• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Mazda Perkenal Bahasa Rekabentuk Baharu Gabungan Teknik Tradisional dan Moden

Mazda Perkenal Bahasa Rekabentuk Baharu Gabungan Teknik Tradisional dan Moden

July 3, 2018 By Admin PanduLaju 1 Comment

FacebookTwitter


BAHASA rekabentuk baharu Mazda sedia melakukan kemunculan perdana bagi kenderaan versi pengeluaran tahun depan yang bakal menyaksikan pengeluar itu memecahkan tradisi rekabentuk tipikal Jepun dengan pendekatan gaya dari perspektif berbeza.

Mazda biasanya menggunakan model tanah liat apabila melakarkan rekabentuk sesebuah model, tetapi baru-baru ini memilih menggunakan pereka digital untuk menghasilkan bentuk rumit dan membentuk arca panel badan.

Bercakap kepada Automotive News, pakar rekabentuk kreatif Mazda, Takahiro Matsui berkata, bahasa baharu itu memerlukan kerjasama antara pasukan pereka digital dan tanah liat.

"Ini ialah permulaan penciptaan bersama dan pertandingan. Kami perlu bekerja bersama, tetapi juga bertempur satu sama lain," kata Matsui.

Hasil pertama daripada hubungan rapat ini ialah model konsep Vision Coupe, yang didedahkan pada Pameran Motor Tokyo pada Oktober tahun lalu. Pasukan pereka Mazda meluangkan masa dua tahun untuk menghasilkan model konsep tersebut dengan dominasi permukaan aliran yang menawarkan refleksi rumit dan membangkitkan emosi, tidak seperti rekabentuk Mazda masa lampau.

BUKAN MUDAH

bahasa-rekabetuk-mazda-baru-3
bahasa-rekabetuk-mazda-baru-2
bahasa-rekabetuk-mazda-baru-1

Proses mencapai rekabentuk itu bukan mudah, menurut Matsui. Faktanya, Mazda kerap mengubah radius lengkung panel badan hingga kadangkala sekecil 0.01mm semata-mata bagi menghasilkan rupa sempurna.

"Kami perlu mengawal permukaan hingga kepada tahap minit untuk mendapatkan rupa yang dimahukan. Proses ini memerlukan banyak masa dan tenaga," katanya.

Walaupun Mazda menggunakan banyak teknologi dalam menghasilkan model masa depan berbanding proses terdahulu, Matsui masih percaya model tanah liat adalah lebih unggul dan akan kekal penting.

"Saya masih fikir tanah liat lebih baik. Hanya jika kita boleh sentuh model digital, mungkin ketika itu kita menang," katanya.

Antara model pengeluaran pertama Mazda yang menampilkan bahasa rekabentuk baharu pengeluar itu ialah Mazda3 baharu yang meminjam gaya rekaan Mazda Kai Concept.

SUMBER: CarScoops

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Bahasa Rekabentuk, mazda, Mazda KAI concept, Rekabentuk, Roda4, Takahiro Matsui, Vision Coupe

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
    Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
  • Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
    Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
  • Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
    Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
  • Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi
    Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my