Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Marquez Selamat Dibedah, Tiada Saraf Cedera, Akan Kembali Lumba Secepat Mungkin
Auto Terkini

Marquez Selamat Dibedah, Tiada Saraf Cedera, Akan Kembali Lumba Secepat Mungkin

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju22/07/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MINGGU lalu bermula aksi pusingan pertama MotoGP selepas hampir tiga bulan ditangguhkan akibat krisis wabak Covid-19 yang melanda dunia.

Namun, langit tidak selalu cerah dan malang pula tidak berbau apabila Baby Alien aka Marc Marquez terbabas dalam kelajuan tinggi dan mengalami kecederaan patah tangan, sekali gus gagal menamatkan saingan.

BACA >>> CEO Ducati: Kalau Tiada Marquez, Kami Sudah Menang Separuh Kejuaraan MotoGP

Marquez tiba di Barcelona untuk menjalani pembedahan merawat lengannya yang patah.

Memetik laman Instagram pelumba Sepanyol itu;

Kadang-kadang ada benda berlaku tak seperti yang anda jangka, tapi paling penting adalah bangkit dan jalan terus. Aku harap korang seronok dengan come back ni. Sekarang aku kena operate Selasa ni dan betulkan tangan kanan aku yang patah. Aku janji akan buat come back secepat mungkin, dan jadi lebih kuat lagi!”

BUKAN CEDERA RINGAN, AMBIL MASA UNTUK PULIH

Pada aksi di GP Sepanyol, di Jerez minggu lalu, Marquez mengalami cedera teruk selepas melambung tinggi di Turn 3 sebelum jatuh dan dihentam tayar belakang RC213V (lihat video di bawah).

😱 @marcmarquez93 will undergo surgery after this horrendous crash at Jerez!

We wish the world champion the very best in his recovery! 💪#SpanishGP 🇪🇸 pic.twitter.com/BOSmDo7dfG

— MotoGP™🏁 (@MotoGP) July 19, 2020

Beliau sepatutnya tersingkir lebih awal sebelum itu tetapi berjaya mengawal jenteranya, juga di lokasi sama. Namun masih mampu mengejar dari kedudukan ke-16 hingga ketiga di belakang Maverick Vinales.

Walaupun tekad untuk bangkit semula, tetapi Dr Xavier Mir sebelum melakukan pembedahan mengatakan Marquez perlu berehat sekurang-kurangnya tiga pusingan perlumbaan. Pakar bedah untuk trauma MotoGP itu berkata;

Hentaman yang berlaku menyebabkan tulang patah pada batang humerus, patah tulang lengkap walaupun tidak sepenuhnya bergesel dan ada risiko lumpuh pada saraf radial, walaupun kami tak yakin. Kecederaan itu dirawat di sini sementara dan kami akan pindah ke Barcelona untuk rawatan intensif.”

Jika ada kerosakan pada bahagian saraf, rawatan akan diteruskan dengan pembedahan. Jadi tidak dapat diputuskan sama ada Marquez boleh berlumba di Brno atau Austria.

MARQUEZ SELAMAT DIBEDAH

Terbaharu, selepas pembedahan selesai pagi semalam, masih tiada tarikh pasti bilakah juara bertahan itu boleh berlumba semula. Beliau kini dalam pemantauan 48 jam di hospital.

Berita baiknya, kecederaan patah dialami itu tidak melibatkan saraf radial dan tiada rawatan lanjut diperlukan. Pasukan Dr Mir yang berkolaborasi dengan Dr Barrera cuma memasukkan plat titanium pada tulang humerus kanan Marquez. Jadi beliau mungkin akan kembali ke trek secepat mungkin.

 

View this post on Instagram

 

Hola a tod@s! La operación ha ido bien y ya me encuentro mejor! 😃 Gracias al Dr. Mir y a todo su equipo. Con ganas de empezar la recuperación! Gracias por los mensajes de ánimo!💪🏼 Hi everyone! The operation went well and I’m feeling better! 😃 Thanks to Dr. Mir and his entire team. I’m looking forward to starting my recovery! Thanks for your messages of support! 💪🏼

A post shared by Marc Márquez (@marcmarquez93) on Jul 21, 2020 at 11:20am PDT

MAMPUKAH MARQUEZ PULIH DENGAN CEPAT?

Pada pendapat kami, segalanya tidak mustahil buat Marquez kerana ini bukan kali pertama beliau mengalami kecederaan serius.

Tahun lalu pun Marquez menjalani pembedahan bahu kanan pada musim sejuk yang juga pembedahan tahun kedua berturut-turut. Tahun sebelum itu, beliau sudah menjalani pembedahan memulihkan kecederaan bahu kiri pada 2018.

Malah, selepas seminggu dibedah pada 4 Disember 2019, juga dilakukan Dr Mir dan Teresa Marlet, Marquez langsung menjalani fisioterapi untuk memulihkan kondisi fizikalnya. Setiap hari, beliau perlu berlatih dua sesi, iaitu dua setengah jam setiap sesi, dan cuma diberikan cuti Krismas dan Tahun Baru.

Jadi tidak mustahil beliau mampu pulih dengan cepat berdasarkan komitmen yang pernah diberikan. Apa kata peminat Marquez?

BACA >>> #Videotomotif: Inilah Marquez Buat Selepas Dua Bulan Dibedah Bahu
BACA >>> Rossi: Berita Tu Tipu, Tapi 99% Aku Akan Masuk Petronas

2020 MotoGP Dr Xavier Mir Honda Honda Racing Corporation (HRC) Honda Repsol Kejuaraan Dunia MotoGP Marc Marquez roda2
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Mercedes-Maybach GLS 2027 – 4.0L V8 612 ps/850Nm, SUV Ultra Mewah Guna Teknologi Hibrid Ringan

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Dengan Lebih Pantas

    21/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.