Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Mercedes-Benz A-Class Facelift – A 180 Varian Baharu Diperkenalkan
Roda4

Mercedes-Benz A-Class Facelift – A 180 Varian Baharu Diperkenalkan

Abang GYLBy Abang GYL19/04/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Mercedes-Benz A-Class LaunchMERCEDES-Benz Malaysia memeriahkan barisan ahli keluarga A-Class menerusi pengenalan model versi dipertingkat (facelift) dengan penampilan lebih segar dan menarik.

Sebagai tambahan kepada barisan model A-Class sedia ada iaitu A 200, A 250 Sport dan AMG A 45 4MATIC, Mercedes-Benz menambah lagi ahli keluarga baharu iaitu A 180 yang dijana dengan unit enjin 1.6L.

HARGA:

  • Mercedes-Benz A 180 – RM195,888 / RM196,888 (Rim AMG 18-inci)
  • Mercedes-Benz A 200 AMG LINE – RM205,888
  • Mercedes-Benz A 250 Sport – RM238,888
  • Mercedes-Benz A 45 AMG 4MATIC – RM348,888

PENAMBAHBAIKAN:

Barisan model A-Class facelift ini menerima beberapa perubahan dari segi kosmetik luaran dan dalaman.

Bermula dari luaran, pembaharuan ketara yang diterima menerusi kehadiran rekaan bampar baharu dengan padanan gril diamond.

Penggunaan lampu LED berprestasi tinggi bersama rekaan lampu belakang yang dikemas kini menyerikan lagi penampilannya. Lebih tampak garang dan sporty, kesemua varian dipadankan dengan trim ekzos.

Mercedes-AMG A 45_pandulajudotcomdotmy (3)    Mercedes-AMG A 45_pandulajudotcomdotmy (9)

Mercedes-AMG A 45_pandulajudotcomdotmy (1)    Mercedes-AMG A 45_pandulajudotcomdotmy (8)
Memasuki ruang dalaman, ia masih tampak seakan sama seperti versi terdahulu. Cuma bahagian infotaimen dipertingkat dengan kehadiran skrin lebih besar bersaiz 8-inci.

Mercedes-Benz A 250 Sport_Pandulajudotcomdotmy (25)Material pada papand pemuka diperkemaskan dengan suasana leboh segar. Untuk keselesaan, pelarasan kedalaman kerusi hadapan ditingkatkan sehingga 60mm yang dipadankan sebagai ciri standard.

Mercedes-AMG A 45_pandulajudotcomdotmy (14)PRESTASI:

Varian A 180 dan A 200 AMG Line dijana unit enjin 1.6L. Tetapi enjin bagi varian A 200 AMG dipertingkatkan bagi penghasilan prestasi lebih tinggi.

Manakala varian A 250 Sport dan A 45 AMG 4MATIC pula masing-masing dipadankan enjin bersesaran 2.0L. Sudah pasti kedua-duanya memiliki prestasi kuasa berlainan.

Mercedes-Benz A 250 Sport_Pandulajudotcomdotmy (21)    Mercedes-Benz A 250 Sport_Pandulajudotcomdotmy (22)

Mercedes-Benz A 250 Sport_Pandulajudotcomdotmy (23)    Mercedes-Benz A 250 Sport_Pandulajudotcomdotmy (24)

Bagi memberikan pengalaman pemanduan lebih menyeronokkan, kesemua varian ditawarkan mod Comfort, Sport, Eco dan Individual. Pemilihan mod akan mengubah talaan bagi enjin, transmisi, streng dan penghawa dingin.

Berikut adalah prestasi bagi kesemua ahli keluaran A-Class.

Mercedes-Benz A 180

KUASA 122hp@5,000rpm
TORK 200Nm@1,250 – 4,000rpm
0-100KMJ 8.6 saat
KELAJUAN MAX 202kmj

Mercedes-Benz A 200 AMG

KUASA 156hp@5,300rpm
TORK 250Nm@1,250 – 4,000rpm
0-100KMJ 7.8 saat
KELAJUAN MAX 224kmj

Mercedes-Benz A 250 SPORT

KUASA 211hp@5,500rpm
TORK 350Nm@1,200 – 4,000rpm
0-100KMJ 6.4 saat
KELAJUAN MAX 240kmj

Mercedes-Benz A 45 AMG 4MATIC

KUASA 381hp@6,000rpm
TORK 475Nm@2,250 – 5,000rpm
0-100KMJ 4.2 saat
KELAJUAN MAX 250kmj

 

A 180 A 200 A 250 Sport A 45 AMG AMG Mercedes-Benz Malaysia
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Chery Tiggo 9
    Roda4

    Chery Tiggo 9 Previu di Malaysia, Harga Anggaran Bawah RM189,000

    22/05/2026
    Auto Terkini

    NISMO Performance Center Dibuka di Australia, Komuniti GT-R Kuat Jadi Faktor

    22/05/2026
    Denza B8 2026
    PHEV

    Denza B8 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

    22/05/2026
    Aksesori

    #BikinAuto: Nissan Frontier Ultimate Build, Tunjuk Keupayaan Overlanding Dengan 3.8L V6

    21/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
    Auto Terkini

    Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.