• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mercedes-Benz E-Class (2016) Tampil 4 Varian Klasik dan Sporty

Mercedes-Benz E-Class (2016) Tampil 4 Varian Klasik dan Sporty

June 10, 2016 By Admin Leave a Comment

18
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MERCEDES-Benz E-Class memperkenalkan empat varian baharu versi import sepenuhnya (CBU) dengan menawarkan pelbagai pembaharuan dari aspek keselamatan, keselesaan, prestasi dan rekabentuk. Empat varian berkenaan terdiri daripadaVarian baru E-Class; E200 Avantgarde Line, E250 Avantgarde Line, E250 Exclusive Line , E300 AMG Line.

Apa yang menarik tentang Mercedes-Benz E-Class baharu ini?

REKABENTUK

E200 Avantgarde Line
E300 AMG Line
E250 Exclusive Line

Rekabentuk hadapan E-Class diberikan sentuhan berbeza mengikut varian. Varian Exclusive menampilkan rekaan gril hadapan klasik Mercedes dengan lambang atas bonet, manakala Avantgarde dan AMG tampil lebih sporty menerusi rekaan gril sport tertera signatur Mercedes bersaiz besar.

Ruang dalaman semua varian E-Class dilengkapi skrin bersaiz 12.3 inci dengan tiga pilihan kluster: Classic, Sport dan Progressive. Lampu dalam ruangan kabin boleh diubah dengan pilihan 64 warna. Bumbung diberikan sentuhan bagaikan kenderaan coupe.

PRESTASI

Semua varian E-Class baharu dijana enjin bersesaran 2.0L dengan padanan transmisi automatik 9G-TRONIC 9-kelajuan baru bersama opsyen lima mod pemanduan - Dynamic Select: Comfort, Eco, Sport, Sport+ dan Individual dengan keupayaan konfigurasi mengikut keselesaan pemandu.

Berikut adalah spesifikasi ringkas empat varian E-Class:

E 200 AVANTGARDE LINE
KUASA [email protected],500rpm
TORK [email protected],200-4,000rpm
0-100KMJ 7.7 saat
KELAJUAN MAKSIMUM 240kmj

E 250 AVANTGARDE LINE | EXCLUSIVE LINE
KUASA [email protected],500rpm
TORK [email protected],200-4,000rpm
0-100KMJ Akan ditentukan nanti
KELAJUAN MAKSIMUM Akan ditentukan nanti

E 300 AMG LINE
KUASA [email protected],500rpm
TORK [email protected],200-4,000rpm
0-100KMJ Akan ditentukan nanti
KELAJUAN MAKSIMUM Akan ditentukan nanti

KESELAMATAN

Antara ciri keselamatan yang ditawarkan E-Class ialah sistem perlindungan penumpang Pre-Safe, sistem bantuan parkir Parking Pilot yang membantu mengurangkan risiko perlanggaran, sistem Pre-Safe Sound berfungsi menghantar signal jika perlanggaran dikesan dan lampu utama Multibeam LED.

HARGA

  • E 200 Avantgarde Line – RM395,888
  • E 250 Avantgarde Line – Akan diumumkan September 2016
  • E 250 Exclusive Line – Akan diumumkan September 2016
  • E 300 AMG Line – Akan diumumkan November 2016
E250 Exclusive Line
E200 Avantgarde Line
E300 AMG Line
18
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: E 200 Avantgarde Line, E 250 Avantgarde Line, E 250 Exclusive Line, E 300 AMG Line, Mercedes-Benz E-Class

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my