah seperti berikut:

Assalamualaikum, Selamat Petang semua sekali, saya nak telefon sorang-sorang saya tak mampu. Jadi saya maklum dalam group ni jelah. Kami semua sekali angkatan tentera dah buat persiapan. Nampaknya kalau sesiapa yang melanggar arahan Perintah Kawalan ni dengan tak cakap banyak terus pukul ......” - berdurasi 39 saat.

“Pihak Kementerian Pertahanan Akan Memohon Bantuan Veteran Tentera Ketiga Tiga Perkhidmatan Untuk Membantu Pihak Berkuasa Dan Negara Bagi Menjalankan Peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Orang Awam Seluruh Negara....”

Adalah ditegaskan, mana-mana individu yang didapati menyebarkan berita palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998. Masyarakat juga tidak perlu bimbang apabila melihat kehadiran anggota ATM daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan iaitu darat, laut dan udara kerana ini tugas sekunder ATM di waktu aman iaitu berperanan membantu pihak berkuasa awam dalam memelihara keamanan negara.

Sebaliknya, orang ramai perlu bekerjasama dalam mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan agar usaha membendung penularan Covid-19 dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Angkatan Tentera Malaysia (ATM), ATM, Auto Terkini, Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Buang, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Triumph Tiger 900 GT Aragon Edition (2023) Tiba di Malaysia, Harga Mula RM81k!
    Triumph Tiger 900 GT Aragon Edition (2023) Tiba di Malaysia, Harga Mula RM81k!
  • Tesla Malaysia Buka Ibu Pejabat di Cyberjaya
    Tesla Malaysia Buka Ibu Pejabat di Cyberjaya
  • Pemandu e-Hailing Disyaki Penjahat Rupanya OKU Pendengaran
    Pemandu e-Hailing Disyaki Penjahat Rupanya OKU Pendengaran
  • Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju
    Buang Brek Belakang, Guna Tayar Sotong Sebab Motor Yamaha Y15ZR Tak Cukup Laju

PANDU UJI

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton X90 dengan Suspensi yang Ditala Khas Ikut Kondisi Jalan Malaysia

SAYA berpeluang memandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my