Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»MBM Lancar E 300 AMG Line Coupe (2021), Bayaran Bulanan Serendah RM4,288
Roda4

MBM Lancar E 300 AMG Line Coupe (2021), Bayaran Bulanan Serendah RM4,288

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju12/08/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

MERCEDES-Benz Malaysia (MBM) mengumumkan ketibaan model sedan versi dipertingkat E 300 AMG Line Coupe (2021) yang dianggap sebagai model impian yang diingini ramai peminat.

Harga asas atas jalan tanpa insurans termasuk pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) ialah RM495,071. Tag harga asas itu akan naik selepas 31 Disember 2021. Berikut ialah perinciannya: 

  • Trenkuasa petrol 2.0 liter 4-silinder 1,991cc , menghasilkan 258hp @ 5,500 hingga 6,100rpm dan tork 370Nm @ 1,800-4,000rpm. Transmisi digunakan ialah 9G-Tronic. Pecutan ke 100kmj mengambil masa 6.4 saat dan kelajuan maksimum ialah 250kmj.
  • Pilihan warna ialah Polar White (putih), Obsidian Black (hitam), Rubellite Red (merah), Graphite Grey (kelabu), Mojave Silver (perak), Brilliant Blue (biru), High-tech Silver (perak), Emerald Green (hijau) dan Selenite Grey (kelabu).
  • Ada opsyen warna designo diamond white bright (putih) dan designo patagonia red metallic (merah) tetapi dikenakan tambahan bayaran.
  • Rekabentuk klasik dengan gaya moden untuk meningkatkan imej eksklusif. Ada pengenaan spoilder AMG depan dan belakang, gril radiator corak berlian dengan kemasan krom serta rim aloi 5 jejari berkembar 19 inci.
  • Ada rombakan desain bahagian belakang dan kini, lampu belakang terpisah dua. Lampu digunakan jenis Multibeam LED yang menawarkan pencahayaan natural lebih baik pada waktu malam. Ciri Bantuan Tambahan Lampu Tinggi Adaptif membolehkan lampu LED bertukar tinggi rendah secara automatik.
  • Ruang kabin kekal dengan konsep kontemporari sport mewah dengan empat cermin tingkap tanpa frem. Bahagian atas papan pemuka nampak seakan terapung dan imej kabin ditambah baik dengan aliran desain pada panel pintu.
  • Bumbung suria panoramik boleh buka dan ruang kabin hadir bersama latar pencahayaan 64 jenis warna dengan konsep tiga zon. Tambahan lain ialah sistem bunyi  Burmester.
  • Roda stereng  pintar E 300 AMG Line Coupe adalah komponen baharu. Ada akses hitam berkilat dan kemasan perak.
  • E 300 AMG Line Coupe menggunakan sistem multimedia terkini MBUX (NTG 6). Kokpit nampak menarik dengan padanan dua skrin papan bersaiz 12.3 inci.
  • Ciri keselamatan ditawarkan ialah pakej Bantuan Pemanduan merangkumi Bantuan Jarak Aktif DISTRONIC, Bantuan Stereng Aktif, Bantuan Brek Aktif, Bantuan Stereng Elak, Bantuan Kekal Lorong Aktif, Bantuan Titik Buta Aktif dan PRE-SAFE Plus. 

Bagi anda yang berminat memiliki kereta idaman ini, MBM ada menyediakan pembiayaan istimewa iaitu Step Up Agility Financing Plan dengan bayaran serendah RM4,288 sebulan. Anda boleh klik pautan ini: Set Up Agility

BACA >>> Bruce Wayne Pandu Mercedes Maybach 6 Cabriolet dalam Filem The Flash!
BACA >>> #PanduUji: Mercedes-Benz E300 Exclusive Line, Sedan Mewah untuk Baby Boomers?
BACA >>> #PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?
BACA >>> Toyota Camry Classical Tiba-Tiba Meletup Macam Kena Bom

E 300 AMG Line Coupe (2021) MBM Mercedes-Benz Malaysia Sedan AMG Step Up Agility Financing Plan
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    MAA: Prestasi Automotif 1H 2026 Kekal Kukuh, Unjuran TIV Disemak Naik kepada 800,000 Unit!

    22/07/2026
    Mercedes-Maybach GLS 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    22/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Volkswagen ID. Cross 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km dengan Harga Munasabah

    21/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.