Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Mazda CX-8 Lancar di Malaysia dengan Enjin Petrol dan Diesel, Tempahan Kini Dibuka
Auto Terkini

Mazda CX-8 Lancar di Malaysia dengan Enjin Petrol dan Diesel, Tempahan Kini Dibuka

Abang GYLBy Abang GYL01/10/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PASARAN kenderaan utiliti sukan (SUV) di Malaysia dimeriahkan lagi dengan debut Mazda CX-8 yang diposisikan antara CX-5 dan CX-9. Model ini dihasilkan secara pemasangan tempatan (CKD) dari kilang di Kulim, Kedah.

CX-8 ditawarkan dalam pilihan empat varian dan dua pilihan enjin: 2.2L diesel dan 2.5L petrol. Bagaimanapun, tiada sebarang tanda harga diumumkan buat masa ini yang menurut Mazda Malaysia akan diumumkan dalam masa terdekat.

BACA >>> Mazda CX-8 Buat Penampilan Sulung di Malaysia, Bakal Lancar Tahun Ini?

2 PILIHAN ENJIN

Aspek prestasi CX-8 menampilkan dua spesifikasi berbeza mengikut varian enjin:

  • CX-8 petrol – 2.5L SkyActiv-G DOHC | 192hp @ 6,000rpm | tork 258Nm @ 4,000rpm
  • CX-8 diesel – 2.2L SkyActiv-D | Pacuan semua roda (AWD) | 188hp @ 4,500rpm | tork 450Nm @ 2,000rpm.

Kedua-dua varian enjin dipadankan transmisi automatik 6-kelajuan dengan mod pemanduan manual, manakala kapasiti tangki minyak 72 liter untuk petrol dan 74 liter untuk diesel. SUV ini turut dibekalkan teknologi kawalan pemvektoran Mazda G-Vectoring Control Plus (GVC Plus) untuk pemanduan lebih stabil bagi menjamin keselesaan pemandu dan penumpang.

BACA >>> Mazda Bukan Lagi Jenama Arus Perdana, Tetapi Sudah Berstatus Mewah?

REKABENTUK KODO, SEKSI HABIS

Mazda CX-8 dibangunkan berasaskan platform dan trenkuasa sama seperti CX-5 yang menghasilkan angka kuasa dan tork. Apa yang berbeza cuma saiz, CX-8 lebih besar dan lebar berbanding CX-5.

Dari segi rekabentuk, CX-8 menampilkan sosok badan tegap dan seksi menerusi bahasa rekaan Kodo – Soul of Motion. Sekilas pandang nampak seakan CX-5, baik luaran atau dalaman. Antara ciri menarik SUV saiz pertengahan ini ialah:

  • Lampu utama, lampu kabus dan lampu siang (DRL) jenis LED
  • Sistem penghidup tanpa kunci @ keyless
  • Rim sport 19-inci
  • Sistem infotaiment Mazda Connect skrin sentuh 7-inci dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto
  • Brek elektronik dengan ciri pegun automatik aka Auto Hold
  • Kamera undur 360º
  • 6 beg udara, Bantuan Brek (BA), Pemantau Titik Buta (BSM), Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA) dan lain-lain.

DUA KONFIGURASI TEMPAT DUDUK

Mazda CX-8 menawarkan dua konfigurasi tempat duduk, iaitu enam (2+2+2) dan tujuh (2+3+2). Berikut konfigurasi tempat duduk untuk keempat-empat varian CX-8:

  • Mazda CX-8 Petrol Petrol 2WD Mid – 7 kerusi (2-3-2)
  • Mazda CX-8 Petrol 2.5L 2WD Mid Plus – 6 kerusi (2-2-2), kerusi kapten
  • Mazda CX-8 Petrol 2.5L 2WD High – 6 kerusi (2-2-2), kerusi kapten captain seat dengan konsol tengah
  • Mazda CX-8 Diesel 2.2L AWD – 6 kerusi (2-2-2),kerusi kapten dengan konsol tengah

Setiap varian dipakejkan dengan waranti 5 tahun atau 100,000km perbatuan. Ada enam warna menarik untuk dipilih, iaitu merah, kelabu, putih, biru, perak dan hitam.

BACA >>> #PanduUji: Mazda CX-5 Diesel AWD yang Seksi, Seronok Dipandu dan Jimat!

SERVIS PERCUMA

Menariknya, setiap pembelian Mazda CX-8 akan diberikan servis percuma, terdiri daripada kos upah, alat ganti dan minyak pelincir selama lima tahun atau 100,000km perbatuan. Percuma di sini ialah anda tidak perlu bayar apa-apa mengikut apa yang tersenarai dalam buku servis berkala apabila menghantar kereta untuk diservis di pusat servis rasmi Mazda.

Tunggu apa lagi? Tempahan sudah pun dibuka. Kepada anda memang sedang mencari SUV premium dan mewah pada harga kompetitif, CX-8 mungkin boleh dimasukkan dalam senarai SUV pilihan.

GALERI
Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) mazda Mazda CX-8 Mazda CX-8 2019 Mazda Malaysia Roda4 SUV SUV segmen-D
Abang GYL

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km, Harga Munasabah

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
    Aksesori

    Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

    19/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.