Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Mazda SkyActiv-X Bakal Gabungkan Enjin Petrol dengan Teknologi Diesel
Auto Terkini

Mazda SkyActiv-X Bakal Gabungkan Enjin Petrol dengan Teknologi Diesel

Han OthmanBy Han Othman25/01/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELAIN cuba menghasilkan kereta dengan rekabentuk seksi, Mazda kini turut sibuk menghasilkan barisan enjin baharu, dinamakan SkyActiv-X

Enjin Mazda sedia ada, SkyActiv-G (2.0L NA dan 2.5L turbo) sebenarnya sudah pun cukup inovatif menerusi ciri teknologi nisbah mampatan yang tidak sama seperti enjin lain bersaiz sama. Apatah lagi pembeli Eropah hari ini bukan saja peduli tentang hal prestasi, tetapi juga aspek kecekapan bahan api.

Jadi, SkyActiv-X dibangunkan berasaskan enjin petrol penyalaan mampatan supercas. Asas enjin ini agak pelik kerana enjin normal akan menggunakan palam pencucuh untuk menghidupkan sistem penyalaan dalam setiap silinder.

BACA >>> Mazda SkyActiv-X, Enjin Petrol Supercas Baharu Ini Lebih Bersih daripada EV?

Namun jurutera Mazda menemui cara bagaimana proses pembakaran enjin diesel (secara mampatan udara) dapat diguna pakai dalam teknologi enjin petrol. Hasilnya adalah enjin yang dapat saling beralih daripada penyalaan cucuh (spark ignition) kepada penyalaan mampatan (compression ignition). Jadi enjin petrol baharu Mazda bukan saja lebih bersih tetapi turut menawarkan penjimatan bahan api setanding enjin diesel.

Penyalaan mampatan kerap berlaku dalam rev rendah yang mana keperluan memecut pantas tidak diperlukan. Semasa proses ini, campuran bahan api adalah kurang supaya enjin dapat bekerja secara efisien. Apabila pecutan agresif diperlukan, penyalaan cucuh akan mengambil alih dengan lancar. 

MAHUKAN FIIL ENJIN SEBENAR, BUKAN ARTIFISIAL

Menurut, jurutera trenkuasa Mazda, Jay Chen berkata, enjin kereta ialah kawasan teras untuk mengenal pasti bagaimanakah cara terbaik menghasilkan prestasi yang terbaik untuk kombinasi kecekapan sesebuah kenderaan.

“Kami mahu hasilkan enjin yang ada fiil bagi produk sempurna berbanding fiil yang artifisial,” katanya.

Kata-kata Chen itu menjelas sebab kenapa Mazda tidak menggunakan teknologi henti-mula (stop-start) di Amerika Utara untuk meningkatkan kecekapan bahan api. Ini kerana Mazda mahu menumpukan kepada pembangunan enjin yang benar-benar menjimatkan tanpa bergantung kepada teknologi luar enjin (seperti henti-mula) yang hanya menjejaskan dinamik pemanduan.

BACA >>> Mazda SkyActiv Generasi ke-2 – Enjin Tanpa Palam Pencucuh, Mampu Pergi 30km/liter

Pengenalan SkyActiv-X kelak menurut Chen, akan menjadi penanda aras baru bagi enjin dengan penjimatan bahan api terbaik. Namun, pembangunan masih diteruskan bagi memastikan enjin yang dihasilkan dapat menyerlahkan potensi sebenar dan lebih baik berbanding enjin sedia ada.

SkyActiv-X dijangka siap dua tahun dari sekarang dan bakal dimuatkan pada Mazda3 generasi baharu. Ramai pemerhati dan peminat automotif mengakui teruja dengan perkembangan dan obsesi ditunjukkan Mazda itu.

SUMBER: AutoGuide

Auto Terkini autotainment enjin Mazda mazda Mazda SkyActiv-G Mazda SkyActiv-X Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
Auto Terkini

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

28/07/2026
Mercedes-AMG A45 S Final Edition
Roda4

Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

28/07/2026
Spyshot BMW S 1000 RR 2027
Auto Terkini

#Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

28/07/2026
Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
Auto Terkini

PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

27/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
Nissan GT-R NISMO 2020
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

By Abang Hirata28/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
OMODA C7 PHEV
PHEV

OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

By Syafie27/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.