• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Trek Basah Bantu Julang Oliveira Juara Pertama Litar Mandalika!

Trek Basah Bantu Julang Oliveira Juara Pertama Litar Mandalika!

March 20, 2022 By Aryon Leave a Comment

254
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PELUMBA Red Bull KTM, Miguel Oliveira menjadi juara pertama GP Indonesia yang baru memasuki kalendar Kejuaraan Dunia MotoGP musim ini di Litar Mandalika selepas mengetepikan juara bertahan Fabio Quartararo (Monster Yamaha).

Bermula di grid ke-7, Oliveira tidak mengambil masa lama melepasi pendahulu perlumbaan Quartararo dan Jack Miller (Ducati Lenovo). Quartararo pula yang agak bergelut pada awal perlumbaan pantas mendapat momentum dengan berada di kedudukan kedua untuk mengejar Oliveira dengan dicabar pelumba Pramac Ducati, Johann Zarco.


Ini adalah kemenangan MotoGP keempat Oliveira, dan juga podium pertama sejak GP Assen 2021.

Perlumbaan pusingan kedua ini juga menyaksikan banyak drama dengan jarak lumba dipendekkan daripada 27 kepada 20 lap berikutan masalah permukaan trek pada aksi Moto2.

Pelumba sensasi Marc Marquez pula diisytiharkan tidak cergas kerana mengalami masalah gegaran kepala akibat terjatuh daripada jenteranya pada sebelah pagi.

Quartararo yang terkenal sebagai jaguh trek kering mendahulu pelumba lain pada awal saingan, tetapi sedikit tergelincir pada selekoh akhir lap 2 hingga memberikan ruang untuk dipintas Oliveira dan Miller.

Miller akhirnya terpaksa berpuas hari di tempat keempat, di atas duo Suzuki Ecstar, Alex Rins dan Joan Mir, manakala Franco Morbidelli, ketujuh.

Rakan pasukan Oliveira, Brad Binder di tempat kelapan, di depan adiknya, Darryn yang mewakili pasukan dari Malaysia, With U RNF Yamaha, manakala rakannya, Andrea Doviziosi tersingkir kerana masalah teknikal.

Kali terakhir Indonesia menganjurkan perlumbaan Grad Prix adalah pada 1997 di Sentul. Pusingan ketiga MotoGP 2022 dijadualkan berlangsung di litar Termas de Rio Hondo, Argentina pada 3 April ini.

Race results from a wet and wild Indonesian MotoGP at Mandalika, round 2 of the 2022 world championship.

MOTOGP INDONESIA, MANDALIKA 2022

1 Miguel Oliveira POR Red Bull KTM (RC16) 33m 27.223s
2 Fabio Quartararo FRA Monster Yamaha (YZR-M1) +2.205s
3 Johann Zarco FRA Pramac Ducati (GP22) +3.158s
4 Jack Miller AUS Ducati Lenovo (GP22) +5.663s
5 Alex Rins SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR) +7.044s
6 Joan Mir SPA Suzuki Ecstar (GSX-RR) +7.832s
7 Franco Morbidelli ITA Monster Yamaha (YZR-M1) +21.115s
8 Brad Binder RSA Red Bull KTM (RC16) +32.413s
9 Aleix Espargaro SPA Aprilia Racing (RS-GP) +32.586s
10 Darryn Binder RSA WithU Yamaha RNF (YZR-M1)* +32.901s
11 Enea Bastianini ITA Gresini Ducati (GP21) +33.116s
12 Pol Espargaro SPA Repsol Honda (RC213V) +33.599s
13 Alex Marquez SPA LCR Honda (RC213V) +33.735s
14 Luca Marini ITA Mooney VR46 Ducati (GP22) +34.991s
15 Francesco Bagnaia ITA Ducati Lenovo (GP22) +35.763s
16 Maverick Viñales SPA Aprilia Racing (RS-GP) +37.397s
17 Raul Fernandez SPA KTM Tech3 (RC16)* +41.975s
18 Fabio Di Giannantonio ITA Gresini Ducati (GP21)* +47.915s
19 Takaaki Nakagami JPN LCR Honda (RC213V) +49.471s
20 Marco Bezzecchi ITA Mooney VR46 Ducati (GP21)* +49.473s
21 Remy Gardner AUS KTM Tech3 (RC16)* +55.964s
Jorge Martin SPA Pramac Ducati (GP22) DNF
Andrea Dovizioso ITA WithU Yamaha RNF (YZR-M1) DNF
Marc Marquez SPA Repsol Honda (RC213V) DNS

* Rookie

Artikel Berkaitan

254
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Fabio Quartararo, Johann Zarco, Miguel Oliveira, MotoGP 2022, Red Bull KTM, sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #Spyshot: Proton Sibuk Uji Saga Facelift Terakhir dengan Enjin Lebih Kecil?
    #Spyshot: Proton Sibuk Uji Saga Facelift Terakhir dengan Enjin Lebih Kecil?

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my