• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mazda Tayang RX-Vision, dan Vision Coupe di Forum Rekabentuk Asean Mazda 2018

Mazda Tayang RX-Vision, dan Vision Coupe di Forum Rekabentuk Asean Mazda 2018

November 30, 2018 By AI Leave a Comment

97
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MAZDA Thailand bekerjasama dengan Mazda Motor Corporation menganjurkan Forum Rekabentuk Asean Mazda 2018 bagi mengetengahkan bahasa rekabentuk Kodo baharu menerusi model konsep Mazda RX-Vision dan Vision Coupe. Pada acara itu,  Mazda turut membincangkan hala tuju rekabentuk model masa depan jenama tersebut.

Mazda begitu berjaya di Thailand, termasuk Asean selepas pengenalan teknologi SkyActiv dan bahasa rekabentuk Kodo bermula 2013. Kejayaan itu membantu Mazda kekal di posisi ketiga dalam pasaran kereta penumpang Thailand, termasuk menjadi jenama nombor satu dalam segmen kereta kecil.

Malah, Mazda mencatat kejayaan dalam pasaran kenderaan utiliti sukan (SUV) menerusi rekod jualan membanggakan. Pada masa ini ada lebih 180,000 kenderaan Mazda dengan teknologi Skyactiv dan rekabentuk Kodo di Thailand. Jualan Mazda2 mencatatkan 110,000 unit, diikuti Mazda3 (lebih 30,000 unit), CX-5 (25,000 unit) dan CX-3 (15,000 unit).

BACA >>> Mazda VISION COUPE - Bangkitkan Semangat Masa Lalu untuk Masa Hadapan

P1J14889l
2018_VISION COUPE_Villa d'Este_6659
MAZDA ASEAN DESIGN FORUM 2018 (32)

Pengarah Eksekutif, Hiroshi Inoue, yang juga Presiden Mazda Southeast Asia Ltd, dan bertanggungjawab dalam operasi Mazda di Asia dan Oseania, berkata, Thailand dan Asean ialah pasaran penting Mazda.

"Thailand dijadikan hab yang menghubungkan anggota Asean lain dalam mendedahkan hala tuju rekabentuk Mazda dan kini kami bersedia bergerak menuju generasi ke-7, terutama dalam rekabentuk yang mencerminkan estetika asli Jepun, disebut Mazda Elegance.

BACA >>> Mazda Perkenal Bahasa Rekabentuk Baharu Gabungan Teknik Tradisional dan Moden

"Konsep Mazda RX-Vision dan Vision Coupe ialah contoh terkini masa depan rekabentuk Mazda yang dibangunkan berasaskan tema 'Kereta Sebagai Seni'," jelasnya.

MAZDA ASEAN DESIGN FORUM 2018 (24)
P1J14897l
07_RX-VISION_H

Sejak 2010 Mazda mula memperkenalkan rekabentuk Kodo menerusi falsafah Soul of Motion. Bagi Mazda, kereta bukan sekadar kenderaan, tetapi mencerminkan personaliti individu dan inilah sebab kenapa Mazda menggunakan rekabentuk Kodo sebagai falsafah rekabentuk kerana mahu memberi jiwa pada produk mereka.

Mazda menggabungkan kecantikan dengan pergerakan atletik untuk menghasilkan kenderaan berkarakter kuat. Inilah falsafah Mazda dalam membangunkan kereta masa depan. Selain kereta, pereka Mazda turut menggabungkan reka bentuk Kodo dengan set seni lain, seperti basikal, sofa, tembaga tsuiki, minyak wangi Soul of Motion dan kulit telur.

BACA >>> Mazda Patenkan Rekaan Spoiler Aktif pada Lampu Belakang, Mampu Optimumkan Aerodinamik Kereta

Forum itu juga mempamerkan 26 anugerah diterima Mazda untuk rekabentuk cemerlang. Lebih 600 wartawan dan tetamu jemputan menyertai forum berkenaan di Bangkok, Thiland. Selain pameran dua model konsep itu, Mazda turut menyediakan aktiviti lain termasuk Zon Seni Kodo, Objek Seni Kodo, Zon Anugerah dan Zon Model Tanah Liat.

Tidak ketinggalan, Mazda juga akan mempamerkan Vision Coupe pada Expo Motor Antarabangsa Thailand bermula 29 November hingga 10 Disember depan.

GALERI
Hiroshi Inoue
97
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Bermaz Motor Trading Sdn Bhd, Expo Motor Antarabangsa Thailand, Forum Rekaan Asean Mazda 2018, mazda, Mazda Malaysia, Mazda Motor Corporation, Mazda RX-Vision, Mazda Vision Coupe

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Honda ADV 150 Akhirnya Lancar di Malaysia, Harga RM11,999!
    Honda ADV 150 Akhirnya Lancar di Malaysia, Harga RM11,999!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my