Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Marc Marquez [Siri 2]: Bakat Luar Biasa yang Konsisten Sejak 17 Tahun Lalu
Auto Terkini

Marc Marquez [Siri 2]: Bakat Luar Biasa yang Konsisten Sejak 17 Tahun Lalu

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju16/10/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


KITA bersambung lagi dengan artikel bersiri pendek tentang juara dunia, Marc Marquez yang baru saja disahkan sebagai juara MotoGP 2019, sekali gus melengkapkan jumlah kejuaraan dunia sebanyak 8 kali.

Seperti dikisahkan dalam artikel Siri 1, Marquez mendapat tunjuk ajar daripada beberapa mentor hebat seperti Guim Roda dan Àlvar Garriga hingga Santi Hernandez dan Carlos Linan.

Kita juga dikongsikan dengan pe’el Marquez yang tidak sukakan kekalahan dan sanggup menangis seharian hanya kerana gagal mendapat nombor satu.

BACA >>> Marc Marquez [Siri 1]: Pelumba Serius yang Pernah Menangis Seharian Sebab Kalah

ALVAR GARRIGA
GUIM RODA

Artikel terbaharu ini akan berkongsi rahsia kehebatan pelumba Sepanyol itu yang melayakkan beliau digelar bakat luar biasa dalam sukan permotoran, setanding Lionel Messi dalam bola sepak, atau Rafael Nadal dalam tenis.

KEBAL DENGAN KELAJUAN

Sudah tentu Marquez tiada ilmu kebal. Namun mentornya, Roda dan Garriga ketika menjelaskan bagaimana Marquez dilahirkan sebagai penakluk hebat adalah kelebihan beliau menyerap kelajuan yang boleh dianggap sesuatu yang sukar difahami manusia biasa.

BACA >>> Kisah Santi Hernandez, Mekanik Hebat untuk Marquez yang Pernah Bekerja dengan Rossi

Garriga berkata;

“Memang ada kanak-kanak, termasuk Marc (Marquez) yang dilahirkan dengan kapasiti, dan persepsi visual tentang sesuatu yang lebih tinggi berbanding orang lain.

“Kau menunggang laju, sangat laju di litar dan apa saja boleh berlaku kepada kau ketika memecut laju. Persepsi sebenar tentang kelajuan adalah situasi itu menyebabkan seseorang itu mengalami stres, keterujaan, dan kurang tumpuan… (tapi) Marc menyerap kelajuan pada kelambatan relatif.

“Bagi dia, segalanya jadi sangat perlahan, ini membolehkan dia buat apa saja dengan cara lebih menyeronokkan dan mampu meneroka otaknya dengan memikirkan hal lain,” katanya.

Gaya Marquez ketika kanak-kanak dengan helmet besar gedabak.

Tambah Garriga lagi;

“Kemudian, bila kau gabungkan kelebihan menyerap kelajuan dengan kemampuan fokus, determinasi, keinginan untuk jadi sempurna, dan lain-lain,  untuk bakat yang luar biasa, kau akan faham kenapa Marc boleh laju.

“Ini kerana dia pernah menghadapi pesaing yang lebih besar dan lebih tua dengan pengalaman yang diraih beberapa tahun. Masalah pelumba kanak-kanak ialah menyerap kelajuan pada halaju sebenar,” katanya.

BACA >>> CEO Ducati: Kalau Tiada Marquez, Kami Sudah Menang Separuh Kejuaraan MotoGP

Entah apa yang dibisikkan Marquez ke telinga Alzamora.

Maksudnya, adakah kita bercerita tentang bakat semula jadi? Ini dijelaskan pula mentor Marquez ketika dia masih kanak-kanak, Emilio Alzamora;

Ya, kita bercakap pasal bakat semula jadi, tetapi kita tidak terlepas untuk bercakap pasal melatih, menggilap dan menambah baik seseorang bakat. Aku sudah pernah tengok ramai pelumba yang lebih berbakat berbanding Marc. Sesetengahnya pernah bersaing dengan dia dalam MotoGP.

“Tetapi, tiada seorang pun bakat yang aku pernah latih itu adalah seorang yang tepat dan konsisten sejak 17 tahun lalu selain Marquez.”

SUMBER: Elperiodico.com

Kejuaraan Dunia MotoGP Marc Marquez MotoGP roda2 sukan permotoran
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Porsche Cayenne Turbo Electric Dipertonton di Malaysia, Harga Anggaran RM1.2Juta!

    26/07/2026
    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.