Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Mercedes-Benz Services Tawar Pembiayaan Ansuran Fleksibel untuk E-Class
Auto Terkini

Mercedes-Benz Services Tawar Pembiayaan Ansuran Fleksibel untuk E-Class

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju19/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

tawaran-miliki-e-class
INGIN memilik kereta Mercedes-Benz E-Class yang baharu saja dilancarkan? Tetapi masih berbelah-bahagi kerana banyak pilihan jenama kereta mewah di luar sana? Tunggu dahulu kerana Mercedes ada tawaran menarik buat anda!

Mercedes-Benz menawarkan pembiayaan E-Class dengan Insurans Motor Komprehensif* tahun pertama, iaitu pelan pilihan pembiayaan yang boleh disesuaikan dengan Pembiayaan Agiliti. [*Insurans Kenderaan Mercedes-Benz disediakan Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad dan AXA Affin General Insurance Berhad.]

Apa itu Pembiayaan Agiliti? Ia adalah bentuk jaminan menerusi ciri Nilai Masa Depan Terjamin (GFV) bagi memastikan risiko susut nilai lebih rendah sepanjang tempoh pemilikan E-Class.

Pelan ini menawarkan pemilik E-Class aliran tunai fleksibel, pilihan pada akhir perjanjian dan ansuran bulanan rendah. Antara pilihan ditawarkan; anda boleh menjelaskan atau melanjutkan perjanjian pembiayaan, atau mengembalikan kenderaan dan menaik taraf kepada model lebih baharu pada akhir perjanjian.

Insurans Motor Komprehensif tahun pertama pula ialah perlindungan yang merangkumi perkhidmatan tunda bernilai hingga RM400 untuk kerosakan mekanikal, perlindungan cermin depan** hingga RM8,000, gantian kenderaan satu untuk satu dan kelulusan tuntutan segera.

[**Lanjutan perlindungan cermin depan dengan jumlah diinsuranskan RM 8,000 disertakan dalam Insurans Kenderaan Komprehensif tahun pertama.]

ANSURAN BULANAN RENDAH

Contohnya, pembiayaan E200 Avantgarde Line untuk 3 tahun dengan pelan jarak perjalanan 20,000km setahun menerusi Pembiayaan Agiliti memerlukan anda membayar ansuran bulanan RM 3,842 sebulan. Jika anda menambah RM246, anda akan menerima Insurans Kenderaan Komprehensif tahun pertama, sekali gus menjadikan jumlah ansuran bulanan RM 4,088 sebulan***.

Di sini, jumlah penjimatan yang anda peroleh ialah RM3,692 sepanjang tempoh 3 tahun berbanding Pembiayaan Agiliti biasa tanpa insurans. ***Tertakluk kepada terma dan syarat.

Menarik pembiayaan ini? Singgahlah mana-mana bilik pameran Mercedes-Benz berhampiran.

BACA >>> Mercedes-Benz E-Class (2016) Tampil 4 Varian Klasik dan Sporty

E200 Avantgarde Line E250 Avantgarde Line E250 Exclusive Line E300 AMG Line Mercedes-Benz E-Class Mercedes-Benz Services pembiayaan agility pembiayaan ansuran rendah Mercedes-Benz
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km, Harga Munasabah

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    LaLaport Transportation Hub (LTH)
    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.