Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Mazda Sahkan Perkenal Hibrid dan EV dengan Enjin Rotari Menjelang 2020
Auto Terkini

Mazda Sahkan Perkenal Hibrid dan EV dengan Enjin Rotari Menjelang 2020

Han OthmanBy Han Othman03/10/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MAZDA mengesahkan enjin rotari akan kembali pada 2020. Menariknya, enjin itu akan turut digunakan sebagai ekstender untuk kenderaan hibrid masa depan jenama itu yang akan dilancarkan bersama kenderaan elektrik penuh.

Mazda dalam satu kenyataan rasmi berkata, ekstender-jarak (range-extender) rotari sesuai digunakan sebagai ekstender kerana saiz komponen itu yang kompak, dan mampu beroperasi secara senyap selain menghasilkan output berkuasa tinggi.

BACA >>> Kereta Sport Mazda dengan Enjin Rotari Bakal Kembali?

Sebagai permulaan, Mazda melancarkan dua EV bateri. Satu EV dikuasakan bateri sepenuhnya, dan satu EV lagi dipasangkan bateri bersama enjin rotari yang senyap, ringan dan kecil sebagai ekstender-jarak.

Ekstender-jarak berfungsi mengecas semula bateri apabila diperlukan untuk meningkatkan jarak pemanduan kenderaan, dan pada masa sama menyingkirkan sebarang potensi yang boleh menjejaskan peratusan tinggi bateri EV. Menurut Mazda lagi, saiz kecil dan output kuasa tinggi dimiliki enjin rotari mungkin menjadikan ia satu solusi yang pelbagai untuk teknologi elektrifikasi yang boleh dikongsi.

TEKNOLOGI DIKONGSI BERSAMA


Mengambil kira kelebihan keserasian enjin rotari dengan bahan api bergas, ekstender-jarak yang dikuasakan enjin rotari itu juga direka dengan kemampuan membakar gas petroleum cecair (LPG) sebagai sumber elektrik ketika kecemasan.

Menurut Mazda, barisan hibrid dan EV penuh ialah sebahagian daripada visi Mazda’s Sustainable Zoom-Zoom 2030, dengan sasaran mengurangkan kadar emisi sebanyak 50 peratus menjelang 2030 daripada ukaran tahap 2010.

BACA >>> Kenali Jenis Enjin [SIRI 5]: Enjin Rotari – Pakej Enjin Kecil dengan Kuasa Besar

“Mazda juga berharap dapat menghantar contoh ekstender-jarak kepada mana-mana kawasan terjejas akibat bencana alam dalam usaha memberikan bantuan elektrik janaan LPG kepada mereka yang memerlukan. Komitment untuk kelestarian dan membantu orang awam mewakili bahagian lain dalam visi korporat 2030,” kata Mazda dalam kenyataan rasmi.

Auto Terkini Ekstender-Jarak enjin rotari EV Kenderaan Elektrik (EV) Kenderaan Hibrid mazda Mazda’s Sustainable Zoom-Zoom 2030 Rotary Engine teknologi
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
Auto Terkini

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

28/07/2026
Mercedes-AMG A45 S Final Edition
Roda4

Mercedes-AMG A45 S Final Edition – Edisi Perpisahan Sebelum Diganti EV

28/07/2026
Spyshot BMW S 1000 RR 2027
Auto Terkini

#Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

28/07/2026
Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
Auto Terkini

PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

27/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
Nissan GT-R NISMO 2020
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

By Abang Hirata28/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
OMODA C7 PHEV
PHEV

OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

By Syafie27/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.