• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Menjelang Aksi Pembukaan MotoGP 2019, Marquez Bergelut dengan Kecergasan?

Menjelang Aksi Pembukaan MotoGP 2019, Marquez Bergelut dengan Kecergasan?

February 13, 2019 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


JUARA bertahan MotoGP, adinda Marc Marquez mengakui sedang bergelut dengan kecergasan pasca pembedahan kecederaan bahu menjelang aksi pembukaan MotoGP 2019. Keputusan jian pramusim di Sepang menyaksikan pelumba Sepanyol itu cuma mampu menamatkan saingan di tempat ke-11 keseluruhan dan hanya menghabiskan separuh lap daripada apa yang dilakukan pelumba lawan.

Marquez menjalani pembedahan memulihkan tulang bahu yang tercabut selepas ujian akhir musim, pada Disember tahun lalu dan cuma ada lebih kurang dua bulan sebelum ujian pramusim di Sepang, Malaysia. Bagaimanapun, ramai sedia maklum, termasuk daripada kem Repsol Honda sendiri, tentang risiko masalah kecergasan yang bakal dihadapi pelumba itu. Ini termasuk kemungkinan kecederaan dan kesakitan susulan yang mungkin berlaku semula.

BACA >>> #Videotomotif: Inilah Marquez Buat Selepas Dua Bulan Dibedah Bahu

"Hari ketiga (ujian pramusim) positif, terutama kondisi fizikal aku. Aku rasa lebih baik. Semalam, aku sedikit risau pasal tunggangan hari ini, tetapi aku bangkit dan rasa baguih duk ada.

"Kami mampu cuba banyak benda untuk Honda dan aku rasa sangat baguih atas motor, selesa dan konsisten. Semua yang kami rancang untuk ujian ini, kami dah buat. Sudah tentu aku suka ride banyak, tetapi kami kena relaks. Aku gembira sebab aku ride mudah, walaupun bukan gaya aku, tetapi masih mampu ride banyak. Aku tak jatuh dan aku dapat cuba buat banyak benda penting untuk pasukan. Aku gembira pasal benda ni," kata Marquez seraya tersengih.

So, tang mana yang bergelutnya? Propa sangatkan?

Itu kena tanya MCN? Hmmm...

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Marc Marquez, MotoGP, MotoGP 2019, Repsol Honda, roda2, sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
    Perbandingan: Perodua Ativa vs Proton X50, Apa yang Berbeza?
  • Perodua Ativa (2021) Lancar dengan A.S.A 3.0, Harga Mula Serendah RM61,500!
    Perodua Ativa (2021) Lancar dengan A.S.A 3.0, Harga Mula Serendah RM61,500!
  • Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
    Transmisi D-CVT Perodua Ativa (2021): Apa yang Best, Kenapa Bukan CVT Biasa?
  • Kena Paksa Tukar Balik Ekzos Standard
    Kena Paksa Tukar Balik Ekzos Standard

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my