• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Tidak Cukup Kereta Hibrid dan Elektrik, Mercedes-Benz Buat Bateri Rumah Pula

Tidak Cukup Kereta Hibrid dan Elektrik, Mercedes-Benz Buat Bateri Rumah Pula

May 1, 2017 By Abang Hirata Leave a Comment

85
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEKARANG ini muncul satu kesedaran hebat tentang kepentingan tenaga elektrik daripada penggunaan barangan rumah hinggalah kenderaan. Trend ini dilihat sebagai usaha mengurangkan penggunaan bahan api fosil kepada tenaga boleh diperbaharui seperti elektrik.

Tidak mustahil satu hari nanti, syarikat yang dulu pernah berurusniaga dalam sesuatu bidang lain akan beralih arah kepada bidang baru ini. Sekarangpun sudah banyak konglomerat besar di Malaysia sudah terlibat dalam pelbagai bidang daripada perladangan hinggalah automotif. Asalkan boleh jadi duit.

Jangan tidak tahu, syarikat telekomunikasi dari Finland, Nokia dulu pernah menjual kasut but sebelum beralih ke bidang komunikasi.

MERCEDES-BENZ JUAL BATERI

Di Britain, Mercedes-Benz baru-baru ini mengumumkan projek menjual unit simpanan tenaga untuk rumah kediaman atau terma mudahnya, 'bateri rumah' yang bakal dikendalikan Mercedes-Benz Energy.

Alang-alang sudah terlibat dengan kenderaan hibrid dan elektrik, kenapa pula tidak menceburi bidang elektrik domestik? Unit storan tenaga Mercedes-Benz diperbuat daripada bateri litium-ion dan dibina berasaskan pengalaman Daimler dalam menyempurnakan lebih 80,000 unit kenderaan hibrid dan elektrik penuh sejak 2012.

Dalam storan itu terdapat lapan modul bateri berkapasiti tenaga 2.5kWh per unit dengan jumlah tenaga keseluruhan sehingga 20kWh.

Storan tenaga itu sebenarnya berfungsi dengan gabungan sistem solar di kediaman, dan boleh menyimpan tenaga lebihan tanpa kehilangan kuasa, di mana gabungan sistem solar dan unit storan bateri itu membolehkan pengguna menambah tenaga sedia ada sebanyak 65 peratus.

Hasilnya, sesebuah rumah itu mampu menjana tenaga elektrik sendiri atau sekurang-kurang tidak terlalu bergantung kepada pembekal tenaga elektrik sedia ada.

PAKEJ IKUT KOMPONEN

Harga jualan tidak diberikan, tetapi menurut bergantung kepada pakej komponen yang biasanya terdiri daripada sistem fotovoltan (solar), inverter bateri, sistem pengurusan tenaga dan unit simpanan tenaga Mercedes-Benz  berserta kos pemasangan.

Mungkin ada yang melihat gerakan kesedaran ini mengancam ekonomi tradisional yang sudah berakar umbi, tetapi perjalanan agenda elektrik dunia masih jauh dan dilihat lebih sesuai jika berjalan seiring dengan teknologi fosil sedia ada sehingga kita semua benar-benar bersedia.

85
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bateri, bateri Mercedes-Benz, bateri rumah, elektrik, Mercedes-benz, Mercedes-Benz Energy, tenaga elektrik

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 4 Jenis Coolant yang Perlu Anda Tahu

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my