• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ambil Tanah Buat Litar Mandalika, Penduduk Kecewa Hutang Belum Langsai

Ambil Tanah Buat Litar Mandalika, Penduduk Kecewa Hutang Belum Langsai

February 15, 2022 By Shawkath Leave a Comment

2.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KELIBAT tiga lelaki tempatan berkain sarung sedang menonton sesi ujian rasmi Kejuaraan Dunia MotoGP 2022 di Litar Mandalika di Indonesia tular selepas foto mereka dimuat naik dalam akaun Instagram Repsol Honda Team.

Tiga lelaki itu, Sibawaeh, 53, Medan, 47 dan Amaq Manim, 57, sebenarnya ialah pemilik sebahagian tanah yang dibangunkan menjadi Litar Mandalika.

BACA >>> Indonesia Bakal Masuk Kalendar MotoGP 2021, Litar Baharu Akan Dibina di Lombok

Apa mengejutkan, isu urusan jualan dan pembayaran tanah dilaporkan masih belum diselesaikan pihak Perbadanan Pembangunan Pelancongan Indonesia (ITDC).

Sibawaeh berkata, tanahnya yang seluas 3.5 hektar diambil ITDC untuk dibangunkan menjadi sebahagian kawasan litar dengan sejumlah bayaran lumayan, tetapi janji tinggal janji.

Bunyi deruan motor ini buat hati saya sakit. Sedih mengenangkan nasib kami, tanah tergadai, duit tak dapat.

“Kami tidak sedar foto kami dirakam semasa menonton sesi ujian itu dan dalam hati kami terdetik, bilakah masalah (jual tanah) ini akan selesai,” katanya.

Gabenor Nusa Tenggara Timur terdahulu membentuk pasukan khas untuk menyelesaikan masalah berbangkit, tetapi keadaan masih tidak berubah. Jurucakap pasukan, Zainal Asikin berkata, ada 10 kes mengenai masalah tanah yang perlu diuruskan, tetapi baru dua diselesaikan.

Private or public test? #MandalikaTest 🇮🇩

Incredible passion from the locals here! pic.twitter.com/3hfLOtuDIE

— Repsol Honda Team (@HRC_MotoGP) February 11, 2022

BACA >>> Video 3D Litar Mandalika Ditayangkan, Akan Masuk Kalendar MotoGP 2021
BACA >>> AHM Perkenal Honda Vario 160 Repsol Edition (2022), Ada 4 Unit Sahaja
BACA >>> Marquez: "Mata Aku OK, Bahu Je Sakit Sikit"

SUMBER: Kompas | Utusan

Artikel Berkaitan

2.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Gabenor Nusa Tenggara Timur, Litar Mandalika, MotoGP 2022 Indonesia, Perbadanan Pembangunan Pelancongan Indonesia (ITDC), Repsol Honda Team, roda2, Sibawaeh, Zainal Asikin

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • YouTuber India Buktikan Ducati Panigale V4 S Boleh Masak Telur Dadar
    YouTuber India Buktikan Ducati Panigale V4 S Boleh Masak Telur Dadar
  • Polis Tahan Dua Mekanik Bengkel Terlibat Kes Samun Bersenjata di Parit Sulong
    Polis Tahan Dua Mekanik Bengkel Terlibat Kes Samun Bersenjata di Parit Sulong
  • Polis Cekup 78 Mat Rempit Rawang, Sita 40 Motor
    Polis Cekup 78 Mat Rempit Rawang, Sita 40 Motor
  • LLM Sedia Kerjasama dengan Syarikat Konsesi Tol Untuk Sistem Bayaran Terbuka
    LLM Sedia Kerjasama dengan Syarikat Konsesi Tol Untuk Sistem Bayaran Terbuka

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my