Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Marquez: “Aku Sudah Hampir Cergas 100 Peratus!”
Auto Terkini

Marquez: “Aku Sudah Hampir Cergas 100 Peratus!”

AryonBy Aryon07/03/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JUARA bertahan MotoGP, adinda Marc Marquez mendakwa beliau kini tidak sabar mengharungi aksi pembukaan Kejuaraan MotoGP 2019 di Litar Antarabangsa Losail, Qatar yang akan bermula, esok. Walaupun belum cergas sepenuhnya daripada kesan selepas pembedahan bahu, tetapi pelumba Sepanyol itu tetap yakin mampu melakukan sesuatu pada aksi final Ahad ini.

“Akhirnya, inilah masa untuk berlumba sekali lagi! Musim sejuk ini lain macam sikit sebab aku buat pembedahan, tapi aku kerja kuat buat fisio 5 jam sehari hanya untuk satu tujuan: dapat kondisi terbaik untuk perlumbaan pertama tahun ini. Semasa ujian Qatar, aku rasa lebih baik daripada Malaysia dan sekarang aku boleh cakap yang aku dah sampai (cergas) hampir 100 peratus.”

BACA >>> #Videotomotif: Inilah Marquez Buat Selepas Dua Bulan Dibedah Bahu

“Banyak yang Honda buat untuk menambah baik motor, dan kami rasa kuat ketika ujian, terutama di litar yang biasanya bukan terbaik buat kami, tetapi kami perlu terus jadi bertambah bagus. Qatar ialah pusingan istimewa bukan sebab ia perlumbaan pertama tahun ini, tetapi kerana keadaannya. Kami perlu beri perhatian khusus kepada suhu dan ambil kira apa saja sebelum berlumba.

“Berada di grid Qatar ialah sesuatu yang aku bayangkan sepanjang musim rehat dulu. Ini era baru buat aku dan pasukan, ini detik istimewa menunggang untuk Repsol Honda Team. Aku bersedia berikan segalanya untuk capai keputusan terbaik.

“Malangnya, aku belum lagi berada pada tahap maksimum dengan motor, tetapi aku masih yakin boleh capai keputusan baik di Qatar. Seperti setiap tahun, MotoGP nampak sangat kompetitif dan kami semestinya ada pakej diperlukan untuk berlawan dengan bagus selepas beberapa ketika. Aku tahu kami boleh capai kehebatan!” jerkah adinda Marquez sambil mengacu penumbuk ke udara.

BACA >>> Menjelang Aksi Pembukaan MotoGP 2019, Marquez Bergelut dengan Kecergasan?

SUMBER: MCN

Auto Terkini Litar Antarabangsa Losail Marc Marquez MotoGP MotoGP 2019 Qatar sukan permotoran
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.