Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Mazda Tayang RX-Vision, dan Vision Coupe di Forum Rekabentuk Asean Mazda 2018
Auto Terkini

Mazda Tayang RX-Vision, dan Vision Coupe di Forum Rekabentuk Asean Mazda 2018

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju30/11/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MAZDA Thailand bekerjasama dengan Mazda Motor Corporation menganjurkan Forum Rekabentuk Asean Mazda 2018 bagi mengetengahkan bahasa rekabentuk Kodo baharu menerusi model konsep Mazda RX-Vision dan Vision Coupe. Pada acara itu,  Mazda turut membincangkan hala tuju rekabentuk model masa depan jenama tersebut.

Mazda begitu berjaya di Thailand, termasuk Asean selepas pengenalan teknologi SkyActiv dan bahasa rekabentuk Kodo bermula 2013. Kejayaan itu membantu Mazda kekal di posisi ketiga dalam pasaran kereta penumpang Thailand, termasuk menjadi jenama nombor satu dalam segmen kereta kecil.

Malah, Mazda mencatat kejayaan dalam pasaran kenderaan utiliti sukan (SUV) menerusi rekod jualan membanggakan. Pada masa ini ada lebih 180,000 kenderaan Mazda dengan teknologi Skyactiv dan rekabentuk Kodo di Thailand. Jualan Mazda2 mencatatkan 110,000 unit, diikuti Mazda3 (lebih 30,000 unit), CX-5 (25,000 unit) dan CX-3 (15,000 unit).

BACA >>> Mazda VISION COUPE – Bangkitkan Semangat Masa Lalu untuk Masa Hadapan

Pengarah Eksekutif, Hiroshi Inoue, yang juga Presiden Mazda Southeast Asia Ltd, dan bertanggungjawab dalam operasi Mazda di Asia dan Oseania, berkata, Thailand dan Asean ialah pasaran penting Mazda.

“Thailand dijadikan hab yang menghubungkan anggota Asean lain dalam mendedahkan hala tuju rekabentuk Mazda dan kini kami bersedia bergerak menuju generasi ke-7, terutama dalam rekabentuk yang mencerminkan estetika asli Jepun, disebut Mazda Elegance.

BACA >>> Mazda Perkenal Bahasa Rekabentuk Baharu Gabungan Teknik Tradisional dan Moden

“Konsep Mazda RX-Vision dan Vision Coupe ialah contoh terkini masa depan rekabentuk Mazda yang dibangunkan berasaskan tema ‘Kereta Sebagai Seni’,” jelasnya.

Sejak 2010 Mazda mula memperkenalkan rekabentuk Kodo menerusi falsafah Soul of Motion. Bagi Mazda, kereta bukan sekadar kenderaan, tetapi mencerminkan personaliti individu dan inilah sebab kenapa Mazda menggunakan rekabentuk Kodo sebagai falsafah rekabentuk kerana mahu memberi jiwa pada produk mereka.

Mazda menggabungkan kecantikan dengan pergerakan atletik untuk menghasilkan kenderaan berkarakter kuat. Inilah falsafah Mazda dalam membangunkan kereta masa depan. Selain kereta, pereka Mazda turut menggabungkan reka bentuk Kodo dengan set seni lain, seperti basikal, sofa, tembaga tsuiki, minyak wangi Soul of Motion dan kulit telur.

BACA >>> Mazda Patenkan Rekaan Spoiler Aktif pada Lampu Belakang, Mampu Optimumkan Aerodinamik Kereta

Forum itu juga mempamerkan 26 anugerah diterima Mazda untuk rekabentuk cemerlang. Lebih 600 wartawan dan tetamu jemputan menyertai forum berkenaan di Bangkok, Thiland. Selain pameran dua model konsep itu, Mazda turut menyediakan aktiviti lain termasuk Zon Seni Kodo, Objek Seni Kodo, Zon Anugerah dan Zon Model Tanah Liat.

Tidak ketinggalan, Mazda juga akan mempamerkan Vision Coupe pada Expo Motor Antarabangsa Thailand bermula 29 November hingga 10 Disember depan.

GALERI
Hiroshi Inoue
Bermaz Motor Trading Sdn Bhd Expo Motor Antarabangsa Thailand Forum Rekaan Asean Mazda 2018 mazda Mazda Malaysia Mazda Motor Corporation Mazda RX-Vision Mazda Vision Coupe
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Ferrari 12Cilindri Manuale – Gear Manual Kembali, Tanpa Transmisi Manual!

    06/07/2026
    Auto Terkini

    G.C. Ann Motor Enterprise Dilantik Sebagai CFMOTO Flagship Store Di Kuala Selangor

    06/07/2026
    BYD Alor Setar sambut Yangwang jelajah Malaysia
    Auto Terkini

    Jelajah Yangwang U9 China – Malaysia Tiba di Malaysia, Disambut BYD Alor Setar

    06/07/2026
    Auto Terkini

    Sistem Navigasi Bawa Lima Warga China ‘Teroka’ Gaung Sedalam Tujuh Meter

    03/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam06/07/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.