Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Marquez Raih ‘Perfect 10’ di GP Jerman, Tinggalkan Vinales Lebih 4 Saat di Belakang
Auto Terkini

Marquez Raih ‘Perfect 10’ di GP Jerman, Tinggalkan Vinales Lebih 4 Saat di Belakang

AryonBy Aryon09/07/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PELUMBA Repsol Honda, adinda Marc Marquez bukan saja mendapat 10 kali grid pertama, tetapi juga 10 kali kemenangan di Litar Sachsenring, Jerman selepas meninggalkan lawan paling hampir, Maverick Vinales dan Cal Crutchlow sejauh lebih 4.5897 saat di belakang.

Pelumba Sepanyol itu kini memenangi lima daripada sembilan siri perlumbaan musim ini, dan kini peluangnya meningkat 55 peratus untuk menjadi juara awal sebelum saingan tamat. Marquez kini mendahului 50 mata di depan menjelang saingan musim panas di Eropah.

“Rancangan aku ialah buat dua pusingan perlahan dan kemudian baru push dan step by step cucuk rapat. Aku push kaw-kaw untuk 10 lap dan untuk 10 lap lagi aku cuba selamatkan tayar. Lepas tu, aku boleh lenjan banyak lagi, tapi ada 3 atau 4 saat jarak dengan rider belakang dah cukup dah,” katanya.

BACA >>> #Videotomotif: Inilah Marquez Buat Selepas Dua Bulan Dibedah Bahu

Kredit: MotoGP.com

Vinales juga berada jauh di depan yang mana dia meninggalkan Crutchlow hampir 4 saat di belakang. Namun dia sendiri tiada jawapan tentang bagaimana Marquez boleh terlalu laju di depan. Bagaimanapun, sasaran asalnya di GP Jerman memang untuk menamatkan saingan di tempat kedua.

Kemampuan pelumba bermuka bengis, Crutchlow juga mengejutkan selepas dikatakan patah Tibula (tulang keting) dan mengalami ACL berikutan kemalangan basikal, Rabu lalu. Malah, pelumba LCR Honda itu berjaya menghambat Vinales sepanjang perlumbaan, tetapi terpaksa akur kepada kesilapan sendiri yang menyebabkan dia ketinggalan jauh di Turn 10.

“Aku rasa ada kelajuan lebih baik daripada Maverick, tapi setiap masa aku cuba pecut keluar di Turn 11, dia sangat laju dan berisiko besar utnuk cuba potong dia semua di Turn 12. Aku sangat gembira dapat podium menjelang cuti musim panas ni,” katanya.

Pelumba Ducati menghuni tiga tempat selepas Crutchlow, iaitu Danilo Petrucci, dan Andrea Dovizioso daripada Ducati Team, serta pelumba satelit Pramac Ducati, Jack Miller.

BACA >>> Doktor Hairan Bagaimana Marquez Boleh Jadi Juara Dunia Walaupun Bahu Cedera Teruk

ROSSI KE-8, HAFIZH KE-16

Pelumba kesayangan negara, Hafizh Syahrin pula gagal menamatkan saingan di tempat ke-15 untuk membolehkan dia meraih satu mata apabila menamatkan aksi di kedudukan ke-16, jauh tertinggal di belakang pelumba satelit Ducati, Karel Abraham (Reale Avintia Racing).

Rakan pasukan Hafizh, Miguel Oliveira pun gagal mengutip mata, dan mendapat posisi di bawah Hafizh, di tempat ke-18. Pelumba pengilang Red Bull KTM Factory, Pol Espargaro di tempat ke-12, manakala rakan barunya, Johann Zarco tersingkir daripada saingan.

Kekanda Valentino Rossi terpaksa akur dengan kudratnya yang sudah melepasi umur belia apabila mengakhiri saingan di tempat ke-8. Saingan Jerman juga kurang memberikan tuah kepada duo Petronas Yamaha SRT. Franco Morbidelli sekadar tamat di tempat ke-9, manakala rakannya, Fabio Quartararo gagal menghabiskan perlumbaan.

BACA >>> Siapakah Layak Digelar Pelumba ‘Game Changer’ MotoGP?

KEPUTUSAN GP JERMAN 2019

  1. Marc Marquez SPA Repsol Honda (RC213V) 41m 8.276s
  2. Maverick Viñales SPA Monster Yamaha (YZR-M1) +4.587s
  3. Cal Crutchlow GBR LCR Honda (RC213V) +7.741s
  4. Danilo Petrucci ITA Mission Winnow Ducati (GP19) +16.577s
  5. Andrea Dovizioso ITA Mission Winnow Ducati (GP19) +16.669s
  6. Jack Miller AUS Pramac Ducati (GP19) +16.836s
  7. Joan Mir SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR)* +17.156s
  8. Valentino Rossi ITA Monster Yamaha (YZR-M1) +19.110s
  9. Franco Morbidelli ITA Petronas Yamaha (YZR-M1) +20.634s
  10. Stefan Bradl GER Repsol Honda (RC213V) +22.708s
  11. Tito Rabat SPA Reale Avintia Ducati (GP18) +26.345s
  12. Pol Espargaro SPA Red Bull KTM Factory (RC16) +26.574s
  13. Andrea Iannone ITA Factory Aprilia Gresini (RS-GP) +32.753s
  14. Takaaki Nakagami JPN LCR Honda (RC213V) +32.925s
  15. Karel Abraham CZE Reale Avintia Ducati (GP18) +37.934s
  16. Hafizh Syahrin MAL Red Bull KTM Tech3 (RC16) +41.615s
  17. Francesco Bagnaia ITA Pramac Ducati (GP18)* +56.189s
  18. Miguel Oliveira POR Red Bull KTM Tech3 (RC16)* +57.377s
  • Aleix Espargaro SPA Factory Aprilia Gresini (RS-GP) DNF
  • Alex Rins SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR) DNF
  • Johann Zarco FRA Red Bull KTM Factory (RC16) DNF
  • Fabio Quartararo FRA Petronas Yamaha (YZR-M1)* DNF
Auto Terkini Germany GP GP Jerman Marc Marquez MotoGP 2019 sukan permotoran
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.