Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Marquez: Kemalangan di Mandalika Paling Teruk, Rasa Macam Tak Mahu Berlumba Lagi
Auto Terkini

Marquez: Kemalangan di Mandalika Paling Teruk, Rasa Macam Tak Mahu Berlumba Lagi

AryonBy Aryon13/12/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MARC Marquez mengakui kemalangan di Litar Mandalika adalah paling teruk dihadapinya sepanjang karier Kejuaraan Dunia MotoGP.

Pada aksi GP Indonesia awal tahun ini, pelumba Repsol Honda itu terhempas selepas melambung tinggi, sekali gus menjadi kemalangan keempat, juga paling buruk hingga menyebabkan beliau terpaksa menjalani pembedahan akibat kecederaan lengan yang serius.

Indonesia? Aku cuma ingat sebelum eksiden. Tapi mula dari aku gerak hingga aku sampai kat dalam petak, aku dah tak ingat apa-apa. Sebabnya, aku pengsan.

“Aku ingat aku ada tayar belakang baru. Aku masuk corner dengan kurang tekanan tayar depan, dan kelajuan yang sama. Aku brek tayar belakang dan terus terapung. Agresif betul cara aku buat come back masa tu.”

“Biasanya kau boleh terselamat dan elak kemalangan, terutama kalau kau guna tayar terpakai. Dengan tayar terpakai, atau kurang grip, kau ada amaran, kau boleh rasa slide tayar belakang atau depan, dan boleh mainkan badan atas motor.

“Bila tayar baru pula, grip lebih keras, semua jadi lebih reaktif. Biasanya bila kau hilang kawalan dengan tayar baru, kau akan eksiden.”

Apabila ditanya situasi yang beliau rasakan selepas kemalangan itu, Marquez menjawab;

Kita manusia, kau rasa macam tak nak ride lagi. Kemudian, kau rasa berlumba tu kau punya profesion, bukan lagi passion (semangat). Kemudian bila kau rasa selamat, barulah kau yakin nak ride balik, dan sikit demi sikit mula bina balik keyakinan dengan motor.”

Gaya tunggangan ekstrem Marquez membantu pelumba Sepanyol itu meraih lapan kejuaraan MotoGP, tetapi pada masa sama menjadi punca beliau terlibat dengan beberapa siri kemalangan, daripada patah lengan hingga diplopia, iaitu masalah penglihatan berganda.

Marquez tidak menang sebarang perlumbaan sepanjang 2022, tetapi menunjukkan peningkatan di penghujung musim apabila meraih petak pole di GP Jepun dan mendapat podium di Australia. Adakah beliau dapat meraih kejuaraan kesembilan musim depan untuk menyamai pencapaian diraih legenda MotoGP, Valentino Rossi?

BACA >>> Pawang Diminta Turunkan Suhu Supaya Lembap, Hujan Sedikit di Litar Mandalika
BACA >>> #TahukahAnda: Berapa Harga Sebuah Jentera MotoGP?

SUMBER: Crash.net

Auto Terkini GP Indonesia Kejuaraan Dunia MotoGP Marc Marguez MM93 MotoGP 2022
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.