Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Masalah Dadah di AS Jadi Punca Harga EV Naik di Kanada?
Auto Terkini

Masalah Dadah di AS Jadi Punca Harga EV Naik di Kanada?

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju04/02/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SEMUA kenderaan elektrik (EV) dari Amerika Syarikat (AS) yang masuk ke pasaran Kanada akan dikenakan cukai tarif 25 peratus.

Keputusan mengenakan tarif tersebut seakan ‘serangan balas’ ke atas AS berikuta perang perdagangan Presiden Donald Trump dengan negara-negara sekutu.

Trump dikatakan pencetus kemelut itu dengan ancaman mengenakan tarif baharu (25 peratus) ke atas semua barang yang datang dari Mexico dan Kanada.

Apa yang menarik, Trump sendiri pernah menandatangani kemas kini perjanjian perdagangan bebas dengan dua negara itu beberapa tahun lalu ketika beliau memegang jawatan Presiden.

Dadah Jejaskan Segmen EV?

Menurut portal Electrek, Trump melakukannya menerusi ‘kuasa kecemasan’ (perintah eksekutif) atas alasan Kanada dan Mexico tidak melakukan usaha secukupnya untuk menghalang kemasukan fentanyl (sejenis dadah sintetik) ke AS.

Antara barang diimport dari AS yang tersenarai dikenakan trarif 25 peratus adalah:

Kenderaan berpenumpang dan trak, termasuk EV, keluli dan aluminium, beberapa jenis buah-buahan dan sayur-sayuran, produk aeroangkasa, daging, babi, tenusu, lori dan bas, kenderaan rekreasi, dan bot rekreasi.”

Portal sama melaporkan kebanyakan EV di Kanada datang dari AS dan perang perdagangan tersebut bakal menjejaskan penerimaan EV di negara tersebut. Situasi bertambah buruk selepas beberapa insentif untuk EV di Kanada sudah dimansuhkan.

Harapan Baharu untuk EV China

Perang perdagangan dengan AS itu juga bakal membuka peluang baharu untuk Kanada melihat kembali tarif yang dikenakan negara tersebut ke atas EV dari China.

Kanada mengenakan tarif 100 peratus ke atas EV China dan sebahagian besar langkah itu dibuat untuk membantu melindungi industri EV AS.

Presiden AS Kembali Tenang

‘Ribut’ dicetuskan Presiden AS kembali tenang selepas Trump membuat panggilan telefon kepada Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau dan Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum semalam.

Berdasarkan satu lagi perintah eksekutif Trump yang dipamerkan di laman web White House, cadangan pengenaan tarif 25 peratus akan digantung hingga 4 Mac 2025.

Nampaknya, buat masa ini, pengeluar automotif AS, terutama Tesla boleh berehat selama sebulan sebelum melihat perkembangan (atau drama) baharu pada awal Mac depan.

Amerika Syarikat Claudia Sheinbaum fentanyl Justin Trudeau Kanada Kenderaan Elektrik Presiden Donald Trump
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.