Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Mantan Pereka BMW dan Bentley, John Buckingham Dilantik Ketua Rekabentuk Luaran Kia
Auto Terkini

Mantan Pereka BMW dan Bentley, John Buckingham Dilantik Ketua Rekabentuk Luaran Kia

Abang HirataBy Abang Hirata13/07/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BERMULA 1 Jun, John Buckingham akan bertugas sebagai Ketua Kia Next Design Exterior Group.

Hyundai dan Kia memang kerap melantik individu profil tinggi dalam divisyen rekabentuk. Buckingham sebelum ini pernah berkhidmat sebagai pereka kanan di BMW dan Bentley Motors. Beberapa bulan lalu, Naib Presiden, Teck Koun Kim dilantik ke jawatan Ketua Kia Next Design Group.

Koun Kim (foto atas kanan) bertanggungjawab terhadap rekabentuk luaran, dalaman, warna, bahan dan kemasan (CMF) untuk siri penuh kenderaan Kia. Tugas Buckingham pula bahagian rekabentuk luaran selain membantu Koun Kim, yang mana kedua-dua individu memiliki latar belakang hebat.

Kia berhasrat menjadi peneraju membentuk masa depan mobiliti menerusi falsafah rekabentuk Opposites United.

Bagi mencapai sasaran itu, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pusat Rekabentuk Global Kia, Karim Habib menerapkan budaya organisasi inovatif dan proaktif untuk memperkasa pasukan pereka jenama itu.

Buckingham akan mengetuai hala tuju dan proses rekabentuk luaran model masa depan Kia yang menyumbang kepada cita-cita pengeluar itu mahu menerajui standard rekabentuk dalam industri automotif global. Beliau akan bertanggungjawab dalam rekabentuk luaran kenderaan generasi baharu Kia dan juga model elektrik.

Terdahulu, Buckingham bertugas sebagai pereka kanan beberapa jenama mewah seperti Bentley Motors, BMW, dan Faraday Future.

Ketika bersama Faraday Future, beliau bertanggungjawab dalam pembangunan akhir dan membawa model elektrik FF91 ke pasaran.

Bukan saja Buckingham, Kim juga pernah berkhidmat dengan Mercedes-Benz. Selamat jika dikatakan, gabungan mereka berdua sedikit sebanyak menampakkan sisi mewah model baharu Kia.

Memang menarik apabila mengetahui mantan pereka Mercedes-Benz dan BMW kini berada di bawah satu bumbung dan bekerja bersama. Malah, Karim sendiri pernah berkhidmat sebagai Ketua Rekabentuk BMW.

LATAR BELAKANG KOUN KIM, BUCKINGHAM

Naib Presiden, Ketua Kia Next Design Group, Teck Koun Kim
  • 2023 ~ : Naib Presiden, Ketua Kia Next Design Group, Kia.
  • 2018 ~ 2020 : Ketua Pasukan Rekabentuk Luaran, Kia.
  • 2013 ~ 2018 : Pereka Pelaras (Lead Designer) Rekabentuk Luaran, Mercedes-Benz, Jerman.
  • 2011 ~ 2013 : Pereka Kanan, Bahagian Rekabentuk Termaju, Mercedes-Benz, Jerman.
  • 2007 ~ 2011 : Pereka, Pusat Rekabentuk Termaju Yokohama, Mercedes-Benz, Jepun
  • 2005 ~ 2007 : Pereka Luaran, Daihatsu Motors, Jepan.
  • 2004 : Sarjana Muda Rekabentuk Industri, Universiti Hongik, Seoul, Korea.
Ketua Kia Next Design Exterior Group, John Buckingham
  • 2023 ~ : Ketua Kia Next Design Exterior Group, Kia Corporation,
  • 2022 ~ 2023 : Pengurus Kanan Automotif, Faraday Future.
  • 2018 ~ 2021 : Pengurus Rekabentuk Luaran, Termaju dan Reka Khusus, Bentley Motors.
  • 2012 ~ 2018 : Pengarah Kreatif, BMW Designworks AS.
  • 2005 ~ 2011 : Pereka Luaran, BMW Group Design.
  • 2005 : Sarjana Muda Seni, Rekabentuk Automotif, Universiti Coventry, United Kingdom.

BACA >>> Kia EV9 (2023), SUV Elektrik Gaya Kotak dengan Tiga Baris Tempat Duduk!
BACA >>> Eropah Perkenal Varian GT-Line S untuk Kia Ceed, ProCeed dan Xceed (2023)

John Buckingham Karim Habib Kia Kia Motors Kia Next Design Exterior Group Kia Next Design Group Opposites United Roda4 Teck Koun Kim
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Pemenang Peraduan BHPetrol ‘Beli dan Menang, Mencari OKB’ Diumumkan, Hadiah Keseluruhan RM300,000!

    13/06/2026
    Auto Terkini

    BMW M Concept Neue Klasse Diperkenalkan, Bayangan Masa Depan Model Prestasi Elektrik BMW M

    13/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: MG HS Hybrid+ Dipratonton – SUV Segmen-C Bakal Cabar Honda CR-V e:Hev?

    12/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Wuling HuaJing S Dipamerkan Buat Kali Pertama di Luar China

    12/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata11/06/2026
    Auto Terkini

    Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

    By Han Othman09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

    By Syafie09/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.