Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Marc Marquez Setuju Lanjut Kontrak 2 Tahun dengan Repsol Honda Team Hingga 2020
Auto Terkini

Marc Marquez Setuju Lanjut Kontrak 2 Tahun dengan Repsol Honda Team Hingga 2020

Han OthmanBy Han Othman28/02/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MARC Marquez bersetuju kekal bersama Repsol Honda Team untuk dua musim lagi dalam MotoGP. Pelumba asal Cervera, Sepanyol itu menyertai pasukan tersebut pada 2013 sebagai rookie dan terus saja membolot kejuaraan pertama dalam kelas premier pada tahun sama.

Ini bermakna Marquez akan berlumba bersama Repsol Honda Team bagi musim 2019 dan 2020. Setakat ini sejak 2013, dia cuma terlepas satu kejuaraan MotoGP pada 2015. Bagi musim 2018, anak muda itu sekali lagi bersedia mempertahankan gelaran juara yang disandangnya tahun lalu dengan sasaran melengkapkan kejuaraan kali kelima dan hatrik pertama. Honda turut mensasarkan kejuaraan kategori Pembina MotoGP.

BACA >>> Senarai Penuh 24 Pelumba MotoGP 2018, Saingan Pertama Bermula 17 Mac di Qatar

“Saya teruja terus berlumba untuk pasukan Honda dalam kelas MotoGP. Saya berbangga berlumba sebagai ahli keluarga Honda, dan saya hargai betapa Honda dan pasukan itu sering lakukan yang terbaik  dalam memberikan apa saja saya perlukan.

“Saya juga mahu ucapkan terima kasih kepada semua orang yang berikan saya sokongan sepanjang tahun. Dua ujian rasmi pertama berjalan lancar. Dengan kontrak diperbaharui, saya boleh fokus pasal perlumbaan musim baharu ini. Saya akan terus menikmati perlumbaan, berkongsi keseronokan dengan semua orang dan lakukan yang terbaik untuk mencapai sasaran. Terima kasih,” kata Marquez.

KEPUTUSAN MARQUEZ MELEGAKAN

Menurut Presiden HRC, Yoshishige Nomura, keputusan Marquez menyambung kontrak dengan pasukan Honda nyata melegakan Repsol Honda Team.

“Marquez selalu mendesak saya hingga kepada had dan matang sebagai seorang pelumba, serta memberikan Honda banyak kejuaraan. Kami mampu mengumumkan pembaharuan kontrak pada peringkat awal atas dasar saling percaya, dan keghairahan kami untuk perlumbaan.

BACA >>> Hafizh Sah ke MotoGP Wakili Pasukan Monster Yamaha Tech 3!

“Saya pasti kami dapat sedia persekitaran kepada dia untuk fokus dalam ujian akhir di Qatar minggu ini, dan mengetuai pusingan pembukaan, serta memulakan musim 2018 dengan kuat. HRC akan meneruskan cabaran dengan Marquez sebagai pelumba penting bagi masa depan MotoGP. Saya sangat hargai dan melihat ke depan supaya semua orang terus menyokong Repsol Honda Team,” kata Nomura lagi.

SUMBER: MotoGP

Auto Terkini lumba motor Marc Marquez MotoGP Repsol Honda Team sukan permotoran
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
Auto Terkini

Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

28/07/2026
Spyshot BMW S 1000 RR 2027
Auto Terkini

#Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

28/07/2026
Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
Auto Terkini

PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

27/07/2026
Suzuki meterai MoU FLUX |
Auto Terkini

FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

28/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Honda Vario 160 2026
Roda2

Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

By Shazwan Hisam27/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

By Shazwan Hisam24/07/2026
Auto Terkini

#Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

By Syafie27/07/2026
Nissan GT-R NISMO 2020
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

By Abang Hirata28/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
Autotainment

#TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

By Admin PanduLaju28/06/20211
OMODA C7 PHEV
PHEV

OMODA C7 PHEV Previu di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

By Syafie27/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.