Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pawang Diminta Turunkan Suhu Supaya Lembap, Hujan Sedikit di Litar Mandalika
Auto Terkini

Pawang Diminta Turunkan Suhu Supaya Lembap, Hujan Sedikit di Litar Mandalika

AryonBy Aryon21/03/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


AKSI pawang hujan cuba menghentikan hujan di Litar Mandalikan, Indonesia tular di media tempatan dan antarabangsa.

Pawang itu dirakamkan melakukan ritual dengan berjalan sepanjang laluan pit sambil mengetuk bekas tembaga dan diiringi videografer di sebelahnya.

BACA >>> Trek Basah Bantu Julang Oliveira Juara Pertama Litar Mandalika!
BACA >>> Isu Permukaan Trek Litar Mandalika Selesai, Tiada Masalah Tunggang Sepantas 330kmj

Litar Mandalika mengalami hujan lebat menjelang aksi final Ahad lalu. Malah satu rakaman video menunjukkan petir menyambar trek hingga mencetuskan kebimbangan pelumba dan pasukan bertanding. Jika cuaca bertambah buruk, perlumbaan pusingan kedua MotoGP 2022 berisiko dibatalkan.

Bomoh wanita itu berjalan dengan muka serius dengan memakai helmet putih yang biasanya dipakai jurutera atau kontraktor di tapak pembinaan.

Media antarabangsa turut mendedahkan budaya khidmat bomoh hujan yang digunakan masyarakat Indonesia ketika menganjurkan acara-acara besar seperti majlis perkahwinan.

Khidmat pawang hujan itu, Rara Istiani Wulandari, disyorkan Menteri Badan Usaha Milik Negara, Erick Thohir. Dia sebelum ini juga pernah menguruskan acara Presiden Jokowi.

Rara berkata;

Saya diminta menurunkan suhu supaya lembap dan sejuk dengan sedikit hujan. Kita di Indonesia sudah biasa dengan iklim tropika, tetapi pelumba luar negara minta cuaca sejuk. Saya minta sokongan untuk semua berjalan dengan baik.”

Walaupun hujan tidak berhenti serta-merta, tetapi akhirnya reda dan berhenti ketika perlumbaan berlangsung. Kelebihan trek basah memberi kelebihan kepada pelumba KTM Factory, Miguel Oliveira yang menjadi juara sulung Litar Mandalika yang baru memasuki kalendar MotoGP musim ini.

BACA >>> Ambil Tanah Buat Litar Mandalika, Penduduk Kecewa Hutang Belum Langsai
BACA >>> Lepas Kena Tegur, ITDC Segara Mulakan Kerja Turap Balik Litar Mandalika

SUMBER: VisorDown | AstroAwani

Auto Terkini Bomoh Hujan GP Indonesia Miguel Oliveira MotoGP 2022 Pawang Hujan
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Tukar Minyak Enjin Pun Boleh Dapat Perlindungan? Ini Yang Ditawarkan Automaster Care

    19/06/2026
    Roda2

    Yamaha YZ250F 2027 – Enjin Baharu Dalam Lapan Tahun!

    18/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026 Nissan X-Trail e-Power e-4ORCE Facelift Sah Tiba Di Malaysia Suku Keempat 2026

    By Shazwan Hisam12/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.