Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Masalah Akumulator Tekanan Hidraulik: Volkswagen Malaysia Panggil Balik 12,732 Kereta
Auto Terkini

Masalah Akumulator Tekanan Hidraulik: Volkswagen Malaysia Panggil Balik 12,732 Kereta

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju22/07/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


VOLKSWAGEN Passenger Cars Malaysia (VPCM) memanggil balik 12,732 unit kenderaan tahun 2011-2015 kerana dibimbangi berlaku kerosakan akumulator tekanan hidraulik (hydraulic pressure accumulator) dalam transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan.

Bagaimanapun kempen tersebut tidak melibatkan kenderaan keluaran 2016 ke atas. Ada lapan model Volkswagen terlibat seperti berikut:

  • Beetle
  • Cross Touran
  • Golf (Mk6 dan Mk7)
  • Jetta
  • Passat (B7)
  • Passat CC
  • Polo (6R)
  • Scirocco

Dalam kes tertentu, kegagalan komponen tersebut boleh menyebabkan tekanan hilang, sekali gus mengganggu pengalihan kuasa antara enjin dan kotak gear. Kempen seluruh negara itu akan dijalankan berperingkat yang mana pemilik akan dimaklumkan menerusi surat serta-merta.

Pemilik digalakkan untuk melayari laman web Volkswagen untuk memeriksa sama ada kenderaan mereka terlibat, atau boleh juga menghubungi khidmat pelanggan Volkswagen di talian 1800-18-8947 untuk maklumat lanjut. Langkah seterusnya adalah membuat janji temu dengan mana-mana Pusat Servis Volkswagen.

Kenderaan akan diperiksa dan alat ganti akan ditukar jika perlu. VPCM mengambil langkah sewajarnya dengan rakan pengedar bagi memastikan alat ganti sentiasa ada untuk melancarkan proses penukaran. Semua kos buruh dan penukaran ditanggung sepenuhnya VPCM.

Sebagai tambahan, pemilik juga akan menerima kad keahlian Volkswagen Care Plus (VCP) secara percuma sebagai tanda penghargaan daripada Volkswagen.

BACA >>> Volkswagen Cares: Servis Selepas Jualan Kini Dinikmati di Hujung Jari
BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Perlu Pedal Syif Walaupun Gear Auto Kini Serba Pintar, Pantas?

autoterkini hydraulic pressure accumulator Kempen Panggil Balik Kempen Volkswagen kotak gear transmisi Volkswagen Volkswagen Care Plus (VCP) Volkswagen Passat Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) Volkswagen Scirocco
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.