Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Mercedes-Benz Malaysia Previu Sedan PHEV, C 300 e dan SUV Elektrik Penuh, EQC
Roda4

Mercedes-Benz Malaysia Previu Sedan PHEV, C 300 e dan SUV Elektrik Penuh, EQC

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju14/06/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DALAM usaha mengurangkan pencemaran emisi kenderaan, banyak pengeluar automotif kini mula menghasilkan produk mesra alam, dan Mercedes-Benz Malaysia (MBM) turut tidak ketinggalan dengan memperkenalkan barisan model EQ di pasaran tempatan menerusi dua model: C 300 e dan EQC.

Buat masa ini masih belum diketahui bilakah dua model berkenaan akan dipasarkan di Malaysia.

BACA >>> Audi e-Tron (2019) Diperkenalkan di Amerika, Harga Bermula RM310k

1. MERCEDES-BENZ C 300 e

  • Model hibrid plug-in (PHEV) C-Class ini didatangkan dengan bateri litium-ion yang dikemas kini untuk kuasa tambahan dan julat pemanduan elektrik lebih jauh.
  • Di bawah bonet tersedia enjin 2.0L petrol berkuasa 320hp dan tork 700Nm (gabungan enjin+motor). Pecutan 0-100kmj mampu dilakukan sepantas 5.4 saat dengan kelajuan maksimum 250kmj.
  • Padanan bateri 13.5kWh baharu menawarkan ketumpatan kuasa berganda berbanding pek bateri sebelumnya. Ini membolehkan kereta ini dipandu secara pemanduan elektrik penuh sejauh 52km.
  • Transmisi automatik 9G-Tronic memastikan penggunaan bahan api efisien selain menawarkan hantaran tork tambahan ketika memotong.
  • C 300 e memiliki rekabentuk elegan dan pintar dengan pelbagai ciri terkini. Padanan pakej AMG Line menyerlahkan gaya sedan mewah ini menerusi rim aloi 5-jejari kembar AMG 19 inci, manakala lampu depan multisuluh LED didatangkan dengan 84 unit LED yang beroperasi sendiri.
  • C 300 e turut didatangkan dengan bumbung suria panorama.
  • Masuk ke dalam kabin, C 300 e dilengkapi kerusi kemasan kulit dengan ciri memori dan kemasan kayu abu hitam. Maklumat mengenai kereta dapat dilihat jelas menerusi kluster instrumen 12.3-inci dan skrin sentral 10.25-inci.
  • C 300 e turut menawarkan ciri Kawalan Badan Dinamik (DBC), Sistem Pra-Keselamatan (PSS), Bantuan Brek Aktif (ABA) dan pakej Keyless-Go.

BACA >>> 11 Fakta Pantas – Mercedes-Benz C-Class Facelift Kini di Malaysia, Harga Mula RM260k


2. MERCEDES-BENZ EQC

  • Debut kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak mewah elektrik (EV), EQC di Asia Tenggara ini akan menjadi penanda aras kepada mobiliti masa depan di rantau ini yang bukan sekadar EV, tetapi didatangkan dengan pakej mobiliti pintar, Electric Intelligence.
  • Pemasangan bateri litium ion di lantai kereta dengan kuasa 80kWh membolehkan kenderaan bergerak sejauh 445-471km dengan cas penuh.
  • Bateri litium-ion generasi terkini memiliki 384 sel dengan kuasa voltan maksimum 405v dan kapasiti nominal 230Ah.
  • Sistem keseluruhan bateri menggunakan jenis penyejukan cecair. Ketika suhu rendah, pemanas bateri akan memastikan prestasi kekal hebat dengan kecekapan lebih baik, terutama ketika operasi mengecas.
  • Komponen bateri menjadi sebahagian konsep kenderaan secara keseluruhan. Posisi dan lokasi pusat yang rendah memberi kesan positif kepada karakter pengendalian EQC.
  • Kereta boleh dicas menggunakan soket kuasa domestik menerusi Mercedes-Benz Wallbox Home. Ini menjadikan operasi mengecas lebih pantas, selamat dan mudah.
  • EQC juga akan mengecas bateri ketika bergerak menerusi operasi membrek. Komponen mekanikal berputar akan ditukarkan menjadi tenaga elektrik dan digunakan untuk mengecas bateri voltan tinggi (restorasi). Sepanjang proses ini, kedua-dua motor elektrik digunakan sebagai generator.
  • EQC didatangkan dengan 5 mod pemanduan: Comfort, Eco, Max Range, Sport dan Individual.
  • Trenkuasa elektrik (eATS) dan bateri dibangunkan khas untuk EQC. Motor elektrik menghasilkan kuasa 300kW dan tork 760Nm, serta dipadankan transmisi nisbah tetap dengan diferensial, sistem penyejukan dan
    kuasa elektronik membentuk unit bersepadu dan padat.
  • Kabin didatangkan standard dengan sistem infotainmen MBUX Mercedes-Benz menerusi skrin kokpit lebar dua paparan 10.25-inci dan kawalan skrin sentuh (sebelah kanan). Pad sentuh di konsol tengah turut didatangkan standard bersama kawalan arahan suara.
  • Dianggarkan berharga sekitar RM600,000, EQC didatangkan dengan pakej keselesaan Energizing bersama kombinasi pakej Air Balance dan pencahayaan ambien kabin. Ada 64  warna dalam kabin, antaranya pada elemen trim, paparan tengah, konsol tengah, poket pintu dan panel kawalan atas kepala.

BACA >>> Tidak Cukup Kereta Hibrid dan Elektrik, Mercedes-Benz Buat Bateri Rumah Pula

Auto Terkini EV Kenderaan Elektrik (EV) Kenderaan Hibrid kereta elektrik kereta elektrik hibrid plug-in (PHEV) Mercedes-benz Mercedes-Benz C 300 e Mercedes-Benz C-Class sedan Mercedes-Benz EQC Mercedes-Benz Malaysia (MBM) Roda4
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    PHEV

    #AutoChina2026: Jetour G700 Bakal Masuk Tahun Depan? Harga Anggaran RM250,000

    29/04/2026
    PHEV

    #AutoChina2026: Jetour T2 di China Ada Versi Hibrid, Bakal Masuk Malaysia?

    29/04/2026
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz GLC Electric L dan CLA 260 L Lebih Panjang Untuk China

    28/04/2026
    Auto Terkini

    Jamal Zaman Kaus Menang Perodua Alza 1.5H Dalam Kempen ‘Belanja dan Menang’ PLUS

    28/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Yaris Cross Buka Tempahan di Malaysia, Harga Bawah RM100k

    By Shazwan Hisam24/04/2026
    Auto Terkini

    Jalan Bukit Bintang Ditutup Hingga 2 Mei – Ini Laluan Alternatif

    By Shazwan Hisam22/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Keeway RKR250 2026
    Roda2

    Sportbike 250cc Keeway RKR250 2026 Masuk Malaysia, Harga RM13,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Roda2

    Morbidelli T252X Masuk Malaysia, 33.5 HP, 20 Nm, Dari RM16,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    Roda2

    Ikon Superbike Dengan Warna Baru dan Edisi Khas – Suzuki Hayabusa 2026

    By Shazwan Hisam23/04/2026
    Helmet YOHE lancar di Malaysia
    Aksesori

    YOHE Rasmi Lancar Empat Model Helmet, Harga Mula RM319!

    By Syafie21/04/2026
    Morbidelli F252 2026
    Roda2

    Morbidelli F252 2026 Pencabar Baharu Naked Bike 250cc, Harga RM14,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.