Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Mercedes-Benz Pertingkat Sistem Parkir Kereta Automatik yang Dua Kali Lebih Pantas!
Autotainment

Mercedes-Benz Pertingkat Sistem Parkir Kereta Automatik yang Dua Kali Lebih Pantas!

Abang HirataBy Abang Hirata03/12/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TEKNOLOGI bantuan pemandu memang bagus dengan tugas pemanduan diambil alih sistem kereta yang setakat ini masih memerlukan campur tangan manusia.

Walaupun canggih dan sementara betul-betul cekap, sistem ini juga perlu ditambah baik. Antaranya ciri parkir kereta automatik yang kadangkala mengambil masa dan silap haribulan dihon pula pemandu di belakang.

Malah pemandu cekap mungkin lebih pantas meletakkan kereta ke petak parkir berbanding sistem automatik.

Terbaharu, pemandu Mercedes-Benz dapat menikmati sistem lebih cekap menerusi ciri Bantuan Parkir Aktif (APA) dengan PARKTRONIC dipertingkat.

Menurut Mercedes-Benz, sistem ini dapat memarkir kereta dua kali lebih pantas berbanding dahulu. Pemandu hanya perlu memulakan proses memarkir dengan menekan butang digital pada skrin dan bar status akan menunjukkan proses pergerakan. Dalam proses parkir, sistem akan menyahkan bunyi isyarat PARKTRONIC.

Bagi model yang dilengkapi kamera 360º, pemandu boleh memilih pandangan berbeza ketika kereta diparkir.

Susulan kemas kini model tahun terbaharu, sistem yang dipertingkat dijadikan ciri standard untuk model E-Class, S-Class, EQS, EQS SUV, EQE, EQE SUV dan semua varian Maybach dengan pakej parkir dan kamera undur. Kamera 360º pula ditawarkan sebagai pilihan.

Proses Parkir Kereta

  • Sistem akan mencari ruang parkir kereta pada halaju bawah 35kmj dan memaparkan simbol P warna biru pada skrin kluster instrumen di depan pemandu.
  • Sistem juga mampu mengesan ruang sempit dengan pelepasan 50sm dan menggunakan garisan putih atau struktur selari seperti bendul atau kenderaan lain yang diparkir untuk orientasi atau kedudukan.
  • Apabila ruang ditemui, anak panah putih akan terpapar pada skrin sebelah simbol P.
  • Selepas gear undur diaktifkan, pemandu boleh memilih ruang letak kereta dan memulakan proses memarkir automatik.
  • Bagi ruang vertikal (menegak), pemandu boleh memilih untuk diparkir secara depan atau mengundur.

Sistem Keselamatan Bersepadu

  • Apabila sensor mengesan objek melintas (penunggang basikal, pejalan kaki yang berjalan laju) ketika keluar dari petak parkir, amaran optikal dan audio akan diaktifkan.
  • Jika pemandu tidak memberikan respons, sistem akan membrek automatik.
  • Malah sistem keselamatan ini berfungsi dalam situasi automatik atau manual ketika mengundur keluar dari ruang menegak.

Lihat video di bawah untuk memahami lebih jelas fungsi bantuan parkir baharu Mercedes dengan PARKTRONIC.

Active Parking Assist Active Parking Assist with PARKTRONIC Bantuan Parkir Aktif (APA) dengan PARKTRONIC Mercedes-benz
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Toyota Corolla Cross 2026 Untuk Jepun – Edisi khas Z Adventure ulang tahun ke-60, lebih banyak ciri standard

    02/07/2026
    Rossi asas skil julur kaki dalam MotoGP
    Tahukah Anda

    Fakta atau Auta: Benarkah Skil Julur Kaki Rossi Beri Kesan Teknikal?

    02/07/2026
    PHEV

    Lamborghini Urus SE Performante Baharu, Kuasa Melonjak Naik, Urus Paling Pantas!

    02/07/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Suzuki e Vitara 2026 Rasmi di Malaysia – EV Pertama Suzuki, Harga Mula RM188,000

    02/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Jetour F700
    PHEV

    Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

    By Han Othman26/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    By Abang Hirata25/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.