Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Menteri Minta Pengeluar, Pengilang Automotif Jadikan Malaysia Hab Pengeluaran EV
Auto Terkini

Menteri Minta Pengeluar, Pengilang Automotif Jadikan Malaysia Hab Pengeluaran EV

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju04/06/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MALAYSIA tetap komited menyokong pertumbuhan industri kenderaan elektrik (EV) meskipun sambutan terhadap kenderaan sifar emisi itu masih rendah jika dibandingkan dengan kenderaan berasaskan sumber petroleum (petrol dan diesel).

Melihat statistik jumlah pendaftaran EV pada tahun lalu, perlu diakui segmen tersebut perlu lebih banyak sokongan dan insentif untuk terus berkembang. Atau tunggu sahaja Perodua dan Proton melancarkan EV mampu milik masing-masing menjelang 2025.

Sebenarnya, Kerajaan sudah melakukan banyak usaha untuk membantu segmen EV, antaranya insentif pengecualian Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan terbaharu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengumumkan kadar fi cukai jalan EV yang akan dikenakan bermula 1 Januari 2026.

Loke menyatakan salah satu faktor yang menyebabkan ramai pembeli berasa ragu-ragu membeli kenderaan EV ialah persepsi harga cukai jalan EV yang lebih tinggi perlu dibayar selepas tamat tempoh pengecualian cukai jalan EV pada 31 Disember 2025.

Kebimbangan bakal pelanggan dan pemilik EV diredakan Loke dengan menyatakan:

Dengan pengumuman ini (kadar cukai jalan EV), mereka diberi jaminan bahawa cukai jalan adalah amat mampu milik dan ini cara kami galakkan orang Malaysia menerima dan menggunakan EV.”

Pada masa sama, Loke juga menyampaikan mesej khas kepada pengeluar dan pengilang automotif agar melihat Malaysia sebagai destinasi hab berpotensi. Ini pesanan beliau:

Kerajaan memang menggalakkan adoption (peralihan dan penerimaan) kenderaan elektrik (EV) dan pengumuman hari ini (cukai jalan EV) membuktikan bahawa Kerajaan mengamalkan satu pendekatan untuk kita adopt (terima) EV.

“Semua kementerian dan jabatan terlibat ada dasar, pendekatan dan inisiatif untuk menggalakkan serta menyokong pertumbuhan industri EV.

“Pengumuman hari ini (kadar cukai jalan EV) adalah satu mesej dan signal amat penting kepada pengeluar dan pengilang kenderaan EV untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pengeluaran dan pembuatan mereka.

“Ini kerana Kerajaan berkomited penuh untuk menggalakkan penerimaan EV dan kami melakukan semua yang kami mampu untuk sokong pertumbuhan EV. Ini adalah satu contoh terbaik dengan Kerajaan mengurangkan cukai jalan untuk EV.”

Anthony Loke autoterkini cukai jalan EV 2026 Lesen Kenderaan Motor (LKM) Perodua EV statistik pendaftaran EV
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.