Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»MB Kedah Janji Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani Harga Rakyat
Auto Terkini

MB Kedah Janji Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani Harga Rakyat

Han OthmanBy Han Othman19/08/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KEDAH akan memiliki kemudahan litar lumba bertaraf antarabangsa yang dibuka kepada semua peminat sukan pemotoran tempatan pada kadar minimum, kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Walaupun berstatus antarabangsa, beliau memberi jaminan litar berkenaan dapat memenuhi kehendak dan permintaan peminat sukan permotoran khususnya dua roda.

Muhammad Sanusi berkata;

Ini titik mula pembinaan litar lumba rakyat. Walaupun trek ini dinamakan sebagai litar antarabangsa, tetapi saya beri jaminan trek ini akan menawarkan harga rakyat marhaen untuk memenuhi kehendak dan permintaan peminat sukan pemotoran khususnya dua roda seluruh Kedah dan Semenanjung Malaysia.

“Kita akan pastikan litar ini boleh digunakan semua dengan bayaran minimum dan saya jangka trek ini akan melonjakkan sukan permotoran di Kedah.”

Beliau berkata demikian pada majlis Majlis Pelancaran dan Menandatangani Perjanjian Projek Litar Lumba PKB Open Road SP Circuit Sungai Petani, baru-baru ini.

FAKTOR HALANG ANAK MUDA BERLUMBA TREK

Hadir sama dalam majlis itu ialah Pengasas Karnival Santai Anak Utara (SAU), Mohd Safiuddin Elias (Acai) yang berkata, dalam usaha mengawal aktiviti lumba haram atau ‘mat rempit’ dalam kalangan remaja, akses berlumba di litar perlu dipermudah selain kadar caj penggunaan lebih murah.

Antara faktor dikenal pasti menghalang remaja berlumba di trek adalah jumlah litar terhad, lokasi jauh, caj mahal dan banyak peraturan serta prosedur atau kerenah birokrasi. Justeru jika isu ini dapat dimudahkan, beliau yakin ramai remaja akan ke litar berbanding berlumba di lebuh raya atau jalan raya awam.

Menurutnya lagi, apabila ramai anak muda sudah berada di litar, secara berperingkat dan perlahan-lahan pelbagai pihak boleh mula menerapkan kesedaran mengenai keselamatan menunggang.

Muhammad Sanusi berkata, Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani akan dibangunkan di tanah milik Menteri Besar Kedah Incorporated (MBI) di kawasan seluas 60 hektar. Pelan asal dirancang adalah Litar Lumba Rakyat dan sudah beberapa kali dipinda hingga tertangguh begitu lama dan menyebabkan kos asal meningkat.

Justeru Kerajaan negeri bersetuju meneruskan pelan perancangan akhir dengan meningkatkan kepada Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani yang dilengkapi pusat komersial lain.

Muhammad Sanusi berkata, Litar Lumba Rakyat dinaik taraf kepada litar lumba antarabangsa adalah kerana keperluan dibina dengan trek dan kemudahan perlumbaan yang selamat, profesional dan diselenggara baik.  Bagi mengelakkan beban kewangan masa depan kepada Kerajaan, dan syarikat PKB Open Road sebagai pelabur bersetuju mengambil alih projek berkenaan.

Menurutnya, walaupun litar itu kelak lebih bersifat komersial, tetapi ia juga boleh digunakan rakyat yang berminat dalam sukan permotoran.

Jika terlaksana, ini bermakna Kedah bakal memiliki dua litar lumba iaitu di Langkawi dan Sungai Petani yang mana kedua-duanya dibina dan diuruskan PKB Open Road.

NADI BAHARU SUNGAI PETANI

Sementara itu, Pengasas dan Penasihat Kumpulan Open Road World, Datuk David Gohberkata projek pembinaan litar lumba terbaharu itu akan menjadi nadi baharu Sungai Petani.

Rekabentuk litar akan dilakukan pakar perunding litar lumba dari Britain yang pernah merekabentuk litar lumba Formula Satu (F1) di Miami, Amerika Syarikat (AS).

Selain memohon kelulusan FIA Gred 2 untuk litar lumba Sungai Petani,sebagai tarikan tambahan, kami juga mengusahakan kelulusan FIM Gred B untuk litar Sungai Petani yang mana pertandingan dan kejuaraan lumba motosikal antarabangsa dapat dilangsungkan,” katanya.

SUMBER: BH Auto

Auto Terkini Karnival Santai Anak Utara (SAU) Litar Lumba Antarabangsa Sungai Petani PKB Open Road
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Auto Terkini

Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

16/07/2026
Petronas Sprinta Ladies lancar di Malaysia
Auto Terkini

Petronas Sprinta Ladies Lancar, Platform Baharu Perkasa Komuniti Penunggang Wanita

16/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.