Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»MARA, PETRONAS Bantu 7 Usahawan Automotif Buka Pusat Servis di Terengganu
Auto Terkini

MARA, PETRONAS Bantu 7 Usahawan Automotif Buka Pusat Servis di Terengganu

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju14/05/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TUJUH lagi usahawan automotif bakal membuka pusat servis kenderaan di Terengganu menjelang akhir tahun ini.

Mereka adalah peserta Program Pembangunan Usahawan Automotif MARA-PETRONAS (PUMP). Program itu memperuntukkan RM2.5 juta untuk menjayakan pembukaan tujuh premis tersebut.

Untuk program PUMP di Terengganu, MARA meletakkan sasaran 10 cawangan dan tiga daripadanya sudah beroperasi di Kuala Nerus, Kemaman dan Dungun.

PUMP ialah satu program khas berstruktur merangkumi latihan keusahawanan, pembiayaan perniagaan, khidmat nasihat serta pemantauan berkala daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan PETRONAS.

Kerjasama antara MARA bersama PETRONAS Lubricants Marketing (Malaysia) Sdn Bhd (PLMM) itu menguatkan peranan MARA dan PETRONAS untuk memperkasakan ekonomi Bumiputera terutamanya dalam bidang automotif.

Berdasarkan kenyataan MARA, seramai 55 usahawan dipilih daripada 120 peserta yang menghadiri ke taklimat dan temuduga yang diadakan pada Ogos 2022 untuk zon pantai timur (Terengganu, Kelantan dan Pahang).

Kenyataan itu menyatakan:

Secara keseluruhan, MARA memperuntukkan RM185 juta untuk melaksanakan program-program keusahawanan yang memberi manfaat kepada 1,452 usahawan di Malaysia.

“Bagi program automotif, sebanyak RM7.4 juta peruntukan sudah diluluskan dan memberi manfaat kepada 60 usahawan.

“MARA juga memperuntukkan RM15 juta yang memberi manfaat kepada 35 usahawan dengan memiliki 46 cawangan di bawah jenama PUMP.

“Keberhasilan ini sangat memberangsangkan dan memberi impak tinggi apabila nilai jualan usahawan di bawah PUMP mencecah RM50 juta dengan 320 peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.”

Ketua Pegawai Eksekutif PLMM, Zameer Zahur Hussain berkata:

Kami sangat berbesar hati dengan pelancaran cawangan terbaru PETRONAS AutoExpert di Kuala Terengganu ini.

“Umum mengetahui bahawa di Pantai Timur khususnya, nama PETRONAS sangat terkenal dan mempunyai ramai pengikut serta penggemar.

“Sokongan terhadap jenama ini bersama pengusaha tempatan tiada berbelah bagi. Dengan jaminan kualiti kerja serta mutu tertinggi minyak pelincir PETRONAS Syntium, pelanggan-pelanggan PETRONAS AutoExpert pasti akan merasai pengalaman baru yang menyenangkan.”

Dalam perkembangan berkaitan, MARA mensasarkan 20 cawangan PUMP akan dibuka di seluruh Malaysia pada tahun ini.

autoterkini PETRONAS Lubricants Marketing (Malaysia) Program Pembangunan Usahawan Automotif MARA-PETRONAS (PUMP) Roda4 Zameer Zahur Hussain
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.